Cara Buat Spageti Bolognese Pizza Hut Mudah! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Cara Buat Spageti Bolognese Pizza Hut Mudah!

Trending

Cara Buat Spageti Bolognese Pizza Hut Mudah!

Spageti Bolognese adalah hidangan pasta yang popular di seluruh dunia. Dengan kombinasi pasta kenyal al dente yang disajikan dengan sos daging bolognese memang kecur air liur dibuatnya bila datang selera nak makan makanan western. Zaman la ni nak menikmati kesedapan pasta ni dah tak payah susah payah pergi restoren mahal, buat Spageti Bolognese sendiri di rumah je. Jom ikuti langkah-langkah untuk buat Resepi Spageti Bolognese Pizza Hut Mudah!

Cara Buat Spageti Bolognese Pizza Hut Mudah!

Sebelum nak mula pakai apron, antara tip paling penting sebelum nak masak pasta, korang perlu sediakan bahan-bahan segar dan berkualiti untuk hasil terbaik. Bila rebus pasta seperti spaghetti dan yang sewaktu dengannya, masak pasta hingga ala dante (al dente). Maksudnya pasta masih kenyal tetapi boleh digigit dan masak. So jangan rebus terlalu lama. Barulah memukau pasta korang ala-ala Master Chef! Ni Kak Bell kongsikan 3 Resepi Spaghetti Bolognese untuk korang cuba.


Resepi 1

Resepi Spaghetti Bolognese Pizza Hut

Sekali sekala melayan tekak dengan hidangan barat ala PizzaHut tak salah kan.

Bahan A
1 paket spagheti (angel hair etc)
250 gram daging kisar lembu/ayam
1 botol sos spagheti Kimball etc
1 buah tomato merah
3 ulas bawang putih, cincang
4 ulas bawang merah
1/2 belah bawang bombay
Air secukupnya
Sedikit gula pasir
Garam, lada hitam secukupnya
Secukupnya minyak goreng

Bahan B
Keju Mozarella secukupnya
Sos tomato

Cara membuat:
1. Didihkan air, masukkan pasta dan tambahkan 1 sudu besar garam. Rebus spaghetti /pasta hingga masak ala dante (al dente).
2. Toskan spageti dan siram dengan air sejuk supaya tidak melekat dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang putih kemudian bawang merah tumis sampai wangi.
4. Masukkan daging lembu kisar dan masak hingga daging masak.
5. Masukkan tomato, spaghetti sauce, lada hitam dan bawang bombay tumis hingga menyatu padu.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Sediakan spageti dalam bekas, letakkan kuah dan taburkan parutan keju.


Resepi 2

Resepi Baked Spaghetti Bolognese

Kalau dah boring dengan Resepi Spaghetti Bolognese biasa, boleh cuba resepi baked spaghetti Bolognese. Nak sedap tambah meatball. Jangan silap pulak, yang kuah putih tu spageti carbonara ye!

Cara Buat Spageti Bolognese Pizza Hut Mudah!
Kredit Recipe Tin Eats

Bahan-bahan
200g spaghetti
250g daging cincang
1 biji bawang besar, dicincang halus
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1 cawan sos tomato
1 cawan sos cili
1 sudu teh oregano
1 sudu teh basil
Garam dan lada hitam secukup rasa
Keju Mozarella secukupnya
Daun ketumbar (optional), untuk hiasan

Cara Buat Spageti Bolognese Pizza Hut Mudah!
Kredit Recipe Tin Eats


Langkah-langkah:
1. Rebus spaghetti mengikut arahan pada pek. Tapis dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga harum.
3. Masukkan daging cincang dan kacau hingga daging menjadi coklat keperangan.
4. Tambahkan sos tomato dan sos cili ke dalam kuali. Gaul rata dan biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan oregano, basil, garam, dan lada hitam. Biarkan masakan mendidih lagi selama 10-15 minit sehingga sos pekat.
6. Sementara itu, panaskan ketuhar kepada suhu 180 darjah Celsius.
7. Ambil loyang pizza dan letakkan spaghetti rebus di atasnya. Ratakan spaghetti sehingga menutupi permukaan loyang.
8. Tuangkan sos Bolognese yang telah dimasak di atas spaghetti. Pastikan sos merata dan meliputi keseluruhan permukaan.
9. Taburkan keju Mozarella secukupnya di atas sos Bolognese.
10. Bakar di dalam ketuhar selama kira-kira 15-20 minit atau sehingga keju meleleh dan berwarna keperangan.
11. Keluarkan dari ketuhar dan hias dengan daun ketumbar jika diingini.
12. Potong dan hidangkan Spaghetti Bolognese ala Pizza Hut yang sedap dan menggugah selera!


Resepi 3

Resepi Spageti Bolognese Simple

Sebenarnya tak kisah korang nak guna bahan apa untuk resepi spaghetti simple. Memang puas bila makan kuah spageti bolognese yang banyak isinya.

Cara Buat Spageti Bolognese Pizza Hut Mudah!

Bahan-bahan
1 pek spaghetti
½ mangkuk daging cincang
1 biji bawang besar, potong dadu
4 ulas bawang putih, cincang halus
½ biji lada benggala, potong dadu
3 batang sosej, hiris nipis
1 tin sos spageti prego tradisi
2 helai daun bay kering
1 sudu besar mixed herbs
½ sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
Garam secukupnya
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu besar gula

Cara memasak:
1. Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan spaghetti. Masukkan garam dan sedikit minyak masak. Rebus hingga masak,angkat dan lalukan spaghetti di bawah air paip untuk sejukkan. Tos dan ketepikan.
2. Untuk kekalkan kesegaran spaghetti, gaul rata dengan minyak masak sebelum disimpan dalam bekas bertutup.
3. Untuk sos; panaskan marjerin dalam sauce pan atau kuali. Tumis bawang putih, bawang besar hingga perang dan wangi.
4. Masukkan lada benggala, sosej dan daging. Kacau sebentar kemudian masukkan daun bay, mix herbs dan serbuk lada hitam.
5. Selepas itu, masukkan sos prego, sos cili dan sos tomato. Masukkan sedikit air supaya tak terlalu pekat.
6. Reneh selama 10 minit dan kacau. Setelah pekat, perasakan dengan garam, serbuk pati ayam dan gula. Tutup api. Siap.


Tip!
  • Boleh tambah sosej potong dan lada benggala.
  • Kalau nak tambah brokoli, celur dahulu sebab brokoli lambat lembut.
  • Boleh ganti daging kisar dengan daging ayam.
  • Gaul rata dengan minyak masak sebelum disimpan dalam bekas bertutup supaya spageti segar.
  • Cendawan butang, Shiitake adalah cendawan untuk spaghetti bolognese.

Sebelum dihidangkan, biarkan dulu kuah bolognese meresap selama beberapa saat kemudian taburkan keju parmesan. Bolehlah cuba baked spagetthi dan resepi Spageti Bolognese Pizza Hut ni. Selamat mencuba!

Cendawan untuk spaghetti bolognese, Spaghetti Bolognese Pizza Hut, resepi spaghetti simple, resepi spaghetti carbonara, resepi spaghetti bolognese, spageti bolognese, spageti carbonara,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post