Trending


Cuba Mini Mala Hotpot Halal Di Food District One Utama

Cuba Mini Mala Hotpot Halal Di Food District One Utama | Hi semua! Last week Kak Bell pergi Food District di One Utama untuk cuba Mini Mala Hotpot yan tengah viral sekarang di TikTok. Mala Mini Hotpot One Utama ni outlet kedua selepas cawangan pertamanya di Food Republic Pavillion Kuala Lumpur. Disebabkan dah lama tak makan cucuk-cucuk ala steamboat ni, so Kak Bell terjah outlet di Food District. 1 utama.

Cuba Mini Mala Hotpot Halal Di Food District One Utama

Disebabkan variasi dan nilai budaya dalam masayarakat Malaysia, Mini Mala Hotpot Sdn. Bhd. memperkenalkan budaya hidangan hotpot dengan citarasa asli negara China ke pasaran tempatan. Hotpot Mala ni adalah hidangan warisan turun-temurun, resepi tradisi masyarakat Cina di mana kuah sup mala ni di makan dengan lauk-pauk steamboat. Mala juga cukