Sinopsis Filem Polis Evo 3, Berkolaborasi Dengan PUBG MOBILE - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Sinopsis Filem Polis Evo 3, Berkolaborasi Dengan PUBG MOBILE

Trending

Sinopsis Filem Polis Evo 3, Berkolaborasi Dengan PUBG MOBILE

Filem aksi blockbuster terlaris Polis Evo kembali untuk melengkapkan triloginya, POLIS EVO 3 yang akan menemui penonton di seluruh pawagam seluruh Malaysia, Singapura, Brunei bermula 25 Mei ini! Polis Evo 3 mengembalikan tunggak utama Zizan Razak sebagai Inspektor Sani dan Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai. ‘Keluarga Polis Evo’ juga bertambah besar apabila disertai nama-nama hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan dan Eyka Farhana.

Sinopsis Filem Polis Evo 3, Berkolaborasi Dengan PUBG MOBILE

Lebih menarik, Polis Evo 3 turut dijayakan dengan penampilan khas pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Michael Ang, Ben Amir, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fauziah Gaos, Ezzaty Abdullah, Iman Corrine Adrienne, Danial Zaini, Radin ERA, Kamaliah Mat Dom, Datin Fadilah Mansor, Daniel Cheang, Isha Norsham ERA dan pempengaruh media sosial Zukieeeee. Tidak ketinggalan, penampilan istimewa oleh Dato’ Afdlin Shauki yang pasti mencuit hati.

Bermula dengan filem Polis Evo (2015) yang meraih kutipan RM18 juta dan Polis Evo 2 (2018) dengan kutipan RM25 juta, ia memperlihatkan keupayaan dan garapan berbeza oleh pengarah-pengarah dengan kaliber tersendiri. Polis Evo diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar, Polis Evo 2 diarahkan oleh Joel Soh dan Andre Chiew dan untuk Polis Evo 3 kali ini, pengarah filem pecah panggung, Syafiq Yusof mengambil tugas untuk menghasilkan sebuah lagi karya yang bakal menjadi ikonik. Mereka ini adalah pengarah muda berbakat besar. Dihasilkan rumah produksi BlackFlag, buat pertama kalinya juga filem Polis Evo melibatkan gabungan tiga penerbit besar Malaysia iaitu Astro Shaw, Skop Productions dan TGV Pictures.


Tajuk : Polis Evo 3
Genre : Aksi / Komedi
Dipersembahkan oleh : Astro Shaw, Skop Productions, TGV Pictures
Penerbit Eksekutif : Raja Jastina Raja Arshad, Datuk Yusof Haslam, Shaheizy Sam, Zizan Razak.
Pengarah : Syafiq Yusof
Skrip: Kyle Goonting, Joel Soh, Abhilash Chandra, Bernice Low, Anwari Asraf
Pengarah Fotografi : Jordam Chiam
Penerbit Penyelia: Kyle Goonting
Syarikat Produksi : BlackFlag
Penerbit : Joel Soh, Andre Chiew
Bahasa : Bahasa Melayu
Jumlah Hari Penggambaran : 8 Minggu
Lokasi Penggambaran : Klang Valley

Barisan Pelakon Polis Evo 3
Shaheizy Sam sbg/as Inspektor Khai
Zizan Razak sbg/as Inspektor Sani
Sharnaaz Ahmad sbg/as Reza
Syafiq Kyle sbg/as Inspektor Dani
Fara Ali Khan sbg/as Inspektor Julie
Douglas Lim sbg/as Inspektor Dell
Nora Danish sbg/as Anis
Eyka Farhana sbg/as Yati
Fauzi Nawawi sbg/as ACP Farouk
Fezrul Khan sbg/as Inspektor Faizal


Sinopsis Polis Evo 3

Polis Evo 3 menyaksikan Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Sinopsis Filem Polis Evo 3

Sinopsis Filem Polis Evo 3

Sebuah letupan di Pulau Pinang yang telah membunuh ratusan mangsa termasuk seorang anggota polis kini dalam siasatan Inspektor Sani dan Khai. Keadaan bertambah rumit apabila mereka menyedari bahawa sasaran seterusnya ialah Khai sendiri! Persahabatan mereka bakal teruji apabila siasatan mereka mendedahkan bahawa suspek letupan tersebut mempunyai kaitan dengan masa silam Khai yang dirahsiakannya selama ini.

