Cara Memasak Maggi Kari Sedap!

Baru-baru ini Kak Bell ada terbaca tentang bahaya mi segera (instant noodle). Kita memang sudah familiar dengan ungkapan bahaya mi segera, sardin dan beberapa makanan lain yang sewaktu dengannya. Dalam artikel tersebut membincangkan samaada ianya mitos atau fakta untuk makanan seperti mi segera, sardin, minuman 3-in-1 dan juga penggunaan panadol. Nanti ada masa bolehlah kongsikan perkara.


Kita ketahui bahawa mi segera boleh tahan lama, berada di dalam keadaan keras akan jadi lembut bila direndam dengan air panas. Ianya disebabkan oleh kandungan wax (lilin) pada mi segera tersebut. Actually, bahaya mi segera ni sebenarnya terletak pada kandungan tinggi garam pada perencahnya bukan disebabkan wax tadi. Jadi tak boleh lah makan selalu sebab ianya diet yang tidak sihat dan seimbang.

Walaupun dah tahu kesan buruk mi segera, kalau dah teringin tetap kita makan juga kan? Kalau korang nak sihat sangat, so makanlah ajelah sayur yer. Ok! Sebelum ni Kak Bell ada kongsikan post tentang Ramen Jepun Hokkaido Miso (klik sini), but hari ni just nak kongsi resepi mi segera Maggi. Rupa-rupanya, ramai juga yang cari resepi nak masak mi segera. Sampai viral pula di Facebook dengan ribuan perkongsian. Dalam hati tu, masak Maggi pun boleh viral. Hehe.


Kalau memasak Maggi, Kak Bell lebih suka tumis dahulu. Jika tidak, pasti akan muntah balik makanan tu. Kak Bell pun tak mampu nak buat hipotesis kenapa. Berikut tip memasak Maggi yang biasa Kak Bell buat la. Korang ada cara masak sendiri, ikut suka korang.

TIPS!
1) Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dengan kuantiti minyak secukupnya.
2) Masukkan perencah dan tumis sampai sedikit garing dan naik bau.
3) Sukatan air, lebih kurang sama dengan bungkusan plastik mi segera.
4) Dah mendidih, masukkan mi segera.
5) Pecahkan telur dan bahan lain seperti sayur (paling suka guna baby sawi). Biarkan sekejap telur baru kacau.

Bahagian tumis perencah sampai sedikit garing tu penting. Pasti ada beza untuk rasanya nanti. Nah koleksi gambar masakan mi segera Maggi perasa kari.

Guna baby sawi dan telur

Ada tauhu, kacang panjang dan tomato

Ni pulak guna kacang buncis dengan tomato ceri

Kalau guna bahan yang lambat masak dari mi segera tadi, pandai-pandailah lah sesuaikan masa nak campakkan dalam kuali. Basic instinct gituh! Kadang-kadang, ada juga terlebih kuah masa memasak. Terus rasa kurang sedap. Haha. Kalau nak senang lagi, curahkan aje air panas atas megi kemudian masukkan perencah. Yang penting, Kak Bell tak suka rendam air je. Tak sedap! Masak Maggi aje pun. Kay Bye.


CONVERSATION

8 comments:

  1. Akak suka letak banyak sawi..cili api ngan telur, if takde telur letak udang atau sotong pun ok..pas tu bawang putih tu mesti hangus2 skit..baru mabeles..kan Bella

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faveret kita sama. Betul tu kena hangus garing gituh

      Delete

Back
to top