Sinopsis Filem ERASER, Karya Terakhir Allahyarham Adibah Nor - Ini Adalah Bellarina Natasya Sinopsis Filem ERASER, Karya Terakhir Allahyarham Adibah Nor

Trending

Sinopsis Filem ERASER, Karya Terakhir Allahyarham Adibah Nor

Mengangkat tema perpaduan, ihsan, kasih sayang, setia, hormat, harmoni dan tiada yang dapat memisahkan pertalian sesama manusia hanya kerana berbeza agama, ERASER termasuk dalam kategori filem Malaysia wajib tonton di platform Prime Video mulai 1 Jun 2023 dan tersedia di seluruh Asia Tenggara.

Sinopsis Filem ERASER, Karya Terakhir Allahyarham Adibah Nor

Apa lagi filem yang diarahkan oleh Mark Lee See Teck ini menjadi cenderahati terakhir daripada pelakon seni berprofil tinggi yang telah pulang ke Rahmatullah pada 18 Jun 2022, Allahyarham Adibah Noor. Kerinduan peminat melihat lakonan Adibah yang bersahaja namun mengesankan akan terubat dengan menonton ERASER yang turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat termasuk Nam Ron, Angela Chan, Dhiya Ariffin dan Alyssa Lee.

ERASER atau terjemahannya dalam bahasa Melayu bermaksud Pemadam atau hapus mempunyai simbolik tersendiri untuk difikir dan diterima dengan hati terbuka oleh seluruh penonton berbilang bangsa di negara kita. Pemadam Bendera Malaysia pula dijadikan metafora jika tiada perpaduan, negara akan ‘lenyap’ perlahan-lahan.

Filem: ERASER
Pengarah / Penulis Asal: Mark Lee See Teck
Idea Asal: Mark Lee See Teck
Penulis Bersama: Tang Yen Yen, Mark Lee, Siti Jasmina Ibrahim
Pelakon: Nam Ron , Allahyarham Adibah Noor , Angela Chan , Dhiya Ariffin , Alyssa Lee
Durasi: 94 Minit
Genre: Drama, Kekeluargaan, Romantik
Pengedar: MyContent
Tayangan: Prime Video
Penerbit: Fiery Films


Sinopsis Filem ERASER

ERASER yang mengisahkan tentang Ahmad, anak kepada pembuat batu nisan, Azman mempunyai impian besar untuk memberi kesenangan kepada keluarga yang berdepan dengan cabaran apabila Xiao Li, gadis yang didera hadir bersama ibunya, Ah Yoke dalam hidup mereka.

Sinopsis Filem ERASER

Kehidupan keluarga Ahmad hampir tidak berubah, mereka tinggal di sebuah rumah yang sederhana dan hangat di kampung dan dikelilingi oleh orang-orang yang sama sejak ia lahir. Sebagai seorang pemuda yang bersemangat dalam seni dan menjadi pengawas sekolah di Sekolah Menengah di kampungnya. Dia berharap suatu hari dia dapat memberikan yang terbaik bagi keluarganya, terutama ayahnya, Azman, yang bekerja keras seumur hidupnya sebagai pembuat batu nisan.

Hidupnya mengalami perubahan yang luar biasa ketika Xiao Li bersama ibunya, Ah Yoke yang lari dari keluarga mereka yang abusive. Azman memberi mereka tempat tinggal di sebuah pondok kecil di belakang rumah mereka. Keluarga Ahmad menerima kedua beranak tersebut dengan tangan terbuka menyediakan tempat berteduh. Ah Yoke berjanji akan pergi setelah segalanya membaik dan mempunyai cukup wang untuk bertemu dengan saudara perempuannya di negara tetangga.

Akhirnya, Xiao Li masuk ke sekolah yang sama dengan Ahmad dan Ah Yoke bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai alat tulis. Namun hidup tidak mudah bagi Xiao Li apabila dirinya dibuli di sekolah. Namun hidup tidak mudah bagi Xiao Li apabila dirinya dibuli di sekolah. Ditambah pula dengan penolakan Ah Yoke (ibu Xiao Li) terhadap perasaan Ahmad terhadap Xiao Li, walaupun Ahmad telah banyak berkorban untuk melindungi anaknya Xiao Li.

Dalam keadaan putus asa, ibu kepada Ahmad, Khatijah, jatuh sakit dan diberitahu bahwa usianya tidak akan panjag. Melihat konflik yang terjadi dalam hubungan Ahmad dan Xiao Li, beliau meminta mereka untuk menyelesaikan dan menyertai Pertandingan Seni Peringkat Kebangsaan yang mengusung tema Wawasan 2020. Ibu Ahmad yakin bahawa dengan 'cinta' semua konflik dapat diselesaikan.

Pertandingan yang sangat diimpikan oleh Ahmad selama bertahun-tahun menjadi batu loncatan baginya untuk mengejar mimpinya. Kehidupan Xiao Li dan Ahmad berubah selepas mereka menyertai Pertandingan Seni Peringkat Kebangsaan yang mengusung tema Wawasan 2020.


Synopsis ERASER

Things are almost unchanged for Ahmad’s family, living in a warm and simple house in the village and being surrounded by the same people since the day he is born. Being a youth passionate about arts and being the school prefect in the village’s high school, he opts that one day he will provide his best to his family especially his father Azman who works hard his life as a tombstone maker.

Sinopsis Filem ERASER

His life has made a tremendous turn when Xiao Li steps in whom is escaping from an abusive family together with her mother Ah Yoke. It is with a good heart that Azman provides them shelter with a small cozy hut at the back of their house and Ah Yoke promises she will leave once things have eased and raise enough money to meet her sister in a neighboring country.

Eventually, Xiao Li is enrolled in the same village school as Ahmad, and Ah Yoke is introduced to work as a helper in a local stationary shop. Things were tough for Xiao Li and the school bullies are unavoidable for a newbie in a territory and being close to a heartthrob Ahmad. Adding to Ah Yoke’s rejection of Ahmad’s affection towards Xiao Li no matter how much he has risked himself to protect her.


While in the mid of despair, Ahmad’s beloved mother, Khatijah falls ill and is told that she has not long to live. Seeing such conflicts facing between the interracial relationships, she calls upon Ahmad and Xiao Li towards her deathbed and insists they complete the National Arts Competition together themed ‘Debut to Wawasan 2020’ as she strongly believes that no matter how harsh the conflict is, it could be resolved with the most fundamental element of ‘love’. Furthermore, this is a competition that Ahmad has longed for years and it is a stepping-stone for him to pursue his dreams.

Baca juga Filem Menjelang Magrib Apa Kisahnya

Dihasilkan dalam durasi 94 minit dengan genre drama, kekeluargaan dan romantik, ERASER yang ditulis oleh Mark Lee, Tang Yen Yen dan Siti Jasmina Ibrahim ini adalah sebuah naskhah ‘Malaysia’ yang bermula dengan kisah keluarga yang porak peranda namun bertahan dalam kerasnya kehidupan. Ia turut menampilkan konflik di mana jika pergeseran terus berterusan di antara kaum, maka tiada perpaduan dapat dibentuk.

Satu-satunya faktor yang membuat cabaran menjadi lebih hebat apabila ERASER digarap sewaktu pandemik COVID 19 melanda dunia. Pihak penerbit pula menyifatkan walaupun berdepan dengan kekangan sepanjang pandemik, namun mereka percaya setiap kesukaran akan terbalas dengan sesuatu yang berharga sehingga ERASER mampu disiapkan dan kini bersedia untuk tontonan umum.


Sementara itu, pengarah Mark Lee mengatakan produksi tidak berdepan banyak kekangan untuk menukar format filem pendek dengan durasi tiga minit kepada sebuah naskhah menelan masa tayangan 94 minit. Mereka berjaya menghasilkan ERASER seperti yang diinginkan dengan menjadikan ‘cinta’ sebagai asas yang tidak boleh ditinggalkan dalam naskhah ini.

“ERASER adalah kisah kembara keluarga yang porak peranda namun bertahan kerana kasih sayang yang tidak berbelah bahagi walaupun berbeza keyakinan agama. Ia membuktikan dengan kasih sayang dan cinta, tanpa perbezaan jantina, bangsa atau agama. Sifat kemanusiaan mengatasi segalanya,” kata Mark Lee.

Apakah kesudahan ERASER edaran MyContent ini? Saksikannya di platform Prime Video mulai 1 Jun 2023.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

Previous Post Next Post