Filem Seram : Filem Rahsia (2023) Remake Filem Rahsia (1987) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Filem Seram : Filem Rahsia (2023) Remake Filem Rahsia (1987)

Trending

Filem Seram : Filem Rahsia (2023) Remake Filem Rahsia (1987)

Filem Rahsia, sebuah filem seram remake dari Filem Rahsia (1987) bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 10 Ogos 2023. Filem ini menampilkan Nabila Huda dan Fikry Ibrahim sebagai pelakon utama.

Filem Seram : Filem Rahsia (2023) Remake Filem Rahsia (1987)

Filem seram pertama yang dinobatkan sebagai pemenang Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-7 (FFM7) serta membolot tujuh anugerah dalam kategori lain pada tahun 1987, RAHSIA bakal tampil semula dengan versi reboot. Diterbitkan oleh Astro Shaw bersama Five Star Trading, filem ini dijadualkan tayangan di pawagam seluruh negara bermula 10 Ogos ini.

Rahsia, sebuah filem seram ikonik arahan Othman Hafsham telah berjaya melakar fenomena suatu masa dulu sekali gus mengangkat beliau sebagai Pengarah Terbaik FFM7. Legasi beliau diteruskan oleh anaknya, Shamyl Othman yang kini diberi kepercayaan untuk mengarahkan filem reboot Rahsia. Shamyl sebelum ini menghasilkan filem kegemaran ramai ‘Kami Histeria’ dan drama bersiri ‘Kau VS Aku’. Manakala skrip adalah hasil oleh Creator drama premium One Cent Thief, Alfie Palermo.

Info Filem Rahsia (2023)

Tajuk: Rahsia (2023)
Pengarah : Shamyl Othman
Penulis Skrip : Natasha Azlan, Alfie Palermo, Luqman Sheikh Ghazali
Genre: Drama, Horror, Misteri
Tarikh tayangan : 10 Ogos 2023
Durasi Filem  : 90 Minit
Lokasi Penggambaran : VIP Bungalow, Pulau Carey; Hatter’s Castle, Pulau Carey; Pantai Teluk Cempedak, Kuantan; Tanah Perkuburan Pantai Sepat, Kuantan
Produksi : Kuman Pictures
Dipersembahkan oleh : Astro Shaw Sdn Bhd, Five Star Trading Sdn. Bhd.


Pelakon Filem Rahsia 2023

Seperti versi asal Rahsia yang membariskan pelakon terkenal negara, versi reboot turut menampilkan wajah-wajah popular sebagai pelakon filem rahsia 2023. Watak Ramlah yang dijayakan oleh Noor Kumalasari, kini dilakonkan oleh Nabila Huda. Manakala, watak Hamdan oleh Shukery Hashim digerakkan oleh Fikry Ibrahim. Barisan pelakon lain termasuk Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Mislina Mustaffa, Aloy Paradoks serta Nabil Zakaria di samping penampilan istimewa Othman Hafsham dan Susan Lankester.

Filem Seram : Filem Rahsia (2023)


  • Nabila Huda sebagai Ramlah
  • Fikry Ibrahim sebagai Hamdan
  • Eman Manan sebagai Tan Sri Karim
  • Qistina Raisah sebagai Marina
  • Syed Ali Murtadha sebagai Saiful
  • Marsha Milan Londoh sebagai Melor
  • Rashidi Ishak sebagai Young Tan Sri Karim
  • Nu’man Salleh sebagai Pak Salleh
  • Iris Alessandra Alyssa sebagai Young Ramlah
  • Mislina Mustaffa sebagai Che Yah
  • Nabil Zakaria sebagai Bob
  • Aloy Paradoks sebagai Inspektor Hanif
  • Suhaid Mustakim Yahya sebagai Sarjan Azam
  • Othman Hafsham sebagai Ustaz Firdaus
  • Susan Lankester sebagai Datin Mary (Special Appearance)

Sinopsis Rahsia

Rahsia membongkar sejarah silam sebuah keluarga. Ramlah, seorang suri rumah tangga, pulang bercuti ke rumah ayahnya Tan Sri Karim sempena ulangtahun kelahiran beliau, bersama-sama suaminya Hamdan, seorang pensyarah, serta dua anak kecil mereka, Marina dan Saiful.

Filem Seram : Filem Rahsia (2023)

Filem Seram : Filem Rahsia (2023)


Namun, keadaan bertukar menjadi keruh apabila anaknya Saiful tiba-tiba hilang sewaktu mereka berkelah di tepi pantai. Yang anehnya, Ramlah seorang sahaja yang melihat Saiful diculik oleh kelibat seorang wanita yang hodoh lagi menggerunkan.

Pihak polis yakin bahawa Saiful mungkin hilang di persisiran pantai namun Ramlah berkeras bahawa anaknya disembunyikan kuasa mistik. Sementara Hamdan menyertai pihak polis dalam operasi mencari dan menyelamat, Ramlah diganggu oleh kelibat wanita yang menggerunkan itu.

Namun suaminya, Hamdan langsung tidak mempercayai kata-kata Ramlah, dan menganggap segalanya cuma halusinasi akibat tertekan dengan kehilangan Saiful serta keadaan ayah Ramlah yang sakit tenat. Ramlah bertekad untuk berdepan dengan puaka tersebut sekali gus merungkai rahsia di sebalik kehilangan anaknya itu.

