Trending


Resepi Labu Masak Lemak Putih 4 Bahan

Resepi Labu Masak Lemak Putih 4 Bahan | Hi semua! Lama sungguh Kak Bell tak post pasal resepi masakan. Sebenarnya memang dah lama sungguh tak memasak. Kebetulan sekarang sedang bercuti habiskan annual leave, secara rasminya Kak Bell buka semula dapur. Jadilah masak yang simple-simple untuk hari ni.

Resepi Labu Masak Lemak Putih 4 Bahan

Semalam Kak Bell ada beli buah labu buat rebus bagi anak meow kat rumah makan. Biasa labu ni boleh diguna untuk buat wetfood kucing. Elok pulak depa semua berebut-rebut makan. Jadi hari ni Kak Bell pulak teringin nak makan labu masak putih. Tak perlu pening kepala dah nak masak lauk berkuah, cukup masak lemak labu putih & Kak Bell makan bersama ayam goreng bawang putih. Apatah lagi jika dipadankan dengan sambal belacan, memang terangkat!

Resepi Labu Masak Lemak Putih 4 Bahan

Labu masak lemak putih ni menggunakan hanya 4 bahan yang cepat dimasak, sangat senang & sedap dimakan. Labu mengandungi potassium, vitamin C dan serat yang tinggi. Nutrien ini memberi manfaat kesihatan kepada jantung. Kajian telah menunjukkan bahawa individu yang mengambil potassium dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan strok; antara dua risiko penyakit jantung. Selain itu labu mengandungi antioksidan seperti alfa-karotena, beta-karotena dan beta-cryptoxanthin yang berfungsi untuk menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel dalam badan.


BAHAN-BAHAN
1/2 biji labu (potong kecil ikut saiz yang diingini)
1 biji bawang merah besar (dibelah 6)
1 sudu besar lada hitam/black pepper
1/2 kotakk santan segar (dicampur air secukupnya)

Cara masak labu masak lemak putih:
1. Masukkan 1/2 kotak santan cair Bersama air ke dalam periuk
2. Sentiasa kacau & masak santan hingga mendidih
3. Setelah mendidih masukkan ke semua labu, bawang merah & lada hitam.

Resepi Labu Masak Lemak Putih 4 Bahan


4. Teruskan kacau (perlu selalu dikacau supaya santan masak dengan cantik)
5. Apabila labu sudah lembut & empuk, perasakan dengan garam atau secukup rasa
6. Kacau sekejap dan bolehlah ditutup api


Dah siap masak lemak putih labu guna 4 bahan sahaja. Mudah aje bukan? Ni Kak Bell saja buat kuahnya lebih, labunya secoet je jadi berenang la deme dalam kuah tu. Asal jadik dan boleh makan oklah kan.

Resepi Labu Masak Lemak Putih 4 Bahan

Kalau nak tambah bahan lain macam udang, ikan bilis, sedikit sayur sawi dan lada merah pun ok. Ikutlah selera masing-masing. Selamat memasak!

labu masak lemak putih che nom, resepi labu masak lemak lada hitam, masak lemak labu putih simple, masak lemak labu ikan bilis, resepi labu masak lemak kelantan, masak lemak labu kuning terengganu, resepi masak lemak labu azie kitchen, labu air masak lemak putih, resepi masak lemak putih pucuk labu, resepi labu masak lemak putih, masak lemak labu kuning terengganu, masak lemak labu udang,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. sedapnya masak labu. hari tu ida buat pengat labu. sedap manis. anak-anak pun suka

    ReplyDelete
Previous Post Next Post