After an explosion in Penang kills hundreds of innocent bystanders, including a police officer, detectives Khai and the wisecracking Sani are tasked to search for the culprit. Upon investigation, they uncover a murderous trail that leads directly to the criminal’s next target: Officer Khai himself! As the clock ticks, the inseparable officers are forced to battle against the present and past as their suspect hides a haunting secret that may threaten their partnership forever.


Pembelian Tiket Awal Polis Evo 3
Istimewa buat peminat dan penonton, tiket filem Polis Evo 3 boleh mula dibeli pada 11 Mei 2023 di pawagam seluruh negara. Penonton juga boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘sneak preview’ pada 24 Mei 2023 – satu hari awal sebelum tarikh tayangan rasmi filem.

Lagu Tema Filem (OST)
Lagu bertajuk “AYUH” merupakan lagu ciptaan oleh komposer legenda rap terkenal, Malique atau turut dikenali sebagai Mr General di kalangan peminatnya. Turut ditulis Adeep Nahar dan lirik oleh Malique, Kmy Kmo, Aman Ra, ‘Ayuh’ dinyanyikan oleh gabungan hebat Malique, Kmy Kmo, Aman Ra dan vokal terbaik, Ernie Zakri. Lagu yang berentak ‘up beat’ ini mampu mengajak semua peminat untuk mendengar dan menikmati setiap bait liriknya dari mula hingga ke minit terakhir. Ini merupakan kemunculan pertama nyanyian Malique selepas enam tahun tidak merakam lagu.

PUBG MOBILE x Polis Evo 3
Astro Shaw dengan kerjasama permainan mudah alih popular PUBG MOBILE melancarkan acara rentas jenama dalam permainan, PUBG MOBILE x Polis Evo 3. Pemain akan ditawarkan pek suara khas Inspektor Khai dan Inspektor Sani berdasarkan dialog-dialog dari filem Polis Evo 3. Menariknya, kesemua dialog berkenaan disumbangkan sendiri oleh pelakonnya, Shaheizy Sam dan Zizan Razak.

Selain itu lagu pemain boleh muat turun OST Ayuh dan lagu tersebut akan muncul di ‘lobi’ – permulaan permainan. Penonton boleh saksikan trailer PUBG MOBILE X Polis Evo 3 di semua platform media sosial PUBG MOBILE.


Sofyank X Polis Evo 3
Pempengaruh media sosial bertaraf antarabangsa dan pemenang Gempak Most Wanted Award, Sofyank yang banyak menghasilkan video kesan khas dengan kemahiran menyunting video telah berkolaborasi dengan filem-filem besar global seperti Ant-Man and The Wasp: Quantumania. Polis Evo 3 juga menjalinkan kolaborasi bersama beliau bagi menerbitkan video pendek Polis Evo 3 yang akan di muat naik di platform media sosial.

Rakan Radio
Radio ERA selaku radio rasmi dan Sinar, Gegar, Hitz, Mix, Lite dan Zayan turut memberi sokongan padu mereka yang tidak berbelah bahagi bagi menjayakan filem Polis Evo.

Siri Jelajah Polis Evo 3
Buat peminat di luar sana, barisan pelakon Polis Evo 3 akan hadir ke tempat anda melalui siri jelajah pada 26, 27, 28 Mei di Terengganu, Pahang; 3, 4, 5 Jun di Kedah, Penang, Perak; dan 9, 10, 11 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan. Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak.

Nantikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang akan berada di pawagam bermula 25 Mei 2023. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post