Senarai 15 Peserta The Masked Singer Malaysia Musim 3 (2023) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Senarai 15 Peserta The Masked Singer Malaysia Musim 3 (2023)

Trending

Senarai 15 Peserta The Masked Singer Malaysia Musim 3 (2023)

Senarai 15 Peserta The Masked Singer Malaysia Musim 3 (2023) | Seringkali mencetus tanda tanya - Siapakah di sebalik topeng?, ‘The Masked Singer Malaysia’ kini kembali untuk musim ketiga! Dengan rekaan busana yang hebat-hebat belaka serta disulami suara-suara yang mantap, ‘TMSMY’ pastinya sekali lagi menggamatkan suasana dengan showmanship yang tiada bandingan.

Senarai 15 Peserta The Masked Singer Malaysia Musim 3 (2023)

Musim pertama ‘TMSMY’ sebelum ini telah menyaksikan penyanyi popular tanah air, Aina Abdul dinobatkan sebagai Juara dalam kostum Bunga Raya. Manakala penyanyi versatil, Shila Amzah pula merangkul kejuaraan untuk musim kedua dengan kostum Rambutan. Sememangnya ‘TMSMY’ menjanjikan kemantapan pemilik suara di sebalik kehebatan busana dan topeng pada setiap musim.


Tampil dengan lebih gah, ‘The Masked Singer Malaysia’ musim ketiga bakal membuka tirainya semula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti terkemuka negara yang terdiri daripada nama-nama hebat dari pelbagai cabang seni seperti penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet sukan, pempengaruh media sosial dan ramai lagi. Mereka akan bertanding dan memaparkan kehebatan bakat nyanyian masing-masing di hadapan barisan juri selebriti. Hanya suara sahaja yang akan dipertaruhkan pada masa yang sama membuatkan panel juri meneka dan berdebat siapa dalang di sebalik topeng.

‘The Masked Singer Malaysia’ menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, “The King of Mask Singer” yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat yang berjaya mencetus satu fenomena yang cukup diminati ramai.

SENARAI PEMENANG THE MASKED SINGER MALAYSIA
Berikut adalah merupakan senarai pemenang di musim lalu iaitu:
Musim 1: Aina Abdul dengan kostum Bunga Raya
Musim 2: Shila Amzah dengan kostum Rambutan


JURI TETAP TMSMY MUSIM KETIGA
‘The Masked Singer Malaysia’ musim ketiga ini bakal menyaksikan penglibatan seramai lapan orang personaliti yang terdiri daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk tujuh muka baharu. Mereka adalah Elly Mazlein, Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Emma Maembong, Didie Alias dan Atu Zero. Ella Aminuddin pula kembali sebagai juri untuk tiga musim berturut-turut. Manakala pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.

Senarai 15 Peserta The Masked Singer Malaysia Musim 3 (2023)

Mengekalkan format asal program realiti ‘The King of Mask Singer’, kesemua peserta ‘The Masked Singer Malaysia’ musim ini akan memakai kostum menutupi susuk tubuh sambil menyembunyikan identiti masing-masing. Hanya suara dan kreativiti persembahan sahaja yang akan menjadi pertaruhan untuk menentukan kedudukan peserta dari minggu ke minggu sehinggalah dinobatkan sebagai juara. Untuk musim ini, program ini akan bersiaran dalam durasi dua jam sehingga tiga jam bagi setiap episod, berlangsung selama 10 minggu dan sesi rakaman dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).


SENARAI KOSTUM TMSMY MUSIM KETIGA (2023)
Terdapat 15 kostum menarik dan unik yang akan dipakai oleh barisan peserta iaitu Mawar Berduri, Kurita, Si Tangkis, Betta Fish, Lollipop, Bertih Jagung, Zirafah, Abg Burger, Mr Parrot, Manggis, Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda, Dewi Angsa dan Si Mawas. Seperti musim terdahulu, busana-busana ini direka khas oleh Akma Suriati Awang serta mendapat sentuhan istimewa daripada Hatta Dolmat.

Senarai 15 Peserta The Masked Singer Malaysia Musim 3 (2023)

