Sambal Udang Mudah & Sedap

Trending

Sambal Udang Mudah & Sedap

Sambal Udang Mudah & Sedap  | Hi semua! Kononnya hari ini Kak Bell nak memasak spageti goreng. Disebabkan hujan, tak jadi nak turun ke kedai dan terus mengemas memvakum rumah sampai ke petang. Nasib baiklah dari pagi dah masak satu pot nasi dan ada sikit kuih muih. Jadi goreng ikan sahajalah buat santapan.

Sambal Udang Mudah & Sedap

Untuk resepi kali ini, Kak Bell kongsi resepi sambal udang. Sebenarnya memang jarang sangat buat menu udang sebab mahal. Masakan udang ni memang sangat mudah dan cepat kerana udang cepat masak. Jika nak dapatkan sambal udang yang sedap mestilah sambal kena power dan gunakan udang yang segar. Bagaimana nak pilih udang segar untuk masakan? Jom baca juga tips pilih udang segar.


Udang tu Kak Bell tak buangkan kepala dan kulitnya. Sekadar gunting sedikit di bahagian ekor, bahagian tajam di kepala udang dan bersihkan tahi udang di kepala. Ya, kalau yang tak tahu tu, tahi udang berada di kepala yang warna oren tu. Jika dibuang kepala udang, rasa masakan akan kurang sedap berbanding dimasak bersama kepala udang. Kalau dibuang semua, memang kecut keciklah lah masakan udang. Kurang nafsu nak makan. Hahaha. Oklah jom tengok bahan-bahan.

Sambal Udang Mudah & Sedap

Bahan A
20-30 ekor udang
2 senduk cili kisar
1 sudu pes asam jawa
1 batang serai (diketuk)
Sedikit belacan
Garam secukup rasa
gula secukup rasa
Minyak masak

Bahan B (dikisar/ditumbuk)
1 biji bawang merah/ bawang besar
3 biji bawang putih

Cara memasak:
1) Panaskan minyak dan tumis bahan B (bahan kisar) sehingga naik bau wangi.
2) Masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga cili masak dan pecah minyak.

Sambal Udang Mudah & Sedap

3) Masukkan sedikit sahaja air, pes asam jawa, belacan dan serai, kacau seketika.
4) Masukkan garam, sedikit gula dan perasa jika suka. Sesuaikan rasa.

Sambal Udang Mudah & Sedap

5) Masukkan udang dan kacau rata. 
6) Akhir sekali, masukkan bawang besar hiris dan kacau sehingga udang masak dan bawang layu.

TIPS!
  • Boleh gunakan air asam jawa atau gunakan 1 keping asam keping
  • untuk cili kisar, rebus cili kering yang dah dipotong dan buang bijinya
  • Untuk asam jawa, campurkan air dan bijinya dibuang
  • Masukkan sedikit sahaja air untuk dapatkan kuah sambal yang pekat
  • Gunakan lebih minyak semasa menumis sambal

Sambal Udang Mudah & Sedap

Dah pun siap! Memang sedap yakmat ye. Kuantiti udang tu ikut suka lah nak buat berapa banyak. Kalau dah jenis kaki makan udang, 10 ekor sorang pun boleh habis kan. Kalau ada petai, boleh tambahkan sekali, terus jadi resepi sambal udang petai. Lagi meriah sambal tumis udang korang. Selamat mencuba!


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

16 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. sedap tu..tambah petai lagi sedap. Ida tak letak belacan..famili resdung.hehe

    ReplyDelete
  2. Ok esok lah cari udang besooooo 😬😬

    ReplyDelete
  3. Nak cuba lah cara Bella masak ni. Kak selalu masak tumbuk belacan sekali tp ni belacan masuk kemudian ya?

    ReplyDelete
  4. tidaaakk...
    aida sgt suka ni, bella.
    tapi tak boleh makan - elergi udang.
    campakkan petai skit - wow!!!!

    ReplyDelete
  5. Sedapnye! Yang tak lapar terus craving for sambal udang. Ni esok kena la pi beli udang ni.

    ReplyDelete
  6. Wah!!!!!!!! Sedap nyer sambal udang. Boley lah saya share recipe nie dgn BFF saya. She likes sambal udang.

    ReplyDelete
  7. Wow nice recipe! Sambal udang memang mudah untuk disediakan, tapi boleh buat kita menambah2 nasi! Nasi panas + Sambal Udang, aduh!

    ReplyDelete
  8. Kannn. Memang jarang-jarang lah nak buat lauk udang ni sebab mahal. Lagipun saya je dalam family ni yang makan. Husband alergik. Anak-anak tak pandai makan.

    ReplyDelete
  9. Pepagi Kak Bell buat Rawlins teringin nak makan sambal udang ye. Terus gigih mencari nasi lemak dan sambal udang nie

    ReplyDelete
  10. Sambal udnag memang fvaourite all the time tau! Hari hari duk pulun sambal udang pun tak apa sebab rasa manis udang tuh yang buat terbayang bayang rasanya.

    ReplyDelete
  11. Aishh geram nengok ko Bella, sebab dah le kerja tapi ada masa nak masak semua bagai dan update, sedap-sedap pulak tu...jeles i tau...

    ReplyDelete
  12. memang minat udang. mesti best ni ada resepi baru. boleh cuba nanti. thanks ya

    ReplyDelete
  13. Bestnyerssss laaaa... Favourita de amour ni sambal udang ni... Kalau ada menu ni, dah tak toleh kiri-kanan dah bila makan ooo... Terliur pulak rasa ni... Hehehehe...

    ReplyDelete
  14. wow the sambal prawns look so delicious. I must try your recipe one day and cook for my family

    ReplyDelete
  15. Fuhhh ni kalau letak petai sodap ni. Baru ni.pun masak sambal gak tapi sambal.kering

    ReplyDelete
Previous Post Next Post