Trending


Kudapan Petang Potato Fritters

Petang ni, untuk kudapan petang kak bell buat potato fritters. Dah lama dah nak buat, tapi malas nak menyagat kentang kaedahnya! So harini baru terajin nak buat. Resepinya memang mudah. Macam nak buat cucur je. Rasa kentang yang digoreng ranggup memang sedap uolss! Malas nak membebel panjang korang tengoklah resepinya yer.


Bahan- bahan:
2 biji kentang saiz besar (disagat halus)
5 sudu tepung jagung
Tepung gandum secukupnya
1 biji telur
Daun bawang
Sedikit lada sulah
Sedikit air
Minyak
Garam


Cara membuatnya:
1)Masukkan tepung jagung, tepung gandum, telur dan sedikit garam dalam mangkuk adunan.
2)Bancuh dengan sedikit air. Pastikan tak terlalu cair. Kawal kadar tepung jagung dan gandum korang ye
3)Masukkan kentang yang dah disagat, daun bawang dan lada sulah, gaul rata.
4)Panaskan minyak dan sudukan bancuhan tadi sampai selesai!

Dah pun siap. Geng2 isteri bolehlah masak untuk kudapan petang untuk suami yang baru balik keje tu kan. Tak pun sesambil buat ketupat bolehlah mencicah bersama sos potato fritters tadi. Selamat mencuba!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post