Resepi Telur Dadar Simple

Siapa yang tak pandai buat telur dadar kan? Kalau dah tak ada apa sangat nak di masak, goreng sebiji telur dimakan dengan nasi putih pun dah memadai. Lagipun kosnya murah dan sesuai dimakan dengan menu apa pun.


Ada banyak cara dan kesukaan orang bila memasak telur dadar. Semasa Kak Bell browsing resepi ada Kak bell terjumpa resepi Telur Dadar Kentang, Telur Dadar Merunggai, Masak Lemak Telur Dadar, Telur Dadar Terung Bakar dan paling menarik Telur Dadar Cencalok! Wah macam-macam rupanya boleh dibuat dengan telur ni. Memang Kak Bell nak cuba masak semua jenis masakan telur dadar ni sebab belum pernah rasa lagi.


Biasanya kalau Kak Bell buat telur dadar, mesti nak letak macam-macam di dalamnya. Kadang-kadang, ada yang tak suka ada bawang, nak pedas sikit letakkan cili potong. Tapi kali ini Kak Bell buat yang paling simple. Di bahagian bawah nanti, Kak Bell kongsikan juga tips untuk buat telur dadar yang sedap dan pelbagai. Cuba juga Telur Dadar Vege

Bahan-bahan
2 biji telur
1 biji cili api
Garam/ajinomoto
2 sudu air putih

Cara membuatnya:
1) Basuh telur ayam dengan bersih, pecahkan dalam mungkuk.
2) Tambahkan Garam/ajinomoto (jika suka) + air putih, pukul hingga kembang berbuih.



3) Masukkan cili api.
4) Panaskan minyak dalam kuali dan pastikan minyak panas sebelum masukkan bancuhan.



5) Kawal api memasak supaya tidak hangit dan goreng hingga warna keemasan.


TIPS!
  • Tambah sedikit air ke dalam telur yang dipecahkan untuk dapatkan telur dadar yang gebu.
  • Pukul telur dengan lebih lama hingga kembang
  • Pastikan minyak dalam kuali dah betul-betul panas supaya telur tak melekat
  • Boleh tambahkan mayonis, marjerin atau serbuk penaik untuk telur dadar gebu dan lembut
  • Tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung jika nak ranggup
  • Boleh juga diperasakan dengan serbuk lada hitam atau lada putih


Macammana pula cara korang suka bila buat telur dadar? Nanti Kak Bell kongsikan resepi bila dah cuba resepi telur dadar yang lain.

CONVERSATION

4 comments:

  1. wah telur dadar cencaluk tu O_O

    ReplyDelete
  2. Sis geram orang yang buat telur dadar gebu macam jual kat kedai makan tu Bella, yang tebal tu..kalau Bella pandai dan pernah buat, nanti sharekan...

    ReplyDelete

Back
to top