Trending


Kobis Goreng Mamak Style

Hi korang! Harini baru sempat nak share Resepi Kobis Goreng Mamak tempohari. Yang mana suka sangat makan sayur kobis ni kat kedai mamak, boleh lah cuba masak sendiri. Bukannya apa, kadang-kadang kat kedai ni, ada yang dah nak basi pun still dijual. Dah keep warm aje atas api dia tu, ingat kan eloklah. Dah bawak balik tapau, basi dah sayurnya. Btw, kalau korang nak terjamin bersih gittew bolehlah masak sendiri. Lagipun mahal kot sekarang makan kat kedai mamak. Pitam nak membayornya!  Okay jom tengok cara nak masak. Mudah aja pun!


Bahan A
1/2 biji kobis
1/2 batang karot
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1-2 tangkai daun kari
1 sudu teh kunyit serbuk 
1 sudu teh serbuk cili 
1 sudu teh biji sawi 
3 tangkai cili kering
Sedikit sos tiram
Garam secukup rasa 
Air (letak sedikit saja)

Bahan B (bahan tumbuk)
1/2 inci halia 
2 ulas bawang putih 
1 sudu teh jintan putih


Cara memasak:
1) Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis biji sawi hingga garing.
2) Kemudian masukkan bawang putih, bawang merah, cili kering dan daun kari. Tumis hingga wangi.
3) Masukkan bahan B, serbuk cili, serbuk kunyit dan sos tiram. Kacau rata.
4) Masukkan kobis, lobak dan perasakan dengan garam.
5) Kacau rata hingga kobis dan karot masak.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post