Unifi Plus Box Hybrid (HUPB) Kini Menyokong Netflix - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Unifi Plus Box Hybrid (HUPB) Kini Menyokong Netflix

Trending

Unifi Plus Box Hybrid (HUPB) Kini Menyokong Netflix

Telekom Malaysia (TM) telah mengumumkan bahawa Unifi Plus Box telah menyokong Netflix. Pelanggan Unifi kini dapat mengakses Netflix melalui UPB bermula 26 Julai 2023 dengan langganan terhad unifi TV Pek premium terbaharu unifi iaitu Pek Ultimate Plus dan Pek Ultimate Max. Walau bagaimanapun, Netflix hanya dapat diakses melalui UPB Gen 2 sahaja iaitu Unifi Plus Box Hybrid (HUPB).

Unifi Plus Box Hybrid (HUPB) Kini Menyokong Netflix


Adakah UPB Gen 1 Support Netflix?

Pengguna UPB Gen 1 masih tidak dapat mengakses Netflix pada masa ini dan hanya HUPB yang menyokong kemudahan ini. Netflix masih tidak boleh diakses menerusi UPB Android dan Set-Top-Box (STB) unifi.

Unifi Plus Box Hybrid (HUPB) Kini Menyokong Netflix

Pengguna Unifi dapat menonton Netflix dengan menggunakan alat kawalan Unifi Plus Box Hybrid. Bagi pengguna sedia ada, mereka perlu mengemaskini langganan unifi TV kepada Pek Ultimate Plus atau Pek Ultimate Max untuk dapat menikmati Netflix. Bagi pelanggan TM yang melanggan pakej unifi broadband sahaja (tanpa TV Pek), boleh add on Ultimate Max / Ultimate Plus kepada pakej mereka.

Tawaran Terhad Unifi TV Pek Premium - Ultimate Plus, Pek Ultimate Max

Unifi kini menawarkan promosi diskaun untuk melanggan Netflix melalui Pek Ultimate Unifi TV. Promosi terhad ini berlangsung dari 23 Jun 2023 hingga 22 Sept 2023. Pelanggan yang melanggan dalam tempoh promosi akan kekal menikmati harga promosi tersebut selagi langganan unifi TV tidak ditamatkan.

Unifi Plus Box Hybrid (HUPB) Kini Menyokong Netflix
Unifi TV Pek Premium


Promosi ini menyediakan harga promosi seperti berikut:
  • Pek Ultimate Plus + Netflix Basic plan – RM69.90 (promo) RP: RM99.90
  • Pek Ultimate Max + Netflix Standard plan – RM89.90 (promo) RP: RM129.90

Pek Ultimate biasa yang berharga RM60/bulan memberi akses kepada platform Disney+ Hotstar, beIN SPORTS CONNECT, SPOTV NOW, BBC Player, SIAR, Lionsgate Play serta Unifi Play TV. Bagi pelanggan Ultimate Plus akan mendapat akses seperti pek Ultimate, dengan tambahan akses kepada Netflix Basic. Pek Ultimate Max pula mendapat akses kepada Netflix Standard, Viu, dan iQiyi.

Bagi yang ingin naik taraf langganan Netflix kepada Netflix Premium, pelanggan boleh upgrade melalui Netflix Website, Netflix app, MyUnifi app atau Self care portal unifi. Pengguna boleh menikmati siaran 4K dan tontonan serentak di 4 peranti, dengan tambahan RM27 untuk pek Ultimate Plus dan RM10 bagi pek Ultimate Max.

Netflix Basic ke Netflix Premium tambahan RM27 (pek Ultimate Plus)  
Netflix Standard ke Netflix Premium tambahan RM10 (pek Ultimate Max)

Harga Promosi Bagi Streaming App

Selain daripada promosi pek, Unifi TV juga menawarkan pelbagai platform penstriman secara individu dengan harga istimewa sehingga 31 Disember 2023. Pengguna Unifi TV boleh melanggan platform-platform seperti Disney+ Hotstar, Viu, SIAR, MangoTV, WeTV, iQIYI, TVBAnywhere+, Simply South, ShemarooMe, ZEE5, YuppTV, BBC Player, Amazon Prime Video, dan MySing pada harga yang menarik.

