Pulau Perhentian Kecil Trip - Day 3

Trending

Pulau Perhentian Kecil Trip - Day 3

04/03/2018
Tibalah hari terakhir percutian di Pulau Perhentian Kecil. Seawal 7.30Am kitaorang dah mula berkemas dan bersedia untuk sarapan pagi. Walaupun masih tiada elektrik, nasib baiklah makanan yang dihidangkan di sini sedap dan memuaskan. Ramai betul yang beratur di bahagian English Breakfast semata-mata nak ambil scrambled eggs. Selesai check-out, kami terus ke Jeti Coral Bay untuk kembali semula ke Jeti Kuala Besut.


Sementara menunggu bot yang akan bertolak pada jam 12PM, melayan kanak-kanak di sini memancing ikan. Tak payah pakai joran pun, kagum sekejap Kak Bell tengok. Sampai Kuala Besut, terus ke office PMH dan membeli belah barang-barang souvenir di sana. Perjalanan diteruskan ke Kelantan untuk berjalan-jalan di Pasar Besar Siti Khadijah dan makan tengah hari di  Restoren Nasi Ulam Cikgu yang terkenal di Kota Bahru.

Kak Bell tak pandai memancing, so kita bagi ikan makan roti ajelah :)


Dalam perjalanan, kami semua singgah sebentar untuk membeli ole-ole keropok lekor dan satar frozen. Keropok lekor ni merupakan makanan tradisional popular di Negeri Terengganu dan juga Kelantan, jadi masing-masing lah beli berkilo-kilo bawak balik KL. Kalau kat KL, bukan main nipis dia potong dan rasa tepung je. Tak puas makan. 

Proses penghasilan keropok lekor


Keropok lekor ni diperbuat daripada campuran isi ikan laut, tepung gandum, campuran sagu dan garam. Keropok lekor Kelantan dan Terengganu ada bezanya. Kebiasaan keropok lekor di Terengganu berbeza kerana kandungan isi ikannya yang lebih banyak. Korang boleh dapatkan keropok lekor rebus, goreng dan satar untuk dibeli sebagai ole-ole dan boleh lihat sendiri proses penghasilan kerepok lekor. Kebanyakan kedai menjual keropok lekor ni turut menyediakan tempat makan bagi pelanggan untuk menjamu keropok lekor panas-panas.

Keropok lekor rebus

Satar ikan

Perjalanan diteruskan menuju ke Kelantan. Tak lengkap percutian jika ke Kota Bharu dan tak singgah ke Pasar Besar Siti Khadijah dan makan di Nasi Ulam Cikgu. Pasar Besar Siti Khadijah ni terletak betul-betul di tengah pusat bandar Kota Bharu. Nama asal pasar ni ialah Pasar Besar Buluh Kubu sebelum dinamakan semula pada 1997 kepada  Pasar Besar Siti Khadijah. Rata-rata peniaga di sini terdiri daripada kaum wanita yang minat berniaga.


Pasar empat tingkat dan berbentuk segi lapan ni menjual macam-macam jenis barangan tempatan seperti pakaian, kain batik, kain pasang, aksesori, barangan dapur dan lain-lain dan semestinya jauh lebih murah. Kebanyakkan peniaga di sini menjual barangan yang sama, jadi kena pandai lah nak menawar harga. 



Bagi tingkat bawah khas untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Bagi yang mencari makanan kering seperti serunding dan makanan lain termasuk ayam percik, nasi kerabu atau nasi dagang boleh didapati di Tingkat 1. Untuk barangan bukan makanan seprti peralatan dan baju boleh cari di Tingkat 2 dan 3. Ok, memasing dah dapat apa yang dicari dan sempat bergambar dengan peniaga kain di sana. Mana entah bisnes kad kakak ni Kak Bell letak. Hehe.


Selesai membeli-belah, kami terus ke Nasi Ulam Cikgu untuk makan tengah hari. Tempat makan ni terletak 200 meter sahaja dari Pasar Besar Siti Khadijah dan berada di dalam Komplek Kampung Kraftangan berdepan dengan Istana Batu berhampiran pintu gerbang Kota Sultan Ismail Petra. Pertama kali sampai ke sini, terasa agak kekok sebab kedainya terletak di bawah rumah.

Nasi Ulam Cikgu memang penuh dengan umat dan menjadi tumpuan orang ramai untuk makan. Keunikan kedai ini ia mempunyai beraneka jenis ulam-ulaman dan budu istimewa yang dibuat sendiri menggunakan resipi turun temurun. Antara menu popular adalah ikan keli, budu, masak gulai tempoyak ikan patin, pelbagai jenis ulam-ulaman dan banyak lagi masakan kampung. Kat sini konsepnya layan diri, lepas dah pilih makanan, habis makan baru pi bayar. Memang sedap makan kat sini. Dengarnya dah buka cawangan di Rasta TTDI, bolehlah Kak Bell terjah nanti.


Untuk tatapan, sepinggan je lauk, walhal!

