Filem Rahsia Berjaya Tembusi Pawagam Kemboja - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Filem Rahsia Berjaya Tembusi Pawagam Kemboja

Trending

Filem Rahsia Berjaya Tembusi Pawagam Kemboja

Filem seram yang diadaptasi semula, RAHSIA hasil kerjasama Astro Shaw bersama Five Star Trading, berjaya meraih kejayaan luar biasa dengan menembusi pawagam di Kemboja bermula pada 15 Januari yang lalu. Kejayaan ini membuktikan daya tarikan filem ini yang mampu menarik penonton dari pelbagai lapisan masyarakat, termasuk penonton di luar negara. Untuk menyesuaikan dengan pasaran Kemboja, tajuk filem ini telah diterjemahkan dalam bahasa tempatan iaitu ទាយាទស្នងអាគម (Heir of the Black Magic).



Sebelum ini, RAHSIA juga telah mencatatkan kejayaan yang luar biasa di Malaysia dengan meraih kutipan pawagam sebanyak RM6.2 juta pada tahun lalu. Karya arahan daripada Shamyl Othman, yang juga merupakan anak kepada pengarah filem terkenal Othman Hafsham, manakala skripnya diterbitkan oleh penulis yang berbakat dan pencipta siri popular One Cent Thief, Alfie Palermo.

Pelakon-pelakon ternama seperti Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, dan banyak lagi telah memberikan penampilan hebat dalam RAHSIA.


Kisah ini mengisahkan perjalanan Ramlah, yang pulang bercuti ke rumah bapanya, Tan Sri Karim, sempena ulang tahun kelahiran beliau. Ramlah dibawa bersama suaminya dan dua anak mereka, Marina dan Saiful. Namun, kegembiraan mereka terhenti apabila Saiful tiba-tiba hilang semasa mereka sedang berkelah di tepi pantai. Meskipun pihak polis yakin Saiful hilang, Ramlah mula merasa diganggu oleh kehilangan anaknya. Adakah Ramlah mampu untuk mengungkapkan rahsia yang tersembunyi di sebalik kehilangan tersebut?

Kejayaan RAHSIA tidak hanya terbatas di pawagam, tetapi juga melalui platform media sosial seperti Instagram, TikTok, Facebook, dan Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak. Pengguna dapat terus mengikuti info-info terkini dan klip-klip menarik mengenai RAHSIA melalui platform-platform ini, menjadikan pengalaman menonton lebih interaktif dan menglibatkan para peminat filem.

Rahsia 1987,Pelakon Filem Rahsia 2023,Rahsia Remake,FIlem Seram Melayu 80an,Filem Seram,Filem Melayu Klasik Hantu,Heir of the Black Magic,


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post