  1. ZIRAFAH - Lasak, Berjiwa Muda, Bercita-cita Tinggi
  2. ABG BURGER - Lazat Dan Menggiurkan, Terhangat Di Pasaran
  3. BERTIH JAGUNG - Meletoppp, Berjiwa Rock N Roll, Slumber
  4. BETTA FISH - Cantik Dan Pandai Menarik Perhatian, Kecil Tapi Pantang Dicabar
  5. BROKOLI - Sempoi, Berjiwa Kental
  6. BULU TANGKIS - Lincah Beraksi, Aktif Dan Tangkas
  7. DEWI ANGSA - Si Cantik, Berjiwa Bebas, Makhluk Tuhan Paling Seksi
  8. KURITA - Lemah Lembut Tapi Menggoda, Jinak-jinak Merpati
  9. LOLLIPOP - Manis, Manjahhh
  10. MANGGIS - Manis Lagaknya, Cool & Steady
  11. MAWAR BERDURI - Cantik Tapi Berbisa, Segar Mekar Berkembang
  12. MAWAS - Gadis Manja, Bijak, Bergaya
  13. MR PARROT - Petah Berkata, Segak Bergaya, Kuat Mematuk
  14. NYOK MUDA -Menenangkan, Romantis
  15. PIZZA PANAS - Penuh Variasi, Bercitarasa Tinggi, Pencuri Hati


TARIKH SIARAN TMSMY MUSIM KETIGA
The Masked Singer Malaysia” musim ketiga akan mula bersiaran pada setiap hari Jumaat, mulai 23 Disember 2022, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna HD dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Senarai 15 Peserta The Masked Singer Malaysia Musim 3 (2023)

Senarai 15 Peserta The Masked Singer Malaysia Musim 3 (2023)


TRIVIA TMSMY MUSIM 3
1. Untuk 11 minggu berturut-turut, 15 selebriti akan membuat persembahan di mana mereka akan menyanyi di dalam sepasang kostum yang akan merahsiakan identiti mereka, bukan sahaja susuk fizikal, malah suara bercakap juga akan diubah.

2. Identiti sebenar barisan peserta dirahsiakan dan tidak diketahui oleh semua yang terlibat dalam program ini termasuk hos, barisan juri. Malah ia juga dirahsiakan daripada ratusan krew produksi.

3. Untuk pengetahuan anda, peserta ‘The Masked Singer Malaysia’ juga tidak mengetahui identiti di sebalik topeng peserta lain sehinggalah program ini ditayangkan di kaca TV dan sehingga peserta tersingkir menanggalkan topeng dan mendedahkan identiti sebenar.

4. Sebelum setiap persembahan bermula, paparan video klu akan ditayangkan untuk memberi petunjuk bagi membantu panel juri dan juga penonton untuk meneka dengan tepat.

5. Ketika persembahan peserta berlangsung, barisan juri akan memberi tumpuan ke pentas dan meneliti setiap aspek seperti gaya suara, karakter di pentas, gaya bahasa badan dan setiap pergerakan peserta untuk meneka siapakah identiti selebriti disebalik topeng. Juri dipertanggungjawabkan untuk kesemua 100 peratus pemarkahan.


6. Selesainya setiap persembahan, pihak juri akan cuba untuk meneka siapakah selebriti di sebalik topeng tersebut.

7. Juri akan memberikan markah bagi setiap persembahan dan peserta yang menerima markah terendah akan disingkirkan pada minggu tersebut.

8. Selepas pengumuman penyingkiran dibuat di akhir rancangan, detik yang paling ditunggu-tunggu dan mendebarkan adalah saat peserta tersingkir menanggalkan topeng dan mendedahkan identiti misteri mereka buat pertama kali di hadapan hos, barisan juri dan juga penonton.

9. Peserta terakhir yang akan didedahkan identitinya pada episod terakhir merupakan juara program realiti ‘The Masked Singer Malaysia’ musim ketiga!


Pihak Astro amat berharap agar musim ketiga kekal mengungguli hati rakyat Malaysia dengan nilai produksi yang hebat serta suara-suara mantap di sebalik topeng. Pasti semua tidak sabar untuk mula meneka Siapakah dalang di sebalik kelima belas topeng yang ada? Kita tunggu dan lihat!.

Tarikh Konsert: 23 Disember 2022

1. Piza Panas - Its Gonna Be Me (N'sync)
2. Brokoli - Permata Biru (Ella)
3. Mawar Berduri - Since You Been Gone (Kelly Clarkson)
4. Nyoq Muda - Bang Bang Bang (Big Bang)
5. Bertih Jagung - Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah)
6. Dewi Angsa - Le Gayi (Asha Bhosle)
7. Si Tangkis - Kabut Serangkai Mawar (Zaiton Sameon)
8. Mr. Parrot - Sentuhan Listrikmu (Dato M.Nasir)
9. Kurita - Di Dadaku Ada Kamu (Amelina)
10. Betta Fish - Tari Tualang Tiga (Dayang Nurfaizah)
11. Zirafah - Ada Gajah Di Balik Batu (Wali Band)
12. Manggis - Lemak Manis (Roslan Madun)
13. Abang Burger - Joget Kenangan Manis (Dato' Sudirman)
14. Lolipop - Can't Take My Eyes Off You (Lauryn Hill)
15. Cik Mawas - Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti (Anneth Delliecia)

Peserta Tersingkir: Tiada


Tarikh Konsert: 30 Disember 2022

1. Piza Panas - Pelayaran (May)
2. Brokoli - Di Penjara Janji (Dato' Awie)
3. Mawar Berduri - Setelah Aku Kau Miliki (Shima)
4. Betta Fish - Puncak Kasih (Ziana Zain)
5. Kurita - Joget Berhibur (Dato CT)
6. Mr. Parrot - Smooth (Santana ft Rob Thomas)
7. Abang Burger - Bukan Kerana Nama (Dato' Ramli Sarip)
8. Dewi Angsa - Hatinya Tak Tahan (Noraniza Idris)
9. Manggis - Blue Suede Soes (Elvis Presly)
10. Si Tangkis - Pematah Hati (Nabila Razali)
11. Nyoq Muda - Perpisahan Terasing (KRU)
12. Bertih Jagung -Raikan Cinta (Dato M.Nasir)
13. Zirafah - Kau Aku (Aizat Amdan)
14. Lolipop - Sha Na Na (Amy Mastura)

Peserta Tersingkir : Lolipop
Identiti sebenar: Datuk Leong Mun Yee


Tarikh Konsert: 6 Januari 2023

1. Piza Panas - Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-Baik Saja (Judika)
2. Brokoli - Mimpi (K-Clique ft Alif)
3. Si Tangkis - Putus Terpaksa (Ziana Zain)
4. Nyoq Muda - You Give Love A Bad Name (Bon Jovi)
5. Bertih Jagung - I Dont Want To Miss A Thing (Aerosmith)
6. Betta Fish - Puncak Kasih (Ziana Zain)
7. Mawar Berduri - Boneka (Ernie Zakri)
8. Dewi Angsa - Simply The Best (Tina Turner)
9. Mr. Parrot - Hanya Di Radio (Headwind)
10. Kurita - Yang Terindah Hanyalah Sementara (Erra Fazira)
11. Zirafah - Bila Resah (Anuar Zain)
12. Manggis - Oh! Mama Saya Mahu Kahwin (Blues Gang)
13. Abang Burger - Mat Disko (Sudirman)

Peserta Tersingkir : Abang Burger
Identiti sebenar: Dato Malek Noor


Tarikh Konsert: 13 Januari 2023

1. Piza Panas - Kau Sakiti (Amir Masdi)
2. Brokoli - Ah Rindu Lagi (Amelina)
3. Betta Fish - Saat Hilang Cintamu (Siti Sarah)
4. Mawar Berduri - Siapa Tak Mahu (Dato CT)
5. Bertih Jagung - Jerangkung Dalam Almari (Wings)
6. Mr. Parrot - Mengerti (KRU)
7. Nyoq Muda - Kau Bunga Cintaku (Anuar Zain)
8. Si Tangkis - Chandelier (Sia)
9. Dewi Angsa - Biru Mata Hitamku (Wings)
10. Zirafah - Tiara (Kris)
11. Manggis - Hati Yang Terluka (Broery Marantika)
12. Kurita - Rindu (Hetty Koes Endang)

Peserta Tersingkir : Kurita
Identiti sebenar: Liza Abdullah (Pelakon)




Carta Kedudukan Minggu 5/Episod 5 TMSMY3
Tarikh Konsert: 20 Januari 2023

1. Piza Panas - Highway To Hell (ACDC)
2. Brokoli - La Copa De La Vida (Ricky Martin)
3. Betta Fish - Money (Lisa Blackpink)
4. Mawar Berduri - Simalakama (Vita Alvia)
5. Bertih Jagung - Aula Kekasihmu (Francisco Peter)
6. Mr. Parrot - Kau Kekasihku (Dato CT)
7. Nyoq Muda - Lara (Naim,Hael,Haqiem Rusli)
8. Si Tangkis - Oh My Darling (Alisha Chinai & Sonu Sigam)
9. Dewi Angsa - Ku Ikhlaskan (Dato Seri Vida)
10. Zirafah - Anguk2 Geleng2 (hAli Fikir)
11. Manggis - Si Gadis Ayu (Black Dog Bone)

#TheMaskedSingerMalaysia #SiapaDiSebalikTopeng

peserta masked singer malaysia musim 3, masked singer malaysia 2023, masked singer malaysia season 2, masked singer malaysia season 3, juara masked singer malaysia 2022, the masked singer malaysia 2022 full episode, peserta masked singer malaysia musim 1, juara masked singer malaysia musim 1, the masked singer malaysia minggu 3 full, the masked singer malaysia episode 3 full, the masked singer malaysia minggu 3, the masked singer malaysia musang king, masked singer malaysia 2023, masked singer malaysia 2022 final, juara masked singer malaysia 2022, the masked singer malaysia 2 final,


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post