Trending


MAGGI SAH Malaysia 2022 Raikan Ulangtahun ke-51 Dengan Resepi Mi Maggi Paling Viral

MAGGI SAH Malaysia 2022 Raikan Ulangtahun ke-51 Dengan Resepi Mi Maggi Paling Viral | Mi MAGGI® meraikan 51 tahun detik bersejarah bersama rakyat Malaysia menerusi kempen MAGGI SAH Malaysia! Acara tahunan ini dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 dan juga Hari Malaysia ke-59 baru-baru ini. Kempen ini mencapai kemuncaknya di pertandingan akhir dan pesta terbuka bagi meraikan acara terbesar MAGGI pada tahun ini, bertempat di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) yang juga merupakan sebuah mercu tanda seni bina yang bersejarah.

MAGGI SAH Malaysia 2022 Raikan Ulangtahun ke-51 Dengan Resepi Mi Maggi Paling Viral

Mi MAGGI® mula diperkenalkan kepada rakyat Malaysia pada tahun 1971. Sejak itu Mi MAGGI menjadi kegemaran rakyat Malaysia, dari semangkuk sup mi MAGGI yang menyelerakan di rumah hinggalah sepinggan Mi Goreng MAGGI yang lazat di restoran. Diam tak diam sejak dari tahun 1971 lagi jenama MAGGI menjadi jenama ikonik dengan jiwa rakyat Malaysia.

MAGGI SAH Malaysia 2022 Raikan Ulangtahun ke-51 Dengan Resepi Mi Maggi Paling Viral

Officiating the Grand Finale of MAGGI SAH Malaysia (L-R) Juan Aranols, CEO, Nestlé (M) Berhad; Mr Chew Soi Ping, Executive Director of Sales of Nestle Malaysia and Singapore; Geetha Balakrishna, Business Executive Officer of MAGGI, Nestlé (M) Berhad and Madam Yit Woon Lai, Business Executive Officer of Nestlé Professional Business Division



Di majlis bersama media semalam, 20 Oktober 2022, Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad berkata bahawa kempen MAGGI SAH Malaysia! yang bertemakan Kembara DuniaKu Bersama MAGGI adalah untuk meraikan keenakan dan warisan masakan MAGGI yang dicipta di rumah serta di kedai-kedai makan. Kempen ini memberi pengiktirafan kepada kreativiti masakan di warung, gerai makan dan trak makanan di seluruh negara yang menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia.

“MAGGI® SAH Malaysia! yang kini memasuki tahun ketiga bertujuan untuk menyerlahkan keunikan budaya makanan Malaysia - meluangkan masa bersama-sama tanpa mengira latar belakang di kedai-kedai makan sambil menikmati hidangan MAGGI® kegemaran mereka. Ramai pengusaha makanan mengalami kesan kejatuhan akibat penularan pandemik COVID-19 tetapi kini semakin ramai rakyat Malaysia mula makan di luar dan bersosial selepas keadaan kembali normal. Kempen ini adalah untuk meraikan keunikan hasil ciptaan Mi MAGGI® mereka yang viral!” kata Juan.


Diantara booth-booth yang ada semalam seperti Kedai Runcit Chew, Restoren Ali Maju, Pok Li Mee Celup, Satay Kajang Haji Samuri, Nasi Kandar Buharry , booth Cili Klate dan lain-lain lagi. Menariknya semua pengunjung datang dengan memakai pakaian tradisional kaum masing-masing bagi menyemarakkan lagi suasana tradisi Malaysia.

MAGGI SAH Malaysia 2022 Raikan Ulangtahun ke-51 Dengan Resepi Mi Maggi Paling Viral

Melalui travelog SAH Malaysia!, Kembara DuniaKu MAGGI® (12 Food Operators of MAGGI® Kembara DuniaKu), yang dihoskan oleh Duta MAGGI Sheila Rusly, Duta MAGGI CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman dan Duta MAGGI Pedas Giler MK K-Clique, MAGGI telah menjejaki 12 buah warung dan kedai makan di seluruh negara untuk memperkenalkan resipi MAGGI viral mereka. Para pengusaha makanan ini telah diberikan plak MAGGI® SAH Malaysia! setiap seorang sebagai pengiktirafan untuk hidangan MAGGI istimewa mereka yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

