Beraya Sakan Di 10 Pusat Membeli Belah Terbaik Di Selangor - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Beraya Sakan Di 10 Pusat Membeli Belah Terbaik Di Selangor

Trending

Beraya Sakan Di 10 Pusat Membeli Belah Terbaik Di Selangor

Hari Raya hampir tiba dan ini adalah masa yang dinanti-nanti untuk membeli-belah bagi persiapan raya anda! Dengan pelbagai jualan, diskaun dan promosi, Negeri Selangor pastinya syurga membeli-belah buat semua pada musim perayaan ini. Mari beraya sakan di 10 tempat membeli-belah di Selangor ini untuk memeriahkan sambutan hari raya anda untuk mengikuti trend fesyen terkini!

10 Pusat Membeli Belah Terbaik Di Selangor

Mari Membeli Belah di 10 Kawasan Hotspot Untuk Persiapan Raya Anda!
  1. The Curve Mutiara Damansara
  2. Paradigm Mall Petaling Jaya
  3. 1 Utama Shopping Centre
  4. Sunway Pyramid Shopping Mall Bandar Sunway
  5. Setia City Mall Shah Alam
  6. Kompleks PKNS Shah Alam
  7. SACC Mall Shah Alam
  8. GM Klang Wholesale City
  9. Mitsui Outlet Park KLIA Sepang
  10. I-City Mall Shah Alam


THE CURVE MUTIARA DAMANSARA

THE CURVE MUTIARA DAMANSARA

Daripada fesyen, barangan kecantikan, kelengkapan rumah, barang kemas dan aksesori, The Curve ialah salah satu pusat beli-belah terbaik dengan pilihan jenama tempatan dan trend moden serta nostalgik. Dengan 250 kedai sebanyak 3 tingkat, hari raya bersama The Curve pastinya akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan tema Nostalgia Raya dan hiasan sawah padi yang indah, pastinya membawa anda mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanak bersama keluarga tersayang! Terletak di Petaling Jaya dan hanya 20 minit dari Kuala Lumpur, pengunjung boleh merasai persembahan muzik nostalgia setiap hujung minggu dengan pelbagai baucar ditawarkan!

PARADIGM MALL PETALING JAYA

PARADIGM MALL PETALING JAYA


Warnai Raya bersama Paradigm Mall pada hari raya ini dengan tarian tradisional Melayu, aktiviti melukis batik, pertunjukan fesyen batik, bazar Ramadan dan gerai perayaan sambil anda menyelami pelbagai promosi dan pakej yang ditawarkan di sini! Dengan hiasan Kilang Batik, pengunjung boleh melihat struktur binaan kayu yang unik bersama-sama dengan motif batik yang mencerminkan kekayaan warisan, budaya dan tradisi negara ini. Jangan ketinggalan mengikuti pelbagai bengkel seni dan kraf serta pelbagai peraduan untuk memenangi hadiah dan baucar terbaik untuk persiapan hari raya anda!

1 UTAMA SHOPPING CENTRE

1 UTAMA SHOPPING CENTRE

Raikan Aidilfitri anda dengan ‘Sinar Estetika Aidilfitri’ di Pusat Beli-belah One Utama dengan semangat Aidilfitri yang ceria, diilhamkan oleh budaya Timur Tengah. Lawati Bazar Raya yang meriah di kawasan Oval dan Center Court untuk trend fesyen terkini serta pelbagai juadah Raya seperti rendang dan kuih bahulu atau hidangan Turki yang asli. Jangan lepaskan Ganjaran Estetika mereka semasa anda membeli belah di sini, dengan hadiah yang menarik melalui pelbagai peraduan dan promosi yang diadakan tahun ini!

SUNWAY PYRAMID SHOPPING MALL BANDAR SUNWAY

SUNWAY PYRAMID SHOPPING MALL


Tahun ini, si Singa telah mengubah Sunway Pyramid menjadi pesona nostalgik cahaya perayaan! Bertemakan ‘Cahaya Raya’ dengan corak geometri dan reka bentuk Arab, mari beraya sakan di gerai Cahaya Raya mereka dengan produk penjagaan kulit ekslusif yang mampu milik, pakaian tradisional seperti Butik Rimba dan banyak lagi! Berbakti kepada masyarakat pada musim Raya ini dengan membeli barangan daripada Early Autism Project (EAP), yang dibawakan khas pada musim perayaan ini dengan objektif untuk membantu individu yang mengalami Autism Spectrum Disorder (ASD) dan sebarkan kemanisan pada musim perayaan ini dengan merebut dodol PERCUMA sambil menghayati persembahan yang tersedia.

