Jubin Cantik Showroom Shah Alam Kini Dibuka - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Jubin Cantik Showroom Shah Alam Kini Dibuka

Trending

Jubin Cantik Showroom Shah Alam Kini Dibuka

Pada 29 Julai lalu, Kak Bell berpeluang menghadiri Grand Opening showroom terbaru Jubin Cantik di Shah Alam. Dengan tawaran pelbagai idea untuk jubin dan tiles untuk rumah, seperti jubin back splash dapur, jubin tiles untuk bilik air, jubin mozek, dan lain-lain, Jubin Cantik Showroom Shah Alam menawarkan inspirasi hebat bagi mereka yang mencari idea untuk renovation rumah.

Jubin Cantik Showroom Shah Alam Kini Dibuka

Showroom Kedua Jubin Cantik di Shah Alam Selepas Outlet Kajang

Jubin Cantik Showroom Shah Alam ini merupakan langkah seterusnya bagi Jubin Cantik, selepas pembukaan outlet pertama mereka pada 14 Oktober 2022 di Taman Perindustrian Sri Jenaris Kajang (Jubin Cantik Kajang). Kedudukan showroom yang strategik di Shah Alam memberi kemudahan kepada pelanggan dari kawasan sekitar untuk melihat dan mendapatkan jubin cantik berkualiti tinggi dengan lebih mudah dengan harga berpatutan.

Masuk sahaja showroom ini, memang Kak Bell kagum dengan susun atur dan kepelbagaian tiles yang ada di sini. Semuanya cantik-cantik! Untuk mockup area di sini, pihak Jubin Cantik menggunakan tiles dan contoh idea renovation yang berbeza daripada Jubin Cantik Kajang. 

'Yang Cantik-Cantik Sahaja' - Tagline Jubin Cantik

Tagline Jubin Cantik, 'Yang Cantik-Cantik Sahaja,' mencerminkan komitmen mereka dalam menyediakan koleksi jubin cantik yang menarik dan berkualiti tinggi untuk menghiasi ruang rumah anda. Dengan reka bentuk terbaharu yang sentiasa mengikuti trend semasa, Jubin Cantik menawarkan jubin yang memikat hati dengan ciri-ciri yang memenuhi citarasa pengguna moden.

Jubin Cantik Showroom Shah Alam Kini Dibuka
Spin and win contest

Jubin Cantik Showroom Shah Alam Kini Dibuka
Sekitar majlis pelancaran Jubin Cantik Showroom Shah Alam - Jubin Cantik Owner


Jubin Cantik Showroom Shah Alam Kini Dibuka

Jenis-jenis Tiles Jubin Cantik

Pemilihan jubin yang tepat amat penting untuk mempersembahkan keindahan dan keserasian dalam setiap ruang rumah. Jubin Cantik menawarkan lebih daripada 200 jenis design tiles yang sesuai dipasang untuk lantai dan juga dinding.

  • Jubin Mosaic - Jubin mozek terdiri daripada kepingan kecil jubin yang digabungkan untuk membentuk corak yang rumit dan artistik, memberikan sentuhan seni dalam ruang dalaman.
  • Jubin Marmar - Jenis jubin ini menyerupai marmar semula jadi, menambah kesan kemewahan dan eksklusif kepada ruang dalaman rumah.

Jubin Cantik Showroom Shah Alam Kini Dibuka


Jubin Cantik Showroom Shah Alam Kini Dibuka

  • Jubin Granit - Jubin granit adalah pilihan tahan lasak yang sesuai untuk kawasan yang sering digunakan, menyediakan keindahan semulajadi batu granit.
  • Jubin Terrazzo - Jubin dengan campuran serpihan-serpihan batu dan seramik, memberikan corak yang unik dan menarik, memberikan gaya tersendiri pada ruang dalaman.

Jubin Cantik Showroom Shah Alam Kini Dibuka

Jubin Cantik Showroom Shah Alam Kini Dibuka

  • Jubin Kaca - Jubin kaca menampilkan efek cahaya dan kilauan yang memikat, memberikan sentuhan elegan dan kontemporari pada ruang dalaman.
  • Jubin Batu Bata - Jenis jubin yang meniru corak batu bata, memberikan tampilan rustic dan vintage yang memikat.