Synopsis (English)

Ramlah, a housewife, and her husband Hamdan, along with their two children, Marina and Saiful, return to Ramlah’s childhood home to celebrate her father, Tan Sri Karim’s birthday. While on a picnic, the leisurely trip takes a tragic turn when Ramlah sees a mysterious figure abduct Saiful before disappearing.
 
Shortly after, Ramlah begins encountering unexplained hauntings in the house. She hears strange noises but is unable to detect their source. However, her husband doesn’t believe her and chalks up Ramlah’s sightings to stress due to their missing son.  
The mysterious hauntings and her missing son take their toll on Ramlah’s sanity as well as her marriage. But time and time again, clues lead her to believe that Saiful is close and still alive, as she races against time to find him before it’s too late. 

Lagu Tema (OST) Rahsia

Rahsia membawa tagline ‘Dia Takkan Pergi’. Manakala, lagu bertajuk ‘Alunan Lara’ adalah lagu tema rasmi Rahsia dan dinyanyikan oleh Njwa. Njwa juga merupakan komposer dan lirik untuk lagu edaran Rocketfuel Entertainment ini.

Tajuk lagu : Alunan Lara
Penyanyi : Njwa
Komposer : Njwa

Filem Rahsia (1987)

Filem berjudul RAHSIA (1987) dibintangi Noor Kumalasari, Shukery Hashim dan Dato Yusof Haslam, merupakan Filem yang paling seram pada tahun 1987 yang masih menjadi kegemaran ramai.

Remake Filem Rahsia (1987)


Filem RAHSIA merupakan sebuah filem Melayu bergenre seram yang diterbitkan di Malaysia pada 1987. Filem RAHSIA diterbitkan dalam bentuk filem berwarna. Filem RAHSIA mula ditayangkan pada 1987 di seluruh Malaysia.

Filem ini mengisahkan sepasang suami isteri, Professor Hamdan (Shukery Hashim) dan Ramlah (Noorkumalasari) bersama anak-anaknya, Saiful dan Marina berpindah ke sebuah banglo lama yang terletak di tepi laut. Banglo itu dibeli dari seorang jutawan Dato' Karim (Datuk Yusof Haslam) dan bapa saudaranya Haji Khalid (S. Roomai Noor).

Pada mulanya kehidupan mereka sekeluarga di banglo tersebut aman tenteram, namun selepas kematian anak perempuan mereka, Marina yang lemas di laut, mereka mengalami beberapa gangguan aneh. Antaranya, mereka mendengar suara seorang kanak-kanak menjerit memanggil ibubapanya dan terhidu bau asap kemenyan.

Professor Hamdan seringkali dihantui mimpi seorang kanak-kanak yang dibunuh seseorang dan mayatnya disembunyikan di dalam almari di dalam sebuah bilik di stor bawah tanah banglo yang didiami mereka.

Gangguan aneh dan mimpi yang dialami oleh Saiful pula telah membawa kepada penemuan rangka seorang kanak-kanak lelaki yang ditanam di dalam bilik di stor bawah tanah tersebut, sama seperti mimpi yang dialami oleh Professor Hamdan.


Dari loket ditemui pada leher rangka kanak-kanak tersebut dan nama yang tertera pada loket tersebut iaitu Karim Bin Johan, nama kanak-kanak malang itu, Professor Hamdan mula mengesyaki bahawa Haji Khalid adalah dalang di sebalik kejadian ini berdasarkan beberapa kali cubaan membunuh ke atasnya dan pembunuhan seorang pegawai akhbar atas tindakannya cuba menyiasat kejadian ini.

Dato' Karim sebenarnya adalah anak kandung Haji Khalid dengan isterinya seorang warga Inggeris dan nama sebenar Dato' Karim adalah Salim.

RAHSIA telah diarahkan oleh Othman Hafsham pada tahun 1987. Jalan cerita filem seram ini tidak memerlukan susuk hantu yang menyeramkan, malah hanya dengan suasana dan skor muziknya juga sudah cukup akan membuatkan bulu roma penonton merinding.

Malah pelakon kanak-kanak yang berlakon sebagai anak lelaki Shukery memenangi anugerah pelakon kanak-kanak terbaik, menjadikan RAHSIA mampu dipandang sebagai sebuah filem adaptasi seram yang memuaskan daripada Malaysia.

Sertai Peraduan Filem Rahsia

Sertai peraduan filem Rahsia di platform sosial media Astro Shaw dan Astro Gempak bermula 10 Ogos 2023 untuk menangi hadiah eksklusif. Ikuti Broadcast Channel Astro Shaw untuk dapatkan info dan kata petunjuk.

Istimewa buat peminat dan penonton, boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘sneak preview’ bermula 9 Ogos dengan tayangan pertama bermula 8.00 malam.

Nantikan filem Rahsia yang akan menemui penonton 10 Ogos 2023 di pawagam seluruh negara. Gunakan #Rahsia #Rahsia2023 untuk berkongsi video atau ciapan di media sosial. Ikuti info dan klip-klip menarik Rahsia di Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak

Filem Seram, Pelakon Filem Rahsia 2023, Rahsia Remake, FIlem Seram Melayu 80an, Filem Melayu Klasik Hantu, Noorkumalasari Filem Seram,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post