Resepi Kerabu Maggi

Hari ni Kak Bell kepenatan membeli-belah barang dapur dan mengemas dapur yang dah lama tak berasap. Ada lah dalam 4-5 bulan tak memasak disebabkan sinki tersumbat tempohari. Akhirnya, panggil plumber melayang RM350. Tersumbat di saluran rumah bawah. Kak Bell malas susah-susah nak pergi ziarah rumah bawah pulak nak betulkan saluran paip, so buat bypass je saluran sinki tu. Oklah dah selesai isu sinki. Stress ye bila orang kat rumah ni dah tahu tersumbat, guna juga sinki. Hujung-hujung, kita yang balik tengah malam ni terpaksa la cebok ke dalam baldi pi buang air yang bertakung. Memang tak boleh hadam la kalau jenis yang tunggul kayu kan. Tak ada common sense. Pelik la orang cam ni kan! Isu sinki dah selesai, so Kak Bell buat comeback lah memasak. Hehe.


Dalam 6 bulan lepas pun keadaan Kak Bell tak berapa nak stabil, tekanan perasaan dan hampir depresi, but sekarang barulah datang semangat mengemas semua rumah, kemas stor yang 10 tahun tak berkemas dan hari ni clearkan semua benda alah yang menyakitkan mata kat dapur tu. Siapa buat sepah lepas ni siap kena jeritan halilintar Kak Bell! Haha.


Dah kepenatan tak larat pula nak makan nasi dan beria-ria masak. Kak Bell buat kerabu maggi aje. Sebelum ni dah pernah kongsi resepi ni, cuma hari ni Kak Bell tambah je baki sayur Bok Choy dengan gunakan maggi Asam Laksa sebab ada 1 paket je Megi Serda Siam. Kak Bell memang suka hentam je apa yang ada. Asal boleh makan. Silalah tengok gambar aje ye. Mesti korang pandai buat kan? Btw kalau nak resepi boleh tengok sini > RESEPI KERABU MAGGI SIAM

 Guna Megi Serda Siam + Megi Asam Laksa

 Rebus Bok Choy, fish ball, fish cake, sotong, udang

 Tambah bawang, tomato, daun ketumbar

 Ratakan serbuk meggi dengan air perahan limau

Simple aje kan. Nak pedas tambahkan cili padi. Kak Bell dah tak tahan makan pedas sekarang. Faktor usia agaknye. Btw, Kak Bell dah ada up video memasak Spageti Goreng Udang. Bolehlah kalau sudi nak tengok kat YouTube. Oklah selamat mencuba.

CONVERSATION

2 comments:

Back
to top