Jubin Cantik Showroom Shah Alam Kini Dibuka


Jubin Cantik Showroom Shah Alam Kini Dibuka
Mockup area shower room
  • Jubin Kayu - Jubin kayu meniru tekstur dan corak kayu semula jadi, mencipta suasana hangat dan nyaman dalam ruang dalaman.
  • Jubin Subway - Jubin subway dengan saiz panjang dan kecil menawarkan corak moden dan klasik pada masa yang sama, menjadi pilihan tepat untuk dapur dan backsplash yang trendy.

Jubin Cantik tidak hanya menawarkan koleksi menakjubkan seperti Mosaic, Marmar, dan Subway. Mereka juga turut mempunyai jubin jenis Pattern, Feature Tiles, Paving Tiles, dan Plain Tiles yang eksklusif dan menarik. Setiap jubin mempunyai saiz yang pelbagai dari saiz terkecil 100x100mm hingga yang terbesar 4x2 kaki (feet). Semuanya cantik untuk menyempurnakan reka bentuk unik rumah anda!

Jubin Cantik Showroom Shah Alam Kini Dibuka

Corak-corak bagi Pattern Tiles pula dihasilkan menggunakan teknologi High Grade Premium Printing. Kelebihannya jubin jenis ini, corak tersebut tidak mudah rosak dan pudar.

Feature Tile pula adalah jenis tiles bersaiz besar yang sesuai diletakkan sebagai Feature Wall. Sebelum anda memasang wainscoting, boleh juga dapatkan Feature Tile eksklusif hanya di Jubin Cantik untuk menaikkan seri di ruang yang kosong.

Pameran Jubin Mengikut Warna

Tiles di Jubin Cantik Shah Alam telah disusun dan dipamerkan mengikut warna, memberikan kemudahan kepada pelanggan untuk melihat pelbagai pilihan warna yang ada. Kumpulan tiles mengikut warna termasuk Pink, Green, Blue, Black, White, Carrara, Earthy tone, dan Special color, memberi ruang untuk kreativiti dalam menggubah reka bentuk rumah yang unik. Ianya lebih mudah buat pelanggan untuk membuat pilihan.

3 Tiles Pilihan Kak Bell

Kak Bell telah memilih 3 tiles kegemaran daripada koleksi Jubin Cantik Showroom Shah Alam. Sebenarnya rambang mata dibuatnya bila tengok jubin dan tiles di sini. Pilihan untuk pattern tiles juga sangat sesuai untuk dipasang pada lantai dapur. Kalau pandai mix and match memang confirmlah lawo rumah nanti.

Jubin Cantik Showroom Shah Alam Kini Dibuka


  • MINI STONE I – MOSAIC: Kak Bell menyukai warna gelap untuk meminimumkan penampilan kesan kotor dan memudahkan proses pembersihan.
  • MINI TRIANGLE GREEN – MOSAIC: Kak Bell meminati rona hijau untuk memberi kesegaran dalam ruangan dapur. Cantik juga tiles jenis ini untuk backsplash dapur.
  • Italian inspired Feature Tiles - ARIA/AZZURRO/NUVOLA: Jubin ini sesuai untuk ruangan khas atau menjadi tarikan utama di ruang tamu, memberikan sentuhan kontemporari dan mewah pada rumah.

Tiles Display Mockup - Idea Menarik Menata Rumah

Di Jubin Cantik Showroom Shah Alam, mockup area disediakan untuk kawasan dapur, laundry, shower, dan bilik mandi. Dengan pelbagai jubin cantik dipamerkan dalam situasi sebenar, pelanggan dapat memperoleh idea yang jelas tentang bagaimana jubin cantik akan mempercantik ruang-ruang tersebut.

