Bok Choy Celur Sos Tiram

Trending

Bok Choy Celur Sos Tiram

Minggu lepas Kak Bell ke pasar petang TTDI. Sesambil membeli barang makan, singgahlah membeli sayur. Biasa memang Kak Bell beli yang murah je, beli sayur yang promosi 3 pinggan RM5. Tak adalah rosak atau dah buruk sayurnya. Dah murah, better beli buat stok di dapur. Kak Bell beli tomato, cili api dan sayur Bok Choy atau Pak Choi. Sekarang ni pun musim tengah panas, dah membeli belah, tekak pun haus, jadinya Kak Bell pergilah menyinggah beli air buat basahkan tekak. Memang ramai je yang jual air, tapi since 2 minggu lepas Kak Bell pi beli kat kedai sorang mamat yang amatlah helok rupa parasnya. Sebelum ni malas nak pi situ, sebab nanti nampak macam kita terpesona dengan rupa paras. Hahaha. Memang dah bertahun dia berniaga kat situ. Nak dijadikan cerita mamat tu bagi pick-up line kat Kak Bell. Blur kejap, malu alah kononnya. Last week dapat pulak I LoVe You, terus kita rasa sewomen-womennya. Berangan ke tidak? Haha. Memang dia helok ye, sado pulak tu. Mungkinkah jodoh? haha. Next week kita pi beli air kat kedai lainlah. Ni mesti taktik promosi je ni kan. Sekadar selingan je ni ye.


Sayuran yang dikenali sebagai Bok Choy, Pak choi atau Pok Choi ni sebenarnya adalah sayur yang sama. Btw, ianya bukanlah dari jenis sawi, tapi dari jenis kubis Cina. Dalam banyak-banyak sayur, sayur ni memang mudah nak masak dan lebih sedap dari sawi. Kalau tumis atau rebus memang sekejap je dah masak, tambah pula tak ada rasa pahit. Memang jadi kegemaran lah.


Sebelum ni Kak Bell ada kongsi resepi sayur Pok Choi tumis air. Kali ni Kak Bell buat Bok Choy celur dengan sos tiram. Kalau sayur yang dibeli dah kurang segar, nanti korang boleh cuci dan rendamkan 15 minit dalam air bagi sayuran tadi segar semula. Menu ni memang biasa ada kalau di restoren masakan Cina. Btw, untuk resepi ni Kak Bell tak gunakan kicap soya, hanya gunakan sos tiram sahaja. Bagi yang nak gunakan kicap soya, nanti boleh tambahkan air dan juga tepung jagung untuk pekatkan kuah sos.


Bahan-bahan:
Sayur Bok Choy
5-7 ulas bawang putih
2-3 sudu sos tiram
Lada sulah
Gula
Garam
Sedikit air

Cara membuatnya:
1) Cuci bersih sayur Bok Choy, rendam seketika dalam air bersih.
2) Cincang halus bawang putih (Kak Bell guna manual chopper).


3) Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih sampai perang dan angkat.
4) Asingkan minyak goreng bawang ke satu bekas dan tinggalkan cukup untuk tumis sos tiram.


5) Rebus/celur Bok Choy dengan sedikit garam sampai layu, kemudian angkat dan sejukkan dalam bekas berisi air.


6) Masukkan sos tiram, sedikit gula, garam, lada sulah dan air. Kacau sekejap dan angkat.
7) Susun sayur atas pinggan dan sapukan sedikit minyak bawang putih tadi atas sayur.
8) Tuang sos atas sayur dan taburkan bawang putih goreng.

Untuk kepekatan dan rasa sos tiram tu, pepandailah sesuaikan. Boleh kurangkan garam untuk elakkan sos tadi masin. Kalau korang ada resepi dan cara lain, bolehlah kongsikan dengan Kak Bell. Nanti Kak Bell boleh cuba. Kalau dah cuba bolehlah bagi feedback menjadi atau tak ya? Kay Bye.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

18 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Walaupun resepi simple je tapi bila dah rasa memang sedap.airah yang baca ni pun terliur rasa nak pegi cari pak choy sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple je nak buat. Tambah lagi sayur ni sedap.

      Delete
  2. resepi yang simple tapi sedap. mmg betul pak choi ni tak rasa pahit. lagi sedap daripada sawi biasa. :)

    ReplyDelete
  3. This is my favorite way to prepare pak choi and kai lan, simple yet tasty.

    ReplyDelete
  4. Laa senang rupanya masak bok choy ni.. Mula2 kita xreti makan sayur ni tau.. Tapi sejak makan dgn fmily mertua memang dh jadi hantu kegemaran da. Haha

    ReplyDelete
  5. Selalu kalau makan tengahari, mesti nak ambik satu kuncup pak choi nie sbg sayur. Owhh nak pekatkan kuah tak gunakan tepung jagung ya ? Ingatkan guna teung jgung utk pekatkan kuah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu kalau pakai soy sauce/kicap soya+air. Pekatkan guna tepung jagung.

      Delete
  6. Bila la agaknya Kak Bell nak ajak I makan kat rumah ye? Mesti sedap gile sebenarnya kan sebab Kak Bell memang seorang yang sangat rajin memasak.

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaaa! Ni ala-ala chicken rice shop punya tu la kan? Iza suka makan ni kalau makan kat sana. Thank you share resepi. Nanti boleh cuba buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Iza. Ala-ala la kat CRS atau kedai makanan Cina. Sedap n senamg. Nanti buat tau

      Delete
  8. Wooohoo...Yana bangga abit sebab pernah masak camni dulu2. Kawan-kawan semua suka dish yang ni. Rasanya nilah basic masakan untuk most of the veggie yang yana masak.

    ReplyDelete
  9. masakan bai choi yang simple, tapi, sedaappp dan bernutrisi :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post