Kobis Goreng Mamak

Masuk hari ke-7 RMO ni, ramai juga yang mencari resepi. Kak Bell memang gembira sangatlah sebab jarang-jarang dapat cecah 10 ribu capaian sehari. Terima kasih buat semua yang memberi sokongan. Kalau dirasakan bermanfaat bolehlah dikongsi dan berbagi dengan pembaca lain.


3 hari lepas sempat menyinggah beli sedikit barang dapur dan sayur kobis bulat. Malas nak beli sayur lain banyak-banyak sebab takut tak sempat nak masak. Kiranya dah masuk dua hari la Kak Bell masak menu sayur kobis. Kalau kobis bulat ni memang dah biasa orang buat goreng, tumis air atau masak lemak. Kak Bell pun dah naik boring juga. Nak juga buat menu yang tak pernah Kak Bell masak.


Kak Bell kalau hari bekerja memang boleh dikatakan setiap hari akan makan di kedai mamak. Paling Kak Bell suka kalau makan di QBistro TTDI. Kedai mamak paling win lah dari kedai mamak yang lain. Bila melayan nasi kandar, kalau tak makan sayur kacang, ambil peria goreng atau kobis kunyit. Kobis kunyit kat sini je yang Kak Bell suka. Kalau kedai lain tak sedap.


Buat korang yang rindu nak melepak di kedai mamak, ni Kak Bell kongsikan resepi Kobis Bulat Goreng Mamak style. Resepinya pun mudah cuma kena cari biji sawi dan daun kari ajelah kelainannya. Jom lihat resepinya.

Bahan-bahan
1/4 kobis bulat
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 cili kering
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/4 lobak
Sedikit daun kari 
2 sudu minyak masak
Garam dan gula
Air

Cara memasak:
1) Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan biji sawi hingga biji sawi meletup kecil.
2) Masukkan bawang putih, bawang besar, cili kering dan daun kari. Tumis hingga wangi.


3) Masukkan serbuk kunyit dan karot dan kacau seketika.



4) Masukkan pula kobis, kacau rata.


5) Tambahkan sedikit air dan perasakan dengan garam secukupnya.
6) Kacau rata dan masak hingga kobis dan karot masak.


TIPS!
  • Potong sayur kobis dengan saiz kecil dan lobak dipotong panjang
  • Cili kering digunting pendek-pendek dan direndam untuk buang biji
  • Tambahkan sedikit air supaya bahan/kunyit sebati rata
  • Kobis hendaklah dimasak hingga lembut dan layu supaya lebih sedap


Bagi korang yang belum pernah cuba resepi ni, bolehlah cuba masa tengah perintah berkurung ni. Sedap pula bila masak sendiri dari yang selalu makan di kedai mamak.

CONVERSATION

16 comments:

  1. Pandainya Bella masak ringkas begini. Nanti nk cuba la resepi mudah ni hihi

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak bell masak. bukan lagi simple begini ni kak bell. haha. dah boleh buat lauk kenduri kawin ni :)

    ReplyDelete
  3. Yum!!!!!!! Ini memang best nie. Makan saja tanpa nasik pun Dah ok. Thank you for sharing recipe yg best2 ya Kak Bell. You should have your own cooking channel on YouTube la sis. Btw, take care and stay safe my friend.

    ReplyDelete
  4. Waah mudah sangat resepi ya. Memang sedap pun Kobis mamak ni.

    ReplyDelete
  5. Rajinnyd bell masak..nampak sgt menyelerakan macam kt kedai mamak..bolelah kak mid tiru resepi bell nanti

    ReplyDelete
  6. Good idea kak bell. esok nak masak kobis goreng mamak lah. boring tak tau nak buat ape ni. 😔

    Hari-hari masak sampai jemu masakan sendiri. Hahaha

    ReplyDelete
  7. menarik. boleh cuba nanti, thanks share resepi.

    ReplyDelete
  8. saya suka sayur macam ni. ringkas. musykilnya, yang biji hitam pada sayur kobis tu apa? biji cili ke?

    ReplyDelete
  9. oo best juga macam ni. memang selalu nampak goreng kobis camni di mamak. thanks sharing

    ReplyDelete
  10. Pandai kak bell masak ala-ala mamak ye. menjadi pulak tu resepi kak bell. Lepas la rindu nak lepak mamak kan.

    ReplyDelete
  11. Yeahhh...sedapp weiii, sis pun suka buat cam gini sesekali. Makan dengan kari ikan..perghhh bertambah nasi

    ReplyDelete
  12. ni saya wajib kat mamak kan.
    nasi kandar!!!
    aduhai... lama nyer lah tak merasa nasi kandar, bella :)
    nak tapaw pun, kedai mamak tutup kat area sini.
    sabar jer la ekk...

    ReplyDelete
  13. Bahan2 yg simple dan mudah didapati.. leh la AM cuba juga nnti sementara dlm tempoh kuarantin nie.. mcm2 menu teringin nak masak..

    ReplyDelete
  14. Yang ni sis boleh cuba sebab steps dia senang ahahah

    ReplyDelete

Back
to top