Pasti di luar sana ramai peminat makanan laut seperti udang, ketam dan sebagainya. Bagi hidangan seafood, adalah sangat penting menggunakan bahan laut segar bagi mengelakkan keracunan. Maklumlah, hidupan laut seperti udang ini memang sangat cepat rosak atau busuk dan mesti cepat dimasak. Untuk tahan lama, teknik penyimpanannya mestilah dibuat dengan betul.

Pemilihan udang yang segar adalah penting supaya masakan lebih enak dan lazat. Walaupun ramai yang dah mengetahuinya, Kak Bell kongsikan juga buat pembaca blog ini. Untuk tips penyimpanan akan Kak Bell kongsikan di entri yang lain.
Baca juga di SINI untuk cara memilih ketam yang banyak isi.
Apa yang biasa Kak Bell buat semasa memilih udang pastikan udang masih keras dan tidak berbau busuk. Berikut adalah tips yang boleh digunakan semasa memilih udang.
Benda ini adalah paling utama. Bau udang mesti berbau segar tidak terlalu hanyir. Jika sudah busuk dah tentulah ianya sudah lama dan tidak bagus lagi untuk digunakan dalam masakan. Penggunaan udang yang tidak segar mesti memberi rasa tidak enak dan dapat dirasa semasa menikmati hidangan tersebut.

Udang segar selalunya lebih tegap dan pejal bila dipegang. Picit dahulu badan udang untuk memastikan udang tidak lembik dengan kulit udang yang masih keras. Udang segar tidak berlendir pada kulit luarnya. Kiranya bahagian udang seperti kaki, kulit serta kepalanya tidak mudah terkoyak.
Bila memilih udang pastikan juga kepala udang masih melekat di badan. Ianya menandakan udang masih segar. Lihat juga kepala udang tidak pecah dan berwarna merah.
Warna udang jernih
Warna udang segar berwarna jernih dan tidak terdapat bintik-bintik hitam. Jika warna udang sudah berubah kekuningan, kemerahan atau biru, tandanya udang sudah tidak segar.

Berikut tadi adalah perkara asas yang mudah untuk kita memilih udang yang baik dan segar. Bila menggunakan udang segar, hasil masakan udang pasti berubah menjadi warna merah yang cantik dan daging udang segar juga lebih manis. Bagi yang nak dapatkan resepi sambal udang sedap bolehlah klik di SINI.
Febret ejulz udang ni. Bakar je pun sedap 😊
ReplyDeleteThanks bella share tips.
ReplyDeleteKena banyak tau cara pilih bahan mesntah ni kan, kalau tak tau-tau nya bawa balik busuk..lagi satu petua udang ni, yang Sis tau laa atuk cina ajo, nengok badan udangnya, kalau badannya panjang-panjang seolah menegak, udang tu sangat fresh, kalau dah membengkok, ianya dah kena air batu semalam..ye ke x entah lee..petua orang tua gitu..
ReplyDeletememang patut kena tahu cara memilih udang. kalau tersalah pilih, adumakkkk terus xsedap makanan yang kita masak
ReplyDeleteThank you for sharing the tips Kak Bell. Nanti boley lah saya share post ini dengan member2 yang gemar udang. Take care tau.
ReplyDeleteterbaik...lepas ni dah tahu nak pilih udang macam mana hehehe...tq for sharing this tau
ReplyDeleteSis sekarang beli frozen je..kalau gi beli kat market..takut terkaut yg tak fresh. Nak fresh2 beli kat kuala selangor..haa byk kat situ baru naik darat
ReplyDeleteTrbaik la sis..trima kash sudi share tip yg sangat berguna nie..btw, udang nie one of my favaorite tau..sedap masak sambal udamg petai..nyum..nyum..
ReplyDeleteBagus tips ni sebab memang ramai juga tak tahu macam mana nak pilih udang fresh ni..makan udang tak fresh ni boleh jadi gatal satu muka..haha
ReplyDeletePandainya kak bell pilih udang. tapi kan betul la tu. kalau salah pilih udang nanti tak sedap la nak makan. Mujur kat area umah kite ni ada kedai aceh yang selalu jual udang helok. so, dapat la beli tanpa ragu-ragu
ReplyDeleteSedap udang ni. Selalunya dah ada market yang jual fresh Ruby tanda sesiap. Nak udang, pi market di rumah. Nak ketam, pi kuala selangor. Nak ikan segar pi kampung nelayan. Kemain jauh kan. Tapi disitu la harga lebih berpatutan dan segar. Hehe
ReplyDeleteThanks for the tips, now i cook at home more often so this comes in handy.
ReplyDeleteTQ Bella bagi tips ni.. TB pun suka udang gak tapi tak boleh makan selalu sebab TB ada kulit sensitif... Gatal kalau makan makanan laut..
ReplyDeleteTQ Bella bagi tips ni.. TB pun suka udang gak tapi tak boleh makan selalu sebab TB ada kulit sensitif... Gatal kalau makan makanan laut..
ReplyDeleteI wanted to thank you for this great read! I definitely enjoying every little bit of it I have you bookmarked to check out new stuff you post…
ReplyDeleteThanks!
DeleteThank you Kak Bell for the tips. Kita nie peminat tegar udang. Jadinya bab2 udang nie kita sedikit pakar. Hihi.
ReplyDeleteoo bagus tips ni, saya selalu shop for prawns bolehlah cuba tips sis. thanks
ReplyDeleteWow!!! Sedapnya... gadang-gadang udangnya... ni kalau masak sambal udang petai, perghhhh... yummyliciousnya... bagus betul tips ni... insyaAllah bila ke pasar nanti, bolehlah saya aplikasikan apa yang dah dica ni... thanks for sharing ya...
ReplyDelete