Hariz Danial Hadir Dengan Single Pertama ‘Hukum’ - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Hariz Danial Hadir Dengan Single Pertama ‘Hukum’

Trending

Hariz Danial Hadir Dengan Single Pertama ‘Hukum’

Hariz Danial Hadir Dengan Single Pertama ‘Hukum’ | Hariz Danial , Juara ‘I Can See Your Voice’ (ICSYV) Musim Ke-3 mengorak langkah perdananya di bawah naungan Armani Entertainment Group (AEG). Berbekalkan wajah yang tampan sahaja tanpa bakat bukanlah tiket untuk mengecap kemasyhuran, namun bagi pendatang baharu, anak kelahiran Johor Bahru, Johor, Hariz Danial.

Hariz Danial Hadir Dengan Single Pertama ‘Hukum’

Mempunyai pakej yang lengkap, memulakan langkah perdananya sebagai pendatang baharu industri muzik tempatan dan berada di bawah naungan syarikat rakaman unggul, Armani Entertainment Group (AEG), Hariz hadir dengan single pertamanya berjudul ‘HUKUM’ hasil ciptaan komposer terkenal, Sirkhan Danial dan Ibnu Rinkarnaen, manakala terbitan oleh AEG sepenuhnya.


“Syukur Alhamdulillah kerana peluang menghasilkan single ini adalah rezeki yang tidak disangka-sangka, sejujurnya saya tidak pernah terfikir akan menyanyikan lagu ciptaan komposer hebat seperti Sirkhan Danial dan juga Ibnu Rinkarnaen. Terima kasih kepada pihak AEG kerana sudi melamar saya menjadi artis naungan mereka dan terutamanya kepada Dato’ KK Chua yang nampak dan juga percaya dengan bakat yang saya miliki,” kongsi graduan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Sumber Manusia), UiTM Bandaraya Melaka.

Siapa sangka jejaka berwajah ‘boyish’ ini sudah pun berumur 27 tahun, perjalanan seninya bermula ketika dia masih lagi bergelar siswazah sepenuh masa. Mulanya sebagai hobi kemudiannya bertukar menjadi pendapatan sampingan ketika masih belajar, beliau mula serius apabila menyertai program ICSYV musim ke-3 dengan menjadi pemenang mingguan sehinggalah saya dinobatkan sebagai juara keseluruhan, dan juga pernah menjadi salah satu peserta program Vokal Mania oleh TV3.


Lagu HUKUM merupakan sebuah karya balada pop moden dengan sedikit elemen rock yang menceritakan tentang perhubungan sepasang kekasih yang tiada persefaham dan tidak sehaluan, walaupun segala pengorbanan dan curahan kasih sayang seakan tidak bererti kerana apa yang dimahukan kadang kala tidak ‘menjadi’ dan masing-masing harus akur dengan ketentuan-Nya.

Hariz Danial Hadir Dengan Single Pertama ‘Hukum’

Proses rakaman memakan masa selama 3 hari dan MV (video muzik) HUKUM sedang dalam pembikinan. MV HUKUM yang bermetafora mendalam melalui teknik artistik akan mempamerkan watak teman lelaki yang seakan merangkak ke hadapan dan belakang menunjukkan betapa peritnya untuk melepaskan seseorang yang kita sayangi lebih dari diri sendiri.

Lagu HUKUM boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer. Manakala video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube Armani Entertainment.

Hariz Danial Hadir Dengan Single Pertama Hukum, lirik lagu haram, lirik lagu hukum karma, lirik lagu hukum senario, lirik lagu haram hael husaini,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post