MAGGI SAH Malaysia 2022 Raikan Ulangtahun ke-51 Dengan Resepi Mi Maggi Paling Viral

MAGGI SAH Malaysia 2022 Raikan Ulangtahun ke-51 Dengan Resepi Mi Maggi Paling Viral

Resipi-resipi viral ini kemudiannya memberi ilham kepada para pengusaha makanan yang lain untuk menghantar resipi kreatif MAGGI masing-masing untuk cabaran Resipi KreaktifKu secara dalam talian. 8 orang finalis yang bertanding hari ini akan merebut hadiah wang tunai berjumlah RM10,000. Kempen MAGGI SAH Malaysia! turut meraikan kreativiti para pengguna melalui cabaran ResipiKu DuniaKu di mana seramai 12 orang finalis yang terdiri daripada para pengguna akan bertanding untuk merebut tiga Hadiah Utama berupa wang tunai sebanyak RM5,000 di sesi memasak secara langsung pada hari ini. Kak Bell pun ada resepi Maggi Kari Sedap by Kak Bell. Boleh cari juga di buku 20 Malaysian Home Cooking Recipes : Resipi Dapur Kak Bell.


Senarai Pemenang Memasak Mi Maggi Viral
Berikut adalah senarai pemenang bagi 2 kategori memasak Mi Maggi Viral.

ResipiKu KreatifKu
1. Ying Ying Café, MAGGI® Tomyam Seafood
2. Ganesh Curry House, MAGGI® Udang Ori
3. Chiffonade, Wattan MAGGI®

ResipiKu DuniaKu
1. Asmahani Mohamed, Botok Botok MAGGI®
2. Faradilla Eamy Jaar, Sotong Sumbat Bakar MAGGI® Kuah Percik Bersambal
3. Norsalina Jalaludin, Manok Pansoh MAGGI®

Pada majlis hari ini, plak penghargaan turut disampaikan kepada Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Restoran India, Malaysia (PRIMAS) sebagai pengiktirafan sumbangan dan usaha kedua-dua persatuan ini dalam mengawal selia dan menggiatkan semula perniagaan pengusaha makanan di Malaysia. Penghargaan ini juga turut diberikan untuk mengiktiraf sokongan yang diberikan oleh ahli mereka yang terdiri daripada lebih 4,500 dan 1,500 vendor masing-masing di PRESMA dan PRIMAS terhadap MAGGI®.

MAGGI SAH Malaysia 2022 Raikan Ulangtahun ke-51 Dengan Resepi Mi Maggi Paling Viral


Puan Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestle (Malaysia) Berhad mengakui bahawa pengusaha makanan di Malaysia telah setia bersama MAGGI sejak sekian lama, begitu juga dengan para pengguna kami, merangkumi segenap lapisan masyarakat yang terus menikmati detik-detik memori manis MAGGI mereka sambil mewujudkan hubungan mesra bersama planggan kami. MAGGI SAH Malaysia! adalah satu perayaan untuk menghargai hubungan MAGGI bersama rakyat Malaysia yang sudah lama terjalin.

“Selaras dengan semangat “Anda dan MAGGI®, Sajikan Kelainan”, kami berhasrat untuk memberi inspirasi dan menggalakkan rakyat Malaysia membuat perubahan melalui masakan - sama ada untuk diri mereka sendiri, untuk orang tersayang di rumah atau untuk mengekalkan perniagaan makanan mereka melalui penciptaan dan detik-detik penemuan hidangan MAGGI® yang dapat menarik perhatian pelanggan,” tambah Geetha.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen MAGGI SAH Malaysia!, sila layari laman Aktiviti Maggi-Maggi Sah Malaysia

maggi sah malaysia, maggi sah malaysia 2021, peraduan maggi sah malaysia 2021, malaysia maggi goreng recipe, peraduan maggi sah malaysia, maggi contest sah malaysia, maggi sah malaysia 2022, maggi advertisement malaysia, maggi resepi, maggi my, maggi malaysia, maggi malaysia contest, pemenang peraduan maggi 2022, peraduan maggi terkini,


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post