Trending


Resepi Kentang Putar (Homemade Mashed Potato) - Bella Jamal

Resepi Kentang Putar (Homemade Mashed Potato) | Hi uolss. Hari ni gigih repeat order buat kentang putar. Ramai pulak yang tanya tak update resepi kentang putar ke? Kalau ayam goreng ala KFC semua orang dah reti buat. Pakai aje tepung KFC yang dah banyak dijual. Nak lebih menarik, ada pulak kentang putar KFC kan. Cara caranya sangat mudah nak buat resepi kentang putar homemade. Satu periuk korang boley makan mashed potato ala KFC gittew!


Bahan A (kentang putar)
7 biji kentang
2 sudu butter
1 kotak kecil susu segar *pakai susu low fat dutch lady je
Lada hitam secukupnya
lada sulah secukupnya
Sedikit garam

Cara membuatnya:
Kupas kulit ubi kentang dan potong kecil supaya senang dan cepat empuk. Rebus kentang dengan air secukupnya dan boleh masukkan sedikit garam.


Bila kentang dah empuk, toskan air rebusan. Nak tahu dah empuk ke tidak cucuk je dengan garfu! Letakkan semula di atas api untuk hilangkan lebihan air.


Masukkan butter dan lada hitam dan lada sulah dalam kentang dan lenyekkan. Lada hitam ikut suka banyak mana nak letak ye! Secukup rasa. Tuang susu segar sikit demi sikit dan lenyek sehingga rata. Done untuk resepi kentang putar!



Bahan B (sos/gravy)
1 labu bawang besar
3 sudu butter
3 sudu tepung gandum 
* tepung jagung pun boleh
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap 
1 sudu teh chicken stock Maggi
*boleh ganti kiub ayam
Sedikit air
Batang saleri (dihiris)

Cara membuat gravy:
1) Panaskan butter /Panaskan minyak masak dan tumis hirisan bawang sampai bertukar warna perang (caremelized). Kak Bell tak gunakan bawang putih.
2) Masukkan tepung gandum dan kacau seketika.


3) Masukkan sedikit air, sos tiram, kicap dan stok ayam (boleh masukkan kiub ayam) dan kacau rata.
4) Masukkan serbuk lada hitam ikut citarasa. Kalo tak ade yg serbuk blend kering je lada hitam tu.
5) Adjust warna sos sesuka hati korang. Kalau kuah pekat tambahkan air.
6) Bila dah sebati, angkat gravy tadi dan blender untuk hancurkan bawang merah dan tepung.
7) Kemudian, panaskan semula di atas api sederhana dan taburkan batang saleri yang didadu tadi.



Sekarang ni pun dah ada jual serbuk kentang putar segera instant kat shopee. Hanya tambah air panas, kacau sebati dan sedia dihidang bersama kentang putar. Kalau nak cabaran dan nak cuba sendiri boleh pakai resipi sis ni ye.

Dah pun siap. Senang je korang. Rasanya yang lazat dan lemak memang membangkitkan selera. Berlemak dan gebu gituh! Sesuai untuk makan bila time berkelah kan. Kalau dah malas sangat beli kentang putar KFC jelah uols. Malas ya rabbi!! Kay bolehlah cuba buat resepi kentang putar ni ya. Muah!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

3 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post