Maka tamatlah percutian gadis-gadis ke Pulau Perhentian Kecil dan Kelantan. Ni gambar kitaorang dengan Kak Mieha yang menguruskan Perhentian Mieha Holidays. Memang best dan baik sangat dorang ni. Korang bolehlah contact agensi mereka jika berkunjung ke sini.







Sampai jumpa lagi untuk edisi travel yang akan datang. Hope ada rezeki dan masa untuk terbang dan berjalan lagi ke negeri orang. Muahhh.


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

20 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Seronok baca. Nice blog. One day, should go to Pasar Payang Terengganu pulak. That new building. Almost siap. Quite big jugak. Boleh lerrr Ms Bell blogging the new Pasar Payang tuh.

    ReplyDelete
  2. Betul bell. Nasi ulam cikgu tu makanan die sedap sedap. murah pun murah sangat. tempat besar dan selesa. ade tempat yang ada air cond pulak tu. kalau pergi kota bahru tak singgah sini memang tak sah

    ReplyDelete
  3. oh lama xblk terengganu.. rindu plj..pulau perhentian memang best..tak rugi tau pergi holiday sana..nasi ulam cikgu tu mmg famous..mknn sedap2..

    ReplyDelete
  4. Best jugak dapat pergi tempat-tempat macam ni.. boleh tenangkan fikiran, boleh shopping.. TB suka sangat pulau-pulau ni.. teringin sangat nak pis bawak harraz n famili..

    ReplyDelete
  5. Best nya jalan-jalan. Dah lama tak jalan-jalan. Kaki dah gatal dah ni. Hahaha. Gambar Pasar Siti Khatijah tu cantik laaaa

    ReplyDelete
  6. teringin jugak nak pergi pulau perhentian dan rasa makan kat kedai nasi ulam cikgu yang popular sangat tu....entah bilalah ada peluang yer ...tapi tak apalah kita cuci mata dulu kat sini

    ReplyDelete
  7. bestnya dapat bercuti.. dah lama sebenarnya tak travel2 sana sini.. sebab sibuk belajar.. teringin nak pgi pulau perhentian dgn Kelantan tapi tak pernah nak sempat lagi..in shaa Allah suatu hari nnti :)

    ReplyDelete
  8. Tenang je tengok pemandangan laut tu.. biru je. Cantik sangat. Dah lama tak ke Kelantan. Kalau datang ke sana, wajib beli keropok lekor dan ke Pasar Siti Khadijah.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  9. BBL walaupun orang terengganu pun tak pernah jejak lagi pulau perhentian kecil ni. tengah tercari caru jugak duit & masa nak explore pulau kat negeri sendiri. wah sempat pusing kota bharu sebelum balik kl ye

    ReplyDelete
  10. Wah jalan sana sini ye kak bell.. Lama tak pergi kelantan.. Terengganu lgila belum jejak.. Harap ade rezeki ke sana

    ReplyDelete
  11. Bestnya dapat sini. Dah lama rasanya kita dtg sini 10 tahun dulu kot. Tapi pulau dia tetap kekal cantik terutama air laut nampak bersih jer

    ReplyDelete
  12. Bestnya kak Bell. Walaupun dalam Malaysia je kan. Negera sendiri banyak sebenarnya tempat yang cantik cantik dan memberi ketenangan jiwa..

    ReplyDelete
  13. Bestnya dapat Jalan Jalan kat Terengganu .Nak nak pergi Pulau Perhentian .Saya belum .jejak lagi kaki ke sana .Kan sana memang tenang je kalau jalan jalan kan .Ish hopefully ada rezeki saya lepas ni

    ReplyDelete
  14. Bestnya bercuti kat perhentian. Emi nama je rumah dekat dengan jeti perhentian, tp tak pernah pergi pun hahah.

    ReplyDelete
  15. Seronok baca kak bell punya artikel. I nak menulis ni susah betul lately. Kena paksa diri. Hahaha.

    ReplyDelete
  16. Cantiknya gambar gambar u snapppp. Warna very nice tgok kat laut bendang semua tu. The pictures sendiri makes me want to go there. And of course nak pegi the famous places. Teringin nak makan lekor and sata ikan tuuuuu. mana nak dapat kat shah alam hmmm

    ReplyDelete
  17. Bestnya jalan2 pantai timur..murni ni orang kelantan tapi belum sampai lagi ke pulau perhentian..inshaAllah ada rezeki nanti boleh pi..bawa anak2 sekali mesti best

    ReplyDelete
  18. Seronoknya dapat cuti cuti Malaysia. Pulau perhentian memang best..sis kalau gi betul2 dpt rehatkan minda lihat lautnya yg cantik tu. Kena gi gak lagi nanti ni ke sana nk rehat..dh serabut otak kat KL ni..:)

    ReplyDelete
  19. I miss this place... Have not been there so many years and after reading your post make me wanna plan to go there again

    ReplyDelete
  20. Sis kenapa x berhijab? Nasib baik. Xkena tangkap tau. Haha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post