Lirik Lagu Salam Hari Raya - P. Radhi - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Lirik Lagu Salam Hari Raya - P. Radhi

Trending

Lirik Lagu Salam Hari Raya - P. Radhi

Setelah popular dengan lagu ‘cover’ Tiara dan Suatu Masa, kini penyanyi yang dikatakan mirip suara seniman agung kita, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu P. Radhi muncul dengan lagu hari raya ciptaan baru berjudul Salam Hari Raya.

Lirik Lagu Salam Hari Raya - P. Radhi

Lagu ciptaan oleh komposer dan pemuzik AR Wanz dan lirik ditulis oleh Keon, menampakkan P.RADHI semakin menghampiri kesamaan dengung suaranya dengan seniman agung tanahair ini. P. Radhi yang merupakan penyanyi eksklusif di bawah syarikat rakaman Luncai Emas amat teruja mendapat lagu hari raya ciptaan baru. Sesuatu yang amat ditunggu olehnya kerana sebelum ini beliau menyanyikan lagu-lagu ‘cover’ sahaja.


“Saya ingin mengucapkan terima kasih pada syarikat Luncai Emas kerana percaya pada saya membawa lagu tersebut dan juga terima kasih pada team yg menjayakan lagu raya ini. Tidak lupa juga, saya ingin berterima kasih kepada semua yang tidak henti-henti menyokong saya dan juga sentiasa di belakang saya. Lagu ini untuk anda, Terima kasih, Alhamdulillah.” – menurut P. Radhi.

Sementara itu, komposer AR Wanz atau nama sebenarnya Mohd Ridzuan Taib, idea lagu ini terhasil dari mimpi beliau kepada seniman agung P. Ramlee yang sedang mengalunkan sebuah irama sambil memetik gitar. Namun apabila AR Wanz tersedar, beliau tidak berapa dapat mengingatkan secara keseluruhan melodi di dalam mimpinya. Cuma beliau dipandu oleh sedikit saki baki ingatan dan terus melengkapkan melodi tersebut.

Mungkin atas kebiasaannya memainkan lagu-lagu allahyarham dalam banyak persembahan di luar membuatkannya bermimpi akan seniman agung kita ini. Menurut Keon pula, gaya lirik Salam Hari Raya ini lebih kepada gaya penulisan dan sebutan cara lama manakala inti maksudnya mengagungkan kebesaran Yang Maha Esa dan kemenangan kita melawan nafsu diri.


Lirik Salam Hari Raya - P. Radhi
Artis : P.Radhi
Lagu : AR Wanz
Lirik : Keon
Hakcipta lagu/ Lirik : Luncai Emas Sdn Bhd
Terbitan; P2023 LUNCAI EMAS SDN BHD

BERGEMA TAKBIR
DI HENING PAGI SYAWAL
SAYU MENYENTUH HATI
MENDENGARNYA

KU LIHAT LANGIT
SEMAKIN BERSINAR CAHAYA
KU RASA BERSYUKUR
DAPAT NIKMAT HARI RAYA

HARI MULIA
HARI MENANG KITA
TERTEWAS NAFSU DIRI
KITA RAI DI AIDILFITRI


SALAM HARI RAYA
SEGALA PUJI MAHA ESA
AMPUN DIPINTA
HARI MULIA

BERSIHKAN LAH DIRI
ZAHIR DAN BATIN TERPUJI
SEMOGA KITA DI DALAM
RESTU ILLAHI

Lagu SALAM HARI RAYA sudah boleh distrim mulai 14 April ini di semua peranti seperti Apple Music, Joox, Spotify dan Itunes Store manakala sebuah video juga akan dilancarkan juga pada 14 April ini di youtube Luncai Emas.

Luncai Emas Sdn Bhd selaku syarikat yang mengedarkan single raya ini ke pasaran digital berharap karya ini dapat didedikasikan kepada orang ramai bersempena sambutan hari raya yang bakal menjelang dan juga dapat menarik minat para media diluar sana.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post