Konsert Innuendo - The Return April Ini Di Istana Budaya - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Konsert Innuendo - The Return April Ini Di Istana Budaya

Trending

Konsert Innuendo - The Return April Ini Di Istana Budaya

Buat peminat R&B tanahair pastinya mengenali kumpulan R&B lelaki terkemuka Malaysia INNUENDO. INNUENDO bakal kembali ke industri muzik dengan konsert ‘comeback’ mereka yang dibawakan oleh Shiraz Projects Sdn. Bhd. pada hari Jumaat, 10 April 2020 di Istana Budaya, Kuala Lumpur.


Selepas berehat panjang dari industri muzik, INNUENDO kembali dengan konsert untuk meraikan kemunculan semula mereka, INNUENDO - THE RETURN. Konsert dengan durasi dua jam itu tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat setia atau “die hard fan” mereka kerana INNUENDO akan melagukan repertoire dari album mereka di antaranya Selamanya, Gemawan, Ratu Hati, Belaian Jiwa dan banyak lagi.


Walaubagaimanapun, konsert ini hanya akan menampilkan tiga orang anggota asalnya sahaja iaitu Shamsul Azhar Nazeer (Sam), Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir (Taj) dan Saiful Amir Abdul Wahab (Pot) tanpa kehadiran Reymee.


Sebanyak 26 buah lagu akan dipersembahkan termasuk medley pada konsert tersebut termasuklah remake semula lagu Kau Ilhamku dengan kemunculan pengarah muzik legenda Michael Veerapan beserta 12 pemuzik yang akan mengiringi konsert ini.

INNUENDO THE RETURN dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd dan merupakan konsert satu malam sahaja di Istana Budaya. Tiket-tiket berharga RM695 (Meet & Greet), RM355 (Diamond), RM255 (Platinum), RM125 (Gold). Tiket konsert ini mulai dijual pada 17 Februari 2020, jam 2 petang di www.myticket.asia.


INNUENDO - THE RETURN
Tarikh: 10 April 2020
Masa: 8.30pm
Venue: Istana Budaya, Kuala Lumpur
Laman Web: www.shirazprojects.com
Harga tiket: 
RM695 (Meet & Greet)
RM355 (Diamond)
RM255 (Platinum)
RM125 (Gold)
Tiket: www.myticket.asia
No Telefon: 03-86050195
Info Hotline: 012-2560082
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post