  • Disney+ Hotstar – RM54.90/3 bulan RM16/bulan
  • Viu – RM14.90/bulan RM5.00/bulan
  • SIAR – RM10.00/bulan RM8.00/bulan
  • MangoTV – RM18.99/bulan RM9.90/bulan
  • WeTV – RM11.90/bulan RM9.90/bulan
  • iQIYI – RM11.90/bulan RM9.90/bulan
  • TVBAnywhere+ – RM19.90/bulan RM16.00/bulan
  • Simply South – RM14.99/bulan RM8.50/bulan
  • ShemarooMe – RM10.00/bulan RM6.50/bulan
  • ZEE5 – RM14.90/bulan RM12.50/bulan
  • YuppTV – RM25.00/bulan RM15.00/bulan
  • BBC Player – RM10.00/bulan RM9.00/bulan
  • Amazon Prime Video – RM25.00/bulan
  • MySing – RM14.90/bulan

Cara Langgan UPB dengan Netflix

Untuk melanggan Netflix, pelanggan Unifi boleh menambahkannya ke dalam pelan baharu atau pelan sedia ada melalui Unifi Store, hubungi talian 100, secara online melalui laman web https://unifi.com.my/anytimeanywhere, atau melalui aplikasi myunifi untuk mendapatkan tawaran harga promosi.

Cara Kemaskini Firmware Unifi Plus Box (Hybrid Box)

Bagi pengguna Unifi Plus Box, terdapat tiga cara untuk mengemaskini firmware UPB (HUPB) iaitu kemaskini secara automatik, kemaskini melalui notifikasi di skrin rumah UPB, atau kemaskini sistem/firmware secara manual melalui tetapan peranti.

Unifi Plus Box Hybrid (HUPB) Kini Menyokong Netflix
Unifi Plus Box Hybrid (HUPB)


Senario 1: Kemaskini Automatik

  1. Pengguna tidak perlu melakukan apa-apa.
  2. Anda akan melihat Aplikasi Netflix di Home Screen selepas Unifi Plus Box (UPB) anda berjaya dikemaskini.

Senario 2: Kemaskini melalui Notifikasi di Home Screen UPB

  1. Tekan butang "Home" pada alat kawalan jauh untuk melihat Skrin Utama UPB. Anda akan melihat notifikasi di bahagian atas skrin TV anda.
  2. Tekan "Butiran" (Details), dan anda akan melihat software baru dimuat turun secara automatik.
  3. Setelah selesai, tekan "Restart" dan proses pemasangan akan bermula. (proses ini akan mengambil masa kira-kira 5 hingga 7 minit). *JANGAN MATIKAN UPB ANDA SEHINGGA PROSES PEMASANGAN SELESAI.

Senario 3: Kemaskini OS secara Manual

Untuk pengguna Unifi Plus Box, jika anda masih tidak dapat memasang Netflix dalam kotak media tersebut, anda boleh mengemaskini perisian sistem melalui tetapan.

  1. Pergi ke Tetapan (Settings) > Keutamaan Peranti (Device preferences) > Mengenai (About) > Kemaskini Sistem (System update).
  2. Software baru akan dimuat turun secara automatik.
  3. Setelah selesai, tekan "Restart" dan proses pemasangan akan bermula. (proses ini akan mengambil masa kira-kira 5 hingga 7 minit). *JANGAN MATIKAN UPB ANDA SEHINGGA PROSES PEMASANGAN SELESAI.


Kehadiran Netflix dalam rangkaian Unifi TV juga memberi pelanggan akses kepada rancangan dan filem eksklusif yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan penstriman terkenal ini. Dengan akses Netflix melalui Unifi Plus Box Hybrid, para pelanggan dapat menikmati kandungan popular seperti siri-siri original Netflix, dokumentari, animasi, dan banyak lagi.

Diharapkan dengan adanya penambahbaikan ini, TM Unifi (Telekom Malaysia) dapat terus memberikan hiburan yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan mereka untuk tahun-tahun yang akan datang.

netflix, unifi plus box hybrid, unifi plus box, unifi, unifi netflix package, install netflix on unifi plus box, unifi plus box netflix, unifi netflix add-on, unifi netflix price,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post