Lirik Lagu Chinta MonoloQue & NJWA - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Lirik Lagu Chinta MonoloQue & NJWA

Trending

Lirik Lagu Chinta MonoloQue & NJWA

Merupakan sebuah adaptasi cerita rakyat #Mahsuri yang digubal untuk tatapan generasi kini agar tidak lapuk ditelan zaman. Bintang utama muzik video ini bukanlah watak Dang Merdu, bukan Long Pungguk mahupun Sultan tetapi bintang utama di dalam 'Chinta' adalah muzik gamelan itu sendiri. Disebabkan hasad dengki, iri hati tebal dalam masyarakat Melayu, Mahsuri menjadi mangsa. Kebenaran terbukti bila darah Mahsuri mengalir berwarna putih. Pada akhir video muzik ini, Pungguk leburkan perhiasan Dang Merdu dalam instrumen alat muzik gamelan sebagai 'Chinta'.


'Chinta'

Kau hadir bila tiba waktunya
Tidak diundang tak jua dipinta
Walau ku lari namun kau tetap datang jua
Keranamu cinta
Tak mampu menahannya

Aku terus mencuba
Untuk lari dari cinta
Kerana perit terasa
Sengsara tanpa kata
Kerana dusta

Cinta kau luluhkan hati ini
Membuat segalanya indah
Walau sesekali menjengah tiba
Oh cinta terasa bahagia
Hanya menunggu saat dan tika

Aku akan terus melangkah
Walau tanpamu oh cinta
Aku yakin akan adanya
Setiap ceritera yang tiada akhirnya

Cinta kau luluhkan hati ini
Membuat segalanya indah
Walau sesekali menjengah tiba
Oh cinta terasa bahagia
Hanya menunggu saat dan tika

Kerana cinta
Terasa bahagia

Cinta
Abadi cinta
Cinta padanya
Cinta satu cinta selamanya

Dipetik dari album berkembar Lagu Perang Bunyian Gamelan Malaysia abad ke 21. Klik sini > Majlis Pra-tonton Dan Sidang Media Muzik Video Chinta


Penerbit Ekskutif / Penaung : Perbadanan Muzium Negeri Pahang 
Penerbita Bersama : Penerbitan Pancasona
Turut Bersama : Warner Music Malaysia

IRAMA & LAGU 
Penerbit Eksekutif : Encik Farid
Penerbit : loQue
Pembantu Penerbit : Aiyad "Sakti" / Hafiz Ahmad
Jurutera Bunyi : Hafiz Ahmad 
Dirakam dan Diadun oleh : Hafiz Ahmad / loQue
Mastering : Encik GregCalbi, Sterling Sound NYC

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post