Pringles Perisa Misteri, Teka Dan Menangi Hadiah Tunai RM20000! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Pringles Perisa Misteri, Teka Dan Menangi Hadiah Tunai RM20000!

Trending

Pringles Perisa Misteri, Teka Dan Menangi Hadiah Tunai RM20000!

Jenama snek kerepek Pringles memang menjadi pilihan pertama Kak Bell untuk makanan ringan. Dikenali kerana bentuk kerepek yang unik disusun bertingkat-tingkat dengan pelbagai perisa, rangup dan tidak berminyak menjadikan Pringles popular di Malaysia malah juga di seluruh dunia.


Buat pertama kalinya di Malaysia, Pringles menawarkan peminat snek dengan Perisa Misteri yang terbaru! Hanya boleh didapati untuk masa yang terhad mulai 1 Mac, Perisa Misteri Pringles didatangkan dalam tin berwarna putih, dan anda boleh meneka perisa misteri serba baharu edisi terhad ini.


Peraduan Teka Perisa Misteri Pringles Bermula 1 Mac hingga 30 April 2020
Dicipta khas untuk mencabar cita rasa peminat Pringles di Malaysia, Perisa Misteri boleh didapati di kedai runcit utama serta laman e-dagang di seluruh negara mulai 1 Mac hingga 30 April 2020. Untuk menjadikannya lebih menarik, seorang (1) pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah tunai bernilai RM20,000 jika mereka dapat meneka Perisa Misteri dengan tepat!


Cara-Cara Menyertai Peraduan Perisa Misteri Pringles
Sungguh mudah untuk menyertai peraduan "Meneka Perisa Misteri" Pringles terbaru.
1) Beli mana-mana 2 tin Pringles dan simpan resit sebagai bukti pembelian.
2) Log masuk ke laman web Pringles Malaysia di www.pringles.com, TEKA Perisa Misteri & berikan jawapan perisa misteri kegemaran anda tidak lebih daripada 25 perkataan.
3) Sertai peraduan untuk memenangi hadiah wang tunai RM20,000.


Untuk menambah keseronokan cabaran Perisa Misteri, Pringles Malaysia akan memberi satu (1) petunjuk setiap dua (2) minggu di halaman Facebooknya.  Ada empat (4) petunjuk untuk dikumpulkan, jadi jangan ketinggalan mendapatkan petua ini untuk membantu anda menyelesaikan perisa misteri tersebut dengan betul!


Kak Bell dah rasai Pringles terbaru ini dan ada jawapan untuk perisa kegemaran misteri tersebut. Jom cabar citarasa anda dengan perisa misteri edisi terhad Pringles ini dan rebut peluang memenangi hadiah wang tunai RM20,000! maklumat lanjut layari laman di bawah.

https://www.pringles.com/my/mystery-flavour/home.html
www.facebook.com/PringlesMalaysia
 
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post