Filem Bilik Tepi, Kisah Seram Klasik Di VIU - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Filem Bilik Tepi, Kisah Seram Klasik Di VIU

Trending

Filem Bilik Tepi, Kisah Seram Klasik Di VIU

Bilik Tepi yang dihasilkan oleh Feisk Productions di bawah sutradara Feisal Azizuddin merupakan sebuah naskhah seram tentang tiga mahasiswa diganggu oleh roh yang tidak aman sewaktu bercuti. Naskhah tersebut berjudul Bilik Tepi dan sudah boleh distrim di platform VIU pada 10 Mac 2023.

Sinopsis Filem Bilik Tepi

Banyak konflik dibentangkan dengan jump scare yang tidak terjangka hadir dalam naskhah yang sudah pun dihasilkan tahun lalu ini. Bukan hanya itu namun kegigihan pihak produksi dalam menghasilkan naskhah ini menjadi sebuah filem juga patut diberikan pujian dengan segala kekangan yang mereka hadapi semasa proses penggambaran.


“Bilik Tepi merupakan salah satu filem di mana kami mengambil kamera dan mengumpulkan beberapa rakan untuk penggambaran. Setelah mengerjakan filem pendek bergenre seram pada tahun sebelumnya, kami merasakan menarik untuk melihat perkara yang boleh kami hasilkan, menggunakan sumber terhad yang tersedia,” cerita Feisal Azizuddin selaku pengarah.

Menurut Feisal lagi, walaupun filem itu hanya berdurasi lebih sejam, pengalaman pembikinannya telah memberi sumbangan yang besar kepada perjalanan hidup dirinya dan pihak produksi hingga ke hari ini.

Manakala menurut Iskander yang merupakan penerbit, “Bilik Tepi adalah dedikasi kepada seram klasik. Kami agak baru dalam pembikinan filem. Kami mahu mencabar diri sendiri dengan melihat apa yang boleh kami capai dengan kru asas, bajet yang ketat dan jadual penggambaran 10 hari. Kami amat berbangga kerana filem kecil ini kami ditayangkan di platform yang hebat seperti Viu.”

Filem: Bilik Tepi
Genre: Seram
Penerbit: Feisk Productions
Pengarah: Feisal Azizuddin
Tarikh Tayangan: 10 Mac 2023

Barisan Pelakon Bilik Tepi

Bilik Tepi dibintangi nama asing dunia komersial tetapi mempunyai bakat besar seperti Farihin Ufiya, Aisha Ellingham, Ravena Jazmine, Joshua Tsi dan Syazani Zikry.

Aisha Marie Ellingham sebagai Aini
Jad Hidhir Harjono sebagai Khalil
Ravena Jazmine sebagai Malathi
Joshua Tsi sebagai Brandon
Farihin Ufiya sebagai Hana
Syazani Zikry sebagai Golek


Sinopsis Filem Bilik Tepi

Sinopsis Filem Bilik Tepi | Bilik Tepi adalah sebuah naskhah seram tentang tiga mahasiswa diganggu oleh roh yang tidak aman sewaktu bercuti. Apa sebenarnya yang terjadi dan misteri di sebalik Bilik Tepi ini.

Melihat kepada kualiti dan pencapaian yang diraih produksi Bilik Tepi inilah membuat VIU tidak mahu melepaskan naskhah yang dipercayai akan membuatkan saluran penstriman mereka hangat.

Platform penstriman VIU sentiasa mahu ke depan dengan pengisian segar dan lain daripada lain namun memberi kesan kepada setiap pelanggan dan penonton mereka. Setiap naskhah yang dipertontonkan juga mempunyai kualiti, sehingga menjadikan VIU sebagai platform penstriman masa kini dengan pengisian lokal juga antarabangsa.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post