Jubin Cantik Showroom Shah Alam Kini Dibuka
Mockup area bilik mandi

Jubin Cantik Showroom Shah Alam Kini Dibuka
Mockup area laundry

Jubin Cantik Showroom Shah Alam Kini Dibuka
Mockup area toilet

Jubin Cantik Showroom Shah Alam Kini Dibuka
Mockup area dapur

Auto Flush Sensor - Teknologi Canggih untuk Bilik Air yang Lebih Selesa

Di showroom ini, Jubin Cantik menyediakan auto flush sensor untuk bilik air daripada jenama Sorento. Teknologi canggih ini memudahkan kebersihan dan keselesaan dalam bilik mandi, menjadikannya satu pilihan praktikal bagi pelanggan. Untuk pengetahuan, toilet duduk Sorento ini hanya ada di showroom Shah Alam sahaja ya.

Jubin Cantik berkolaborasi bersama jenama Sorento untuk bathroom dan kitchen package dengan tawaran yang berpatutan. Kini, pelanggan boleh mendapatkan jubin dan alatan untuk dapur dan bilik air dari jenama Sorento di Jubin Cantik.

Jubin Cantik Showroom Shah Alam Kini Dibuka
Toilet duduk Sorento auto flush


Promosi 20% Di Showroom Shah Alam

Sempena pembukaan outlet ini, Jubin Cantik menawarkan diskaun sehingga 20% untuk pelanggan yang ingin membeli jubin di showroom Shah Alam. Jangan lepaskan peluang ini untuk membawa pulang jubin cantik dengan harga yang lebih berbaloi. Promosi terhad ini berlangsung sehingga 12 Ogos 2023 melalui pembelian di showroom dan sehingga 20 Ogos 2023 melalui laman web Jubin Cantik.

Berikut adalah senarai 20 reka bentuk jubin dengan diskaun eksklusif sebanyak 20% melalui pembelian di Jubin Cantik Showroom Shah Alam:
  1. Pattern – Amity II
  2. Pattern – Arlo
  3. Pattern – Citrine
  4. Pattern – Leon
  5. Pattern – Smara
  6. Pattern – Wesley
  7. Mosaic – Devon Terracotta
  8. Mosaic – Herringbone XXL Carrara (Glossy)
  9. Mosaic – Kit Kat White
  10. Mosaic – Lantern XL Sky Blue
  11. Subway – Flat White
  12. Subway – Handmade White Look
  13. Subway – Motif Ocean Green
  14. Subway – Motif Yale Blue
  15. Plain – Super White
  16. Marble – Invisible Pearl
  17. Marble – Pacific Grey
  18. Marble – Statuario
  19. Paving Tile – Granite
  20. Wood Tile – WT01

Jubin Cantik Showroom Shah Alam Kini Dibuka

Untuk melihat lebih jelas dan lengkap jenis-jenis tiles yang di tawarkan, anda boleh semak di Jubin Cantik catalogue dan layari laman sesawang di bawah.

Website: https://jubincantik.com/
Instagram: https://www.instagram.com/jubincantik
Facebook: https://www.facebook.com/jubin.cantik/
Whatsapp: https://adminjubincantik.wasap.my


Alamat Jubin Cantik Showroom Shah Alam:
A1-2, Ground Floor, Jalan Serai Wangi F 16/F,
Persiaran Selangor, Alam Avenue Padang Jawa,
Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi:
Isnin-Sabtu (9.30 pagi – 6.00 petang).

Buat anda yang ingin mencari idea renovation dan mendapatkan jubin cantik berkualiti, kunjungilah Jubin Cantik Showroom Shah Alam sekarang. Dengan pelbagai pilihan yang menarik dan inovatif, anda pasti akan menemui inspirasi terbaik untuk mewujudkan rumah idaman anda. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan promosi 20% sebelum tempoh promosi tamat!

jubin cantik, jubin cantik showroom, jubin cantik catalogue, jubin cantik kajang, jubin cantik dan murah, jubin cantik tiles, jubin cantik instagram, jubin malaysia, super ceramic tiles, kedai jubin near me, jubin deko, jubin cantik tiles, jubin cantik review,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post