Senarai Lagu, Keputusan Konsert Mingguan The Masked Singer Malaysia 3 Minggu 2 (2023) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Senarai Lagu, Keputusan Konsert Mingguan The Masked Singer Malaysia 3 Minggu 2 (2023)

Trending

Senarai Lagu, Keputusan Konsert Mingguan The Masked Singer Malaysia 3 Minggu 2 (2023)

Senarai Lagu, Keputusan Konsert Mingguan The Masked Singer Malaysia 3 Minggu 2 (2023) | Minggu lepas merupakan minggu pengenalan untuk peserta The Masked Singer Malaysia Musim 3. So far so good dan mostly penyanyi lelaki nampak lebih menonjol. Agak-agak peserta lelaki pulak boleh jadi juara musim baru kali ni. Pada Kak Bell komen juri-juri baru pun lebih baik dan bernas dari musim sebaliknya. Walau apa pun kita tengoklah macam mana komen dan pendapat juri malam ni sebab identiti misteri bakal terbongkar malam ni!

Senarai Lagu, Keputusan Konsert Mingguan The Masked Singer Malaysia 3 Minggu 2 (2023)

So persembahan mana yang korang tak sabar nak tengok malam ni? Pilihan lagu malam ni pun sedap-sedap lagunya. Dah ada tekaan calon-calon di sebalik topeng kegemaran korang? Siapakah yang tersingkir malam ni agak-agaknya ya, sama-sama kita tonton malam ni. Nanti sis update lepas konsert habis ya!


Episod 2 TMSMY3 semalam macam kurang menyengat. Untuk minggu kedua menyaksikan Piza Panas, Brokoli dan Mawar Berduri masih kekal di kedudukan Top 3 teratas dari 14 peserta The Masked Singer Malaysia 3. Persembahan ketiga-tiga kostum ni memang paling best la. Suara Brokoli bila tarik tu memang best giler. Bila dengar suara Si Tangkis menyanyikan lagu Pematah Hati, rasa macam Nabila Razali pun ada jugak. Dewi Angsa tu Kak Bell lock Amsyar Lee.

Akhirnya Lolipop jadi peserta pertama yang tersingkir untuk TMSMY3 episod 2. Untuk minggu pertama Lolipop membawakan lagu Can't Take My Eyes of You (Lauryn Hill) dan tersingkir setelah persembahan lagu Sha Na Na (Amy Mastura). #siapadisebaliktopeng Lolipop, rupanya adalah artelt terjun Olimpik Malaysia Datuk Leong Mun Yee. Tembakan Sharnaaz mengena ya teka Datuk Leong Mun Yee!

Senarai Lagu, Keputusan Konsert Mingguan The Masked Singer Malaysia 3 Minggu 2 (2023)

Kerusi Juri Tetap adalah Elly Mazlein, Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Emma Maembong, Didie Alias Misha Omar dan Atu Zero. Ella Aminuddin pula kembali sebagai juri untuk tiga musim berturut-turut. Manakala pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi. Berikut merupakan keputusan dan kedudukan mingguan peserta The Masked Singer Malaysia Musim 3 (2023) Minggu 2.


Carta Kedudukan Minggu 2/Episod 2 TMSMY3
Tarikh Konsert: 30 Disember 2022

1. Piza Panas - Pelayaran (May)
2. Brokoli - Di Penjara Janji (Dato' Awie)
3. Mawar Berduri - Setelah Aku Kau Miliki (Shima)
4. Betta Fish - Puncak Kasih (Ziana Zain)
5. Kurita - Joget Berhibur (Dato CT)
6. Mr. Parrot - Smooth (Santana ft Rob Thomas)
7. Abang Burger - Bukan Kerana Nama (Dato' Ramli Sarip)
8. Dewi Angsa - Hatinya Tak Tahan (Noraniza Idris)
9. Manggis - Blue Suede Soes (Elvis Presly)
10. Si Tangkis - Pematah Hati (Nabila Razali)
11. Nyoq Muda - Perpisahan Terasing (KRU)
12. Bertih Jagung -Raikan Cinta (Dato M.Nasir)
13. Zirafah - Kau Aku (Aizat Amdan)
14. Lolipop - Sha Na Na (Amy Mastura)

Peserta Tersingkir : Lolipop
Identiti sebenar: Datuk Leong Mun Yee

Baca : Senarai Lagu, Keputusan Konsert Mingguan The Masked Singer Malaysia 3 Minggu 3 (2023)
Baca : Senarai 15 Peserta The Masked Singer Malaysia Musim 3 (2023)


Tugasan Lagu The Masked Singer Malaysia Musim 3 (2023) Minggu 3
Tarikh Konsert: 6 Januari 2023

1. Piza Panas - Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-Baik Saja (Judika)
2. Brokoli - Mimpi (K-Clique ft Alif)
3. Mawar Berduri - Boneka (Ernie Zakri)
4. Betta Fish - Puncak Kasih (Ziana Zain)
5. Kurita - Yang Terindah Hanyalah Sementara (Erra Fazira)
6. Mr. Parrot - Hanya Di Radio (Headwind)
7. Abang Burger - Mat Disko (Sudirman)
8. Dewi Angsa - Simply The Best (Tina Turner)
9. Manggis - Oh! Mama Saya Mahu Kahwin (Blues Gang)
10. Si Tangkis - Putus Terpaksa (Ziana Zain)
11. Nyoq Muda - You Give Love A Bad Name (Bon Jovi)
12. Bertih Jagung - I Dont Want To Miss A Thing (Aerosmith)
13. Zirafah - Bila Resah (Anuar Zain)
14. Lolipop - I Love Rock N Roll (Joan Jett) - Tersingkir

Jangan lupa minggu depan, The Masked Singer Malaysia Musim 3 bersiaran pada setiap hari Jumaat, pukul 9.00 malam di saluran Astro Warna HD dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

masked singer malaysia musim 3 full, the masked singer malaysia musim 3 full episode, masked singer malaysia 2023, the masked singer malaysia 2022 full episode, masked singer malaysia musim 3 episode 2, masked singer malaysia musim 3 live, juri masked singer malaysia 2, the masked singer malaysia 3 full, keputusan the masked singer malaysia, keputusan masked singer malaysia final, masked singer malaysia minggu 3, the masked singer malaysia 3 episode 2, peserta masked singer malaysia 2022, masked singer malaysia season 2, peserta masked singer musim 2, the masked singer malaysia 2 final, juri masked singer malaysia 2, siapa enggang masked singer malaysia, juara the masked singer malaysia season 1, mask singer malaysia minggu 2,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post