SETIA CITY MALL SHAH ALAM

SETIA CITY MALL

Bawa elemen ‘Wow!’ pada Hari Raya ini bersama Setia City Mall, bertemakan ‘Wau! Bulan Raya’. Tebus hadiah istimewa semasa anda membeli-belah di sini daripada barangan buatan tangan kepada selendang eksklusif Nurita Harith! Keunikan tema tahun ini diiringi dengan pelbagai persembahan kebudayaan pada hujung minggu seperti persembahan Dikir Barat, Kulingtangan dan Caklempong.

KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM

KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM


Kompleks PKNS Shah Alam merupakan kawasan tumpuan masyarakat sekitar dengan ribuan pengunjung dari kawasan berhampiran dan luar Shah Alam. Dilengkapi dengan kawasan riadah, pengunjung boleh berehat selepas berjam-jam membeli-belah di sini! Terletak di tempat yang sama dengan Bazar Ramadan PKNS, pastinya ia menjadi tumpuan pengunjung untuk berbuka puasa selepas merebut harga promosi yang mampu milik ditawarkan di sini. Kompleks PKNS Shah Alam menyediakan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dengan kos yang rendah. Terdapat pelbagai kedai yang tersedia, termasuk butik fesyen, restoran, elektronik dan telefon bimbit.

SACC MALL SHAH ALAM

SACC MALL SHAH ALAM

Terletak di tengah-tengah pusat bandar Shah Alam, SACC Mall (Shah Alam Convention Center) menawarkan pengalaman membeli-belah yang menarik untuk seisi keluarga. Terdapat di keseluruhan 3 tingkat yang menawarkan jenama tempatan dan antarabangsa terkemuka, SACC Mall ialah pusat beli belah yang wajib dikunjungi oleh pembeli dengan anggaran bajet yang berbeza untuk persiapan Aidilfitri. Daripada barangan rumah, fesyen terkini hinggalah produk kecantikan, semuanya boleh didapati di sini dengan promosi dan tawaran menarik khas untuk sambutan Aidilfitri!

GM KLANG WHOLESALE CITY

GM KLANG WHOLESALE CITY


Rioooh Raya bersama GM Klang tahun ini dengan lebih 2,500 kedai yang menawarkan jualan borong dan runcit yang tiada tandingan. Pembeli boleh merebut peluang untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai RM 7,300 pada musim perayaan ini melalui pembelian pelbagai produk yang ditawarkan seperti pakaian, fesyen terkini, tekstil, barangan rumah, hiasan rumah dan pelbagai lagi! Jangan lupa untuk menebus sampul duit raya ekslusif mereka apabila anda membeli-belah di sini, selagi stok masih ada!

MITSUI OUTLET PARK SEPANG

MITSUI OUTLET PARK SEPANG

Salah satu tempat membeli-belah terbaik untuk barangan berjenama, Mitsui Outlet Park menawarkan pelbagai promosi Aidilfitri merentasi lebih 140 kedai dengan harga mampu milik dan ekslusif. Terletak hanya 6km dari KLIA dan KLIA2, pembeli boleh melawati kawasan ini dengan mudah untuk membeli-belah di musim perayaan dalam perjalanan untuk Balik Kampung! Pastikan anda merebut hadiah bernilai RM 50,000 untuk dimenangi, pastinya satu tawaran yang tidak boleh dilepaskan!

I-CITY MALL SHAH ALAM

I-CITY MALL SHAH ALAM


Pusat beli-belah ikonik Central i-City (I-City Mall Shah Alam) ini pastinya menjadi tumpuan bagi penggemar fesyen pada Hari Raya kali ini, hasil kerjasama istimewa bersama Rizman Ruzaini, salah seorang pereka fesyen legenda di Malaysia dengan tema ‘Raikan Raya’. Dengan lebih daripada 50 jenama tersedia seperti Bulan Bintang dan Elrah, anda boleh beraya sakan di sini dengan tawaran terbaik untuk OOTD Raya anda!

PENUTUP
Bawa keluarga dan rakan anda untuk membeli-belah di 10 pusat membeli-belah di Selangor ini untuk persiapan Aidilfitri. Daripada trend fesyen terkini untuk OOTD anda, kelengkapan rumah hingga kuih raya yang enak, semuanya tersedia dengan mudah dilokasi ini! Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan di Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post