Filem Komedi Personal Shopper, Huru Hara Zombi Yang Mencuit Hati - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Filem Komedi Personal Shopper, Huru Hara Zombi Yang Mencuit Hati

Trending

Filem Komedi Personal Shopper, Huru Hara Zombi Yang Mencuit Hati

Filem komedi Personal Shopper kini telah ditayangkan di Astro First bermula 6 Julai 2023 lalu. Personal Shopper merupakan filem hasil daripada Dana Program TV/OTT di bawah program Dana Kandungan Digital (DKD) agihan Finas dengan kerjasama Astro. Filem yang ditayangkan di Astro First ini adalah merupakan terbitan Spectrum Century dan arahan oleh Khalid Nadzri.

Filem Komedi Personal Shopper

Info Filem Personal Shopper

Tajuk : Personal Shopper
Genre : Komedi
Pengarah : Khalid Nadzri
Penerbit : Suriani Mohamed
Terbitan : Spectrum Century Sdn Bhd
Syarikat Penerbitan : Spectrum Century Sdn Bhd
Bahasa : Melayu
Durasi Filem : 120 Minit
Jumlah Hari Penggambaran : 21 Hari
Lokasi Penggambaran : Kuala Lumpur, Selangor
Tarikh Tayangan di Astro First : 6 Julai 2023

Barisan Pelakon Personal Shopper

Filem ini dibarisi oleh pelakon seperti Shatirah Amanda, Adeline Tsen, Azri Iskandar, Aleza Shadan, Yassin Senario, Kak Girl, Amir Raja Lawak, Ungku Hariz, Man Raja Lawak, Vanessa, dan ramai lagi. Berikut adalah senarai pelakon dan wataknya:

Shatirah Amanda sbg Felora
Adeline Tsen sbg Ana
Azri Iskandar sbg Papa Felora
Aleza Shadan sbg Mama Felora
Yassin Senario sbg Dr J
Kak Girl sbg Gegirl
Farez Ridzwan sbg Shah Rock
Amir Raja Lawak sbg Rabbani
Syeera Aziz sbg Alia
Ungku Hariz sbg Ali
Vanessa sbg Mek
Man Raja Lawak sbg Dr. Kassim
Natasha sbg Felora Kecil


Sinopsis Personal Shopper

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Felora yang telah mengambil vaksin yang salah di pasaran gelap. Vaksin tersebut adalah untuk kemurungan haiwan spesies homosapien (Latin) dan kesannya telah menyebabkan Felora bertukar menjadi zombi dalam tempoh 24 jam. Dengan bantuan Shah Rock, mereka cuba mencari Doktor Kasim untuk merawat Felora. Dalam perjalanan, pertemuan bersama Rabbani menyebabkan hormon zombi di dalam badan Felora sehingga menjadi ganas. Keadaan terus menjadi huru hara dan harapan Felora untuk kembali normal semakin nipis.

Filem Komedi Personal Shopper


Filem Komedi Personal Shopper

Banyak babak-babak mencuit hati ditampilkan dalam Personal Shopper. Jangan lupa saksikan filem komedi Personal Shopper kini di Astro First, saluran 480 atau boleh strim di On Demand atau Astro Go.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram Astro First.

Filem Komedi Personal Shopper, Filem Personal Shopper, Sinopsis Personal Shopper, Pelakon Filem Personal Shopper, filem personal shopper malaysia,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post