Trending


Resepi Bihun Goreng Singapore Mudah Dan Cepat

Resepi Bihun Goreng Singapore Mudah Dan Cepat | Hi semua. Hampir seminggu Kak Bell tak ke dapur memasak juadah berbuka dan bersahur. Kepenatan selepas balik kerja malam, jadi makan sahaja apa yang ada. Lagipun makanan berbuka pun masih banyak. Sehinggalah semalam sebelum bercuti, baru ada kerajinan nak memasak. Malas nak menanak nasi dan memasak lauk, jadi Kak Bell buat Bihun Singapore atau bihun goreng Singapura.

Resepi Bihun Goreng Singapore Mudah Dan Cepat

Bihun goreng putih atau bihun goreng Singapore ini memang sangat mudah dan tidak memerlukan banyak bahan untuk memasaknya. Di rumah sebenarnya ada isi ayam dan udang. Disebabkan nak memasak pantas siap, malas hendak menunggu daging ayam defrost. Kak Bell buat bihun Singapore ni menggunakan telur, lobak dan tauhu kering. Memang ada banyak versi memasak bihun Singapore ini. Kak Bell hanya guna sayur lobak semata dan telur sahaja. Kalau anda nak guna sebeban sayur lain pun boleh. Ikut suka.


Untuk bihun putih ini, bahan paling penting yang kena ada adalah udang kering dan lada hitam atau lada sulah. Kalau tak ada udang kering, boleh sahaja gunakan udang kecil untuk tumisan dan gunakan kiub ikan bilis. Dah nama bihun Singapore mestilah nak ada udang kering ye. Baru lah lengkap resepinya.

Resepi Bihun Goreng Singapore Mudah Dan Cepat

Bahan A
1/2 paket bihun
2 biji telur
2 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu sos tiram
Garam dan perasa
Minyak

Bahan B (blend/tumbuk)
4 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering

Bahan C
1-2 biji tofu pok/tauhu kering
1 biji cili merah
Sedikit lada benggala
1/4 lobak merah (hiris panjang)


Cara memasak:
1) Rendam bihun dengan air biasa hingga lembut, tos dan ketepikan.
2) Panaskan minyak masak, tumis bahan kisaran B hingga naik bau.
3) Ketepikan bahan tumis, masukkan telur. Kacau sekejap hingga telur memejal.

Resepi Bihun Goreng Singapore Mudah Dan Cepat

4) Masukkan semua bahan C dan kacau rata. Kemudian tambahkan garam, sos tiram dan serbuk lada hitam.

Resepi Bihun Goreng Singapore Mudah Dan Cepat


5) Masukkan bihun, tambahkan sedikit air (jika perlu) dan aduk rata hingga bihun kering dan masak.
**Boleh juga masukkan cili merah pada langkah akhir sebelum bihun masak.

Resepi Bihun Goreng Singapore Mudah Dan Cepat
**Kak Bell masukkan sos tiram kemudian. Masukkan awal supaya senang rata pada bihun

Resepi Bihun Goreng Singapore Mudah Dan Cepat

TIPS!
  • Rendam bihun dengan air biasa sahaja untuk mengelakkan bihun putus
  • Bahan B dikisar dengan sedikit air sahaja
  • Boleh juga tambahkan halia untuk bahan B
  • Boleh masukkan isi udang, isi ayam, fish cake atau fish ball, sotong segar
  • Jika tiada udang kering, gantikan dengan kiub ikan bilis
  • Lebih sedap ditambahkan sedikit lada sulah
  • Boleh lebihkan serbuk lada hitam dan masukkan kemudian ketika bihun hampir masak
  • Untuk sayur boleh guna kucai, sawi, kangkung ikut kesukaan
  • Taburkan bawang goreng dan daun bawang sebagai hiasan

Cara masak sebenarnya ikut suka nak masukkan bahan apa dahulu. Kak Bell memang jenis malas, jadi campakkan sahaja semua bahan-bahan, letak bihun then goreng sampai masak. Bagi yang suka rasa pedas, boleh pakai cili padi atau cili merah. Masukkan kemudian sebagai hiasan. Kalau dah cuba resepi ni jangan lupa untuk komen di bawah.

Resepi Bihun Goreng Singapore Mudah Dan Cepat

Kisahnya Kak Bell masak untuk sahur ni agak awal. Nanti bangun sahur terus panaskan sahaja. Hujung-hujung pukul 6AM baru tersedar! Kalau tak puasa, boleh la jadi hidangan sarapan pagi. Nasib baik sempat makan midnight sebelum tidur. So, terus lah bihun Singapore ni jadi hidangan berbuka harini. OKla, selamat memasak dan jangan lupa cuba resepi bihun goreng singapore mudah cepat ni! Nanti mesti mak mertua sayang. Hehe.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

7 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Sedap bihun Singapore. Walaupun warna biasa2 je..

    ReplyDelete
  2. Paling suka berbuka makan mee hoon, konon nak kurangkan makan, tapi sampai sekarang tak kurus-kurus hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ok lah kak. nak kurus camne lagi. hehe.

      Delete
  3. betul mee hoon singapore ni one of menu yang simple sangat dan sedap. thanks kak bell share resepi

    ReplyDelete
  4. Paling gemar masak mee hoon singapore.. cepat dan menyelerakan.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post