Polis Evo 3 & Fast & Furious 10 (Fast X), Kini Tayang Di Astro First - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Polis Evo 3 & Fast & Furious 10 (Fast X), Kini Tayang Di Astro First

Trending

Polis Evo 3 & Fast & Furious 10 (Fast X), Kini Tayang Di Astro First

Filem box office dengan kutipan RM54 juta, Polis Evo 3 dan filem besar Hollywood Fast X (Fast Furious 10) tiba Di Pawagam Rumah Anda, Astro First! Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures, Polis Evo 3 boleh mula dilanggan di Astro First bermula 10 Ogos, manakala Fast X bemula 2 Ogos.

Polis Evo 3 & Fast & Furious 10 (Fast X), Kini Tayang Di Astro First


Astro First membawkan dua filem dari francais blockbuster di Astro First dan penonton boleh melanggan dengan harga RM15 untuk 48 jam. Bagi penonton yang belum berpeluang untuk menyaksikan filem ini atau mahu ulang tonton, boleh menyaksikan Polis Evo 3 dan Fast X bersama keluarga atau rakan-rakan beramai-ramai di rumah atau di mana-mana melalui strim di platform Astro Go dan On Demand.

Sinopsis Polis Evo 3

Polis Evo 3 merupakan hasil arahan Syafiq Yusof dan menampilkan barisan pelakon seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Nora Danish, Eyka Farhana dan ramai lagi. Mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Sinopsis Fast X

Fast X membarisakan pelakon-pelakon terkenal seperti Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Jason Statham, Jordana Brewster, Ludacris, Sung Kang, Joh Cena dan ramai lagi. Fast X (Fast 10) mengfokuskan watak Dom yang kini diburu oleh seseorang yang telah berdendam dengannya iaitu Dante. Dante ini merupakan anak kepada Hernan Reyes dimana dia telah dibunuh oleh Dom pada satu kejadian yang berlaku di Brazil akibat kemalangan dalam satu pertempuran di sebuah jambatan. Ekoran itu, Dante berdendam untuk membunuh Dom dan seluruh keluarganya.


Trivia Mengenai Polis Evo 3

1. Mengetepikan filem Hollywood dari francais besar antarabangsa, Fast X dengan mencipta rekod kutipan filem nombor 1 paling laris 2023 di Malaysia.

2. Selepas 4 hari tayangan rasmi dan tayangan awal di pawagam, Polis Evo 3 berjaya mengaut kutipan RM16 juta, sekali gus menjadikan Polis Evo 3 meraih kutipan paling tinggi pada minggu pembukaan selepas pandemik, termasuk mengatasi filem Mat Kilau. Untuk rekod, Mat Kilau berjaya memungut RM12.2 juta selepas 4 hari tayangan.

3. Melihat reaksi penonton, pelakon Sharnaaz Ahmad menerusi watak antagonis bernama Reza, telah menarik perhatian ramai dengan lakonan mantap dan meninggalkan kesan.

4. Siri jelajah yang diadakan di Kedah, Pulau Pinang, dan Perak dibanjiri anggaran kehadiran lebih 100 ribu peminat. Kehadiran pelakon utama Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan serta pengarah Syafiq Yusof dan penerbit Joel Soh disambut meriah.

5. Polis Evo 3 membawakan tagline “Kita Lagi Kuat Boh”.

6. POLIS EVO 3 diabadikan di mural gergasi di Jalan Kemuning, Dang Wangi.


Trivia Mengenai Fast X

1. Filem Fast X telah menyumbang kepada francais Fast and Furious untuk melepasi $7 billion di seluruh dunia.

2. Anggaran bajet Fast X sebanyak $340 million, menjadi filem dengan bajet terbesar dalam francais Fast and Furious.

3. Menampilkan karakter antogonis, Dante Reyes lakonan Jason Momoa yang membawa watak seorang yang jahat, maskulin, lawak dan juga psychopath.

4. Anak perempuan arwah Paul Walker, Meadow, juga membuat penampilan kameo dalam Fast X

5. Filem Fast X dibintangi oleh 4 pemenang Oscar Awards; Rita Moreno, Charlize Theron, Helen Mirren and Brie Larson.

6. Fast X mempamerkan tagline “ The end of the road begins”.

Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 dan Fast X di Astro First dengan harga RM15 untuk 48jam. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 dan Fast X di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro First atau Astro Gempak.


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post