Senarai Lagu, Keputusan Konsert Mingguan The Masked Singer Malaysia 3 Minggu 1 (2023) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Senarai Lagu, Keputusan Konsert Mingguan The Masked Singer Malaysia 3 Minggu 1 (2023)

Trending

Senarai Lagu, Keputusan Konsert Mingguan The Masked Singer Malaysia 3 Minggu 1 (2023)

Senarai Lagu, Keputusan Konsert Mingguan The Masked Singer Malaysia 3 Minggu 1 (2023) | Siapakah disebalik topeng? Konsert pertama The Masked Singer Malaysia 3 dah mula bersiaran Jumaat lepas pada 23 Disember 2022. kak Bell kau terlupa dan baru aje tonton tadi di AstroGo.

Senarai Lagu, Keputusan Konsert Mingguan The Masked Singer Malaysia 3 Minggu 1 (2023)

Untuk episod 1, 15 kostum menarik dan unik yang akan dipakai oleh barisan peserta iaitu Mawar Berduri, Kurita, Si Tangkis, Betta Fish, Lollipop, Bertih Jagung, Zirafah, Abg Burger, Mr Parrot, Manggis, Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda, Dewi Angsa dan Si Mawas. Persembahan pun boleh tahan dan Kak Bell rasa musim ni ramai penyanyi lelaki berbakat dan menyerlah. Btw, baru minggu pertama mesti peserta simpan taring dulu kan!

Episod 1 juga menyaksikan gimik pengenalan juri ke-9, Misha Omar dalam kostum Cik Mawas mendendangkan lagu Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti nyanyian asal Anneth Delliecia. Rupanya kena scam dengan Cik Mawas. Kalau diikutkan memang Kak Bell tak dapat nak tekak pun suara Misha Omar masa dia perform. Sebab dah tahu siapa, jadi ngam lah klue yang diberi sebab ada piala AIM, bodyguard pegang bunga dan Misha sebut perkataan 'kecek' English pulak!

Senarai Lagu, Keputusan Konsert Mingguan The Masked Singer Malaysia 3 Minggu 1 (2023)
Sumber: Media Hiburan

Untuk minggu pertama, Kak Bell pilih top kostum Piza Panas, Mr. Parrot, Nyoq Muda, Mawar Berduri dan Dewi Angsa. Kak Bell rasa lah si Dewi Angsa tu Si Amsyar Leee, Si Tangkis Siti Nordiana dan Piza Panas mungkin Ismail Izzani atau mungkin juga Adam macam juru cakap. Tapi memang payah ye nak teka mula-mula ni. Kita tunggu je pendapat netizen macam mana nanti. Depa kan hebat bab menyiasat ni! Hiks! 


Lagu Bang Bang Bang (Big Bang) oleh Nyoq Muda dengan Its Gonna Be Me (N'sync) by Piza Panas memang enjoy sangat. Lama betul tak dengar lagu N'Sync dan Piza Panas nyanyi on point sambil menari lagi. Memang nampak tak kekok dan nyanyi pun steady. Agak2 betul ke si Ismail Izzani?

Kerusi Juri Tetap adalah Elly Mazlein, Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Emma Maembong, Didie Alias Misha Omar dan Atu Zero. Ella Aminuddin pula kembali sebagai juri untuk tiga musim berturut-turut. Manakala pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi. Berikut merupakan keputusan dan kedudukan mingguan peserta The Masked Singer Malaysia Musim 3 (2023) Minggu 1.


Carta Kedudukan Minggu 1/Episod 1 TMSMY3
Tarikh Konsert: 23 Disember 2022

1. Piza Panas - Its Gonna Be Me (N'sync)
2. Brokoli - Permata Biru (Ella)
3. Mawar Berduri - Since You Been Gone (Kelly Clarkson)
4. Nyoq Muda - Bang Bang Bang (Big Bang)
5. Bertih Jagung - Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah)
6. Dewi Angsa - Le Gayi (Asha Bhosle)
7. Si Tangkis - Kabut Serangkai Mawar (Zaiton Sameon)
8. Mr. Parrot - Sentuhan Listrikmu (Dato M.Nasir)
9. Kurita - Di Dadaku Ada Kamu (Amelina)
10. Betta Fish - Tari Tualang Tiga (Dayang Nurfaizah)
11. Zirafah - Ada Gajah Di Balik Batu (Wali Band)
12. Manggis - Lemak Manis (Roslan Madun)
13. Abang Burger - Joget Kenangan Manis (Dato' Sudirman)
14. Lolipop - Can't Take My Eyes Off You (Lauryn Hill)
15. Cik Mawas - Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti (Anneth Delliecia)

Peserta Tersingkir: Tiada

Baca : Senarai Lagu, Keputusan Konsert Mingguan The Masked Singer Malaysia 3 Minggu 2 (2023)
Baca : Senarai 15 Peserta The Masked Singer Malaysia Musim 3 (2023)


Tugasan Lagu The Masked Singer Malaysia Musim 3 (2023) Minggu 2
Tarikh Konsert: 30 Disember 2022

1. Piza Panas - Pelayaran (May)
2. Brokoli - Di Penjara Janji (Dato' Awie)
3. Mawar Berduri - Setelah Aku Kau Miliki (Shima)
4. Nyoq Muda - Perpisahan Terasing (KRU)
5. Bertih Jagung -Raikan Cinta (Dato M.Nasir)
6. Dewi Angsa - Hatinya Tak Tahan (Noraniza Idris)
7. Si Tangkis - Pematah Hati (Nabila Razali)
8. Mr. Parrot - Smooth (Santana ft Rob Thomas)
9. Kurita - Joget Berhibur (Dato CT)
10. Betta Fish - Puncak Kasih (Ziana Zain)
11. Zirafah - Kau Aku (Aizat Amdan)
12. Manggis - Blue Suede Soes (Elvis Presly)
13. Abang Burger - Bukan Kerana Nama (Dato' Ramli Sarip)
14. Lolipop - Sha Na Na (Amy Mastura)
15. Cik Mawas - Simbiosis (Ella)


Jangan lupa minggu depan, The Masked Singer Malaysia Musim 3 bersiaran pada setiap hari Jumaat, pukul 9.00 malam di saluran Astro Warna HD dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

#TheMaskedSingerMalaysia #SiapaDiSebalikTopeng


masked singer malaysia musim 3 full, the masked singer malaysia musim 3 full episode, masked singer malaysia 2023, the masked singer malaysia 2022 full episode, masked singer malaysia musim 3 episode 1, masked singer malaysia musim 3 live, juri masked singer malaysia 2, the masked singer malaysia 3 full, keputusan the masked singer malaysia, keputusan masked singer malaysia final, masked singer malaysia minggu 3, masked singer malaysia 2022 final, the masked singer malaysia 3 episode 1,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post