Jom Baca Kisah Inspiratif Blogger Marina Bashah Dalam Dunia Blogging - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Jom Baca Kisah Inspiratif Blogger Marina Bashah Dalam Dunia Blogging

Trending

Jom Baca Kisah Inspiratif Blogger Marina Bashah Dalam Dunia Blogging

Normarina Bashah, pemilik blog Marina Bashah, adalah seorang wanita yang sukses dalam kerjayanya dan juga seorang ibu kepada 3 orang anak. Marina adalah seorang blogger separuh waktu (part time blogger) yang bekerja sebagai engineer di sebuah perusahaan syarikat pembetungan. Bagaimana Marina terlibat dalam dunia bloging? Jom kita ikuti perjalanan Marina sebagai seorang blogger Malaysia.

Jom Baca Kisah Inspiratif Blogger Marina Bashah Dalam Dunia Blogging

Sebelum mengenal dunia blog, Marina senang bermain dengan kata-kata dan menulis di diari atau jurnal peribadinya. Marina boleh dikatakan seorang yang introvert, tetapi suka untuk memberanikan diri dan mengenengahkan diri dia walaupun dia cenderung pendiam dan memiliki rasa malu yang kuat dalam diri.


Marina mulai mengenal blog ketika diperkenalkan oleh seorang teman di masa belajarnya dulu. Temannya mengatakan bahawa melalui blog, Marina boleh menjana pendapatan. Pada masa itu, Marina menggunakan platform Nuffnang untuk mencari income tambahan, tetapi kurang berhasil. Pada masa tu ketika masih bergelar seorang mahasiswa, tentu fokusnya adalah bagaimana mencari wang tambahan, bukan? Marina tak lepaskan peluang mencuba apa sahaja peluang yang ada untuk mendapatkan penghasilan tambahan melalui blog Marina Bashah.

Marina mula menulis blog sejak 2009. Masa tu Marina teruja kongsikan pengalaman persiapan beliau untuk berkahwin. Pelbagai nama blog yang telah digunakan dan pernah menggunakan blog sebagai platform untuk berniaga. Pada masa itu, semua template blog dia cuba, beliau hias sendiri dan belajar sendiri melalui pembacaan. Namun, perjalanan menulis blog Marina terhenti kerana keterbatasan waktu.

Blogger Marina Bashah


Kemudian, kerana minat untuk menulis yang menebal dalam diri, Marina mula bergiat aktif kembali pada tahun 2019. Pada masa ni, Marina diperkenalkan apa itu domain, Adsense dan belajar mengenai SEO. Blog dahulu tak sama dengan blog sekarang, makin complicated. Marina dah tak berapa pandai bab nak ubah template. 99% peratus semua mintak tolong kawan buatkan, dari nak ubah template ke SEO friendly, setup adsense sehinggalah check masalah blog.

Sangat setuju dengan pendapat beliau. Dalam dunia blogging ni kena perlu banyak belajar dan rajin. Tak salah bertanya, jika tak tahu kita dapatkan bantuan rakan yang lain. Kak Bell sendiri pun banyak belajar sendiri dan dapatkan ilmu dari pakar-pakar yang ada kredibiliti dalam SEO dan sebagainya. Kalau tak belajar, tak cuba memang kita sendiri tak akan tahu dan maju selangklah ke depan.

Blogger Marina Bashah


Disebabkan pekerjaan hakiki Marina yang sering membuat Marina outstation untuk meeting, training, workshop dan sebagainya, makanya blog Marina Bashah banyak sharing mengenai lifestyle. Blog Marina banyak berkongsi mengenai aktiviti bersama keluarga seperti pergi bercuti, pengalaman menginap di hotel atau homestay dan tempat makan yang menarik. Selain itu, disebabkan Marina seorang ibu, blog beliau juga berbagi pengalaman tentang kehamilan, pengasuhan anak, dan berbagai aktiviti persekolahan anak-anaknya.

Marina juga ada buat slot untuk review produk, review makanan, dan juga review tempat penginapan yang ditawarkan oleh klien. Ini adalah pengalaman menarik bagi Marina karena dia dapat bekerja sama dengan klien-klien tersebut. Untuk korang yang ingin mengenal Marina lebih lanjut, boleh follow rapat-rapat dan ikuti blog marinabashah.com!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post