Rahsia Kulit Putih Glowing Dengan MYLARA Skincare

Hi semua! Untuk entri kali ini Kak Bell nak kongsikan tentang produk perawatan wajah yang baru Kak Bell cuba. Sebenarnya memang Kak Bell sudah lama tidak menjalani rutin penjagaan wajib untuk wajah. Cukup sekadar mencuci muka tanpa toner, losyen muka dan memakai solekan setiap hari. Setiap kali melihat cermin, akan perasan kulit semakin kusam dan pudar seiring dengan peningkatan usia yang dah nak mencecah ke tahun 40! Menangis di dalam hati.


Disebabkan masalah tersebut, Kak Bell berusaha mencari produk skincare yang boleh membuat muka ini selicin kulit telur dikupas dan sehalus baldu. Tetapi rasa takut akan risiko penggunaan produk lambakan dipasaran kerana pernah terkena sebelum ini dan memberi kesan ngeri di beberapa bahagian wajah. Kemudian, baru-baru ini Kak Bell telah diperkenalkan dengan produk memutihkan dan melicinkan wajah dan sudah hampir seminggu Kak Bell menggunakannya. Jadi Kak Bell ingin kongsikan produk yang sedang Kak Bell cuba iaitu MYLARA Skincare.


MYLARA Skincare
Bagi yang belum kenal, Mylara Skincare adalah produk syarikat tempatan yang mengeluarkan rangkaian produk yang dirumus khas agar kulit kekal sihat dan segar. Telah ditubuhkan pada tahun 2015 dan telah mempunyai pengalaman selama 5 tahun dalam pasaran. Produk yang dihasilkan menggunakan kombinasi unik dari bahan-bahan berasaskan tumbuhan dan sesuai digunakan oleh semua golongan seawal dari usia 14 hingga 60 tahun. 


Bagi menangani masalah dan keinginan mendapatkan kulit wajah sihat dan bersinar, Kak Bell telah mencuba set pemula Basic Whitening 3-in-1 Mylara Skincare + Glowing Collection. Jom ikuti lebih lanjut.

Mylara Skincare Basic Whitening 3-in-1 (Starter Kit)
Set asas pemutihan wajah ini terdiri daripada 3 produk yang terdiri daripada Glowing Cleanser, Matte Perfect CC Cream dan Instabright Night Cream. Dengan 3 langkah mudah ini, penggunaan seharian akan menjadikan kulit wajah cerah berseri dan sesuai digunakan untuk kulit normal, kering dan kombinasi.


Glowing Collection
Bagi mempercepatkan kesan pemutihan wajah 3 produk tambahan juga perlu ada sebagai rutin penjagaan lengkap. Produk tambahan yang patut ada adalah Facial Toner, Glowing Gel Aloe Vera dan Perfect Glow Serum.

Mylara Basic Whitening 3-in-1 Starter Kit + Glowing Collection
Terdapat lebih daripada 30 buah produk oleh Mylara dan ada 9 jenis set penjagaan wajah yang terdiri dari set pemutihan dan jerawat. Selain membeli secara set, anda juga boleh membelinya secara secara berasingan (loose). Di bawah ni Kak Bell terangkan fungsi dan Kak Bell telah susun produk mengikut aturan pemakaian yang lengkap. Harga jualan Mylara Skincare Basic Whitening 3-in-1 (Starter Kit) adalah  RM72 (SM)/NP RM75.


1) Glowing Cleanser (60ML) RM25
Tekstur dalam bentuk gel, berbau haruman floral segar, berwarna pink lembut, tidak likat atau melekit dan berbuih minimal semasa proses pembersihan wajah. Pembungkusan dalam botol yang mempunyai dua penutup untuk faktor 'hygiene'. Berfungsi membersihkan kotoran pada muka melembabkan kulit muka, mencerahkan wajah dan menyembuhkan luka jerawat.


2) Facial Toner (60ML) RM25
Berfungsi membersihkan pori wajah dari sebum dan debu serta mengecutkan jerawat di wajah. Turut mempunyai kelebihan mematikan kuman yang menyebabkan jerawat di wajah.

3) Perfect Glow Serum (10ML) RM35
Mencerahkan kulit wajah serta memberi kesan glowing.


4) Glowing Gel Aloe Vera (20ML) RM25
Melindungi kulit dari sebarang kesan iritasi dan melembapkan kulit.


5) Instabright Night Cream (7G) RM30
Dalam bentuk krim berwarna putih, bertekstur lembut dan tidak melekit. Berfungsi untuk merawat masalah kulit di malam hari & mencerahkan kulit secara semulajadi, mencerahkan tona kulit tidak sekata, mencerahkan kulit sunburn, mencerahkan bekas parut hitam jerawat, jeragat dan hiperpigmentasi.


6) Matte Perfect CC Cream (7G) RM30
Krim rawatan siang hari ini berwarna natural seperti warna tona kulit, bertekstur lembut, tidak melekit, tidak berkilat dan berbau almond. Krim matte finish ini tidak berminyak dan tidak kesat bila disapu pada kulit dan ada SPF35. Dibuat dalam partikel nano yang tidak menyumbat pori muka, mudah diratakan pada wajah dan memberi 'natural glow' kekal hingga 10 jam.


My Verdict
Untuk pembungkusan pada Kak Bell tidak menjadi masalah. Semua produk datang dengan packaging yang sesuai dan mudah dibawa sebagai pek pemula. Botol pencuci dan toner yang datang dengan 2 penutup sangat menjaga tahap kebersihan semasa penggunaan dan untuk penyimpaan. Semasa membersihkan muka, cleanser Mylara ini tidak berapa berbuih tetapi cukup lembut semasa mencuci wajah. Kak Bell sangat sukakan bau floralnya yang minimal. Selepas mencuci muka, kulit muka akan terasa lembut pada setiap kali penggunaan, kulit lebih lembap dan anjal. Bau toner pun tidak terlalu kuat dan tidak berbau acidic.


Untuk Perfect Glow Serum dan Glowing Gel Aloe Vera tidak banyak beza dengan krim lain dan baunya juga wangi. Kak Bell juga sangat sukakan Matte Perfect CC Cream mereka sebab mudah diratakan dan ada SPF 35 yang bertindak sebagai sunblock. Penggunaan matte krim ini tidak memerlukan untuk Kak Bell memakai foundation dan hanya memerlukan sapuan bedak yang nipis.

Kesemua produk dalam tekstur krim adalah lembut dan memang sangat mudah diratakan ke seluruh muka. Paling penting semuanya berbau wangi dengan bau yang minimum. Setelah solekan dah pecah minyak memang wajah akan tampak lebih glowing. So far so good, selepas seminggu menggunakan Set Basic Whitening 3-in-1 ini tiada pengelupasan (peeling) berlaku dan ianya amat menyenangkan Kak Bell. Tak sabar nantikan hasilnya selepas beberapa minggu penggunaan.


Kenapa MYLARA Skincare?
  • Telah berjaya membantu ramai orang dalam menangani masalah kulit wajah dengan lebih 90% testimoni berjaya
  • Produk yang telah menjalani dan mendapat kelulusan dari pihak KKM untuk produk yang dikeluarkan

Produk MYLARA Skincare telah dihasilkan dengan selamat di kilang yang diperakui GMP dengan ramuan yang diformulasikan secara eksklusif dan terbukti secara klinikal untuk keberkesanannya. Produk mereka juga mengamalkan Good Manufacturing Practice (GMP) dan bebas dari ujian terhadap haiwan.


Informasi paling penting yang perlu anda ketahui, kesemua produk MYLARA Skincare berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Anda semua boleh layari website National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) dan semak di bahagian consumer untuk menyemak status produk Mylara.

NOT190402218K Mylara Glowing Cleanser
NOT190402207K Mylara Perfect Glow Serum
NOT190402217K Mylara Matte Perfect CC Cream
NOT190402210K Mylara Instabright Night Cream
NOT181100727K Mylara Glowing Gel Aloe Vera


Bagi anda yang ingin mencuba produk Mylara samaada untuk set jerawat atau set pemutih, anda boleh gunakannya tanpa was-was. Produk ini bebas merkuri dan bahan berbahaya serta selamat digunakan. Awaken your best skin dengan Mylara Skincare!

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman berikut:

CONVERSATION

0 comments:

Post a comment

Back
to top