Resepi Patin Tempoyak

Trending

Resepi Patin Tempoyak

Kalau ditanya masakan apa yang Kak Bell gemari, dah pastilah Patin Tempoyak. Dahulu memang Kak Bell membesar di Pahang dan menu masakan ikan patin memang dah menjadi kebiasaan. Ada sesetengah orang tak makan ikan patin atau ikan sungai tapi boleh mengadap ikan laut. Rasanya kalau dah ikan memang lah berbau hanyir kan. Asalkan basuh dengan cara yang betul, pasti hilang bau hanyirnya.


Disebabkan sekarang negara kita sedang dalam Movement Control Order kerana wabak pandemik COVID-19, jadi lebih baiklah kita semua memasak sendiri di rumah. Sekurang-kurangnya kita dapat menjauhi risiko dan kekal selamat. Kak Bell pula yang bekerja di syarikat telekomunikasi, masih lagi bekerja sehingga ke hari ini walaupun turut rasa takut dengan risiko jangkitan. Kak Bell pula dah memang ada asma, lagilah berisiko disebabkan penyakit yang berkaitan pernafasan. Sama-samalah kita berdoa agar semua ini berakhir dengan cepat dan baik tanpa perlu perintah 'Lockdown'. Aminn.


Ikan patin yang Kak Bell beli tempohari masih berbaki 4 ketul. Untuk hari pertama MCO, Kak Bell cuma buat ikan patin goreng dan keesokannya baru buat resepi Ikan Patin Tempoyak. Sebelum ni memang ada kongsikan resepi, tapi kali ini lebih cantik sikit kejadiannya. Hehe. Bagi mana yang tak tahu, resepi patin tempoyak pahang ni guna 5 bahan asas sahaja iaitu ikan patin, cili api, tempoyak, kunyit hidup dan daun kesum. Kalau pakai bawang dan lain-lain tu Kak Bell tak berkenan sangat. Oklah, jom tengok bahan-bahannya dahulu.


Bahan-bahan
2 ketul ikan patin
10 biji cili api merah/hijau
1 inci kunyit hidup
1-2 sendok tempoyak
2 asam keping
1 batang timun Jepun
1 ikat daun kesum
Garam
Air secukupnya

Cara memasak:
1) Tumbuk cili padi dan kunyit hidup dan tidak terlalu hancur.


2) Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk sekali supaya bergaul rata.


3) Masukkan bahan ditumbuk tadi, timun jepun dan asam keping ke dalam periuk dan masukkan air secukupnya.


4) Masak dengan api perlahan sehingga mendidih dan pastikan timun dah lembut.


5) Masukkan daun kesum, ikan patin dan masak selama 4-5 minit.
6) Perasakan dengan garam secukupnya dan bolehlah ditutup api.

TIPS!
  • Untuk resepi ikan patin tempoyak Pahang memang tak pakai bawang atau bahan-bahan lain.
  • Pakai cili api merah untuk kuah lebih cantik.
  • Disarankan tumbuk dalam lesung kerana lebih sedap berbanding menggunakan blender.
  • Kepekatan kuah bergantung pada sukatan air dan jumlah tempoyak. Sesuaikan sendiri.
  • Masak ikan maksimum 5 minit sahaja dan tidak perlu kacau untuk elak ikan hancur.


Untuk masakan patin tempoyak kegemaran, Kak Bell sukakan kuah yang sedikit masam dan pedas. Memang layan kalau masa makan. Bagi yang nak cuba resepi patin yang lain bolehlah klik di bawah ni.

Ikan Patin Masak Tempoyak Pahang
Pais Tempoyak Ikan Patin Air Fryer
Pais Tempoyak Ikan Patin Bakar

Mudah sahaja kan masakan patin tempoyak ni. Tak perlu tumis dan pakai minyak pun. Campak-campak je semua bila memasak. Bolehlah anda cuba nanti!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

16 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Wow it looks yummy!
    Thank you for sharing this recipe :)
    Hopefully this pandemic crisis will be over soon, be safe and healthy ♥

    xx
    Amira
    www.theamiraword.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Allah sedapnya ikan patin masak tempoyak ni kak bell. Lama rasanya tak masak tempoyak ni, nak masak, baru teringat stok tempoyak dah habis huhu. Betul kak bell cakap tu, bila ada bawang dalam gulai tempoyak ni rasa dia lain.

    ReplyDelete
  3. alamak aiiii, sedap ni kalau dpt sekeping ikan tu dgn semangkuk kuahnya.
    nasi panas2. sedap oii!
    aida pernah buat sekali - ikan tenggiri.
    sebab sgt sukar carik ikan patin fresh kat melaka ni.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya Kak Bell. Saya belum pernah lagi masak gulai tempoyak. nanti nak cuba. Ingatkan bahan-bahan dia susah. Rupanya senang ya amat. hehehe

    ReplyDelete
  5. Uiii selamat tadi Sis ke Hero ada beli tempoyak 2 bungkus...so apalagi, akan ku tiru resepi mu ni ya Bella....dapnyaaaa

    ReplyDelete
  6. Canteknya kejadian..hahsha..dlm petiais k mid ada beberapa hiris ikan patin..hasrat mmg nak masak tempoyak tapi malang sekali tempoyak x da..x snggup nak kluar umah semata2 nak beli tempoyak

    ReplyDelete
  7. Wahh terliur tengok kak bell masak. iena tak makan ikan patin tapi tengok gambar rasa teringin nak makan :D

    ReplyDelete
  8. Patin tempoyak nie menu kegemaran kita. Masakkan utk kita please. Nampak sedap betul kejadian patin tempoyak tu

    ReplyDelete
  9. pergh...sedap yer!!!! lama betul tak makan. tgh musim RMO ni mmg tak keluar beli ikan.. kena tahan lah craving ni sampai bulan depan..huhu...

    ReplyDelete
  10. Senang je resipi dia kan. Boleh la share dengan kengkawan. Rawlins tak makan deghoyan hahaha

    ReplyDelete
  11. Mudah nak sediakan. Bahan pun ada kat dapur tu. Terima kasih share resepi. Nanti Qiss try pulak ok. Nampak sedap. Tak sabar nak cuba

    ReplyDelete
  12. sedapnya. nak cari patin tu la satu hal. tempoyak ada je ni. nanti boleh buatlah

    ReplyDelete
  13. Ikan patin masak tempoyak tu nampak sedap. Kuah pun pekat likat saja. Nanti nak try buatlah. Thanks share resipi

    ReplyDelete
  14. Aduhhh terus termengidam ni..cm ne ni. Terlioq tengok, dah lah lama x makan ikan patin masak tempoyak ni. Mana nak cari patin sekarang ni ekk, sure mahal kan

    ReplyDelete
  15. nak try makan gulai tempoyak tp i cannot hahha

    ReplyDelete
  16. wah nampak sedap ya sis ! tapi saya ni tak berapa nak makan tempoyak :) apa2pun thanks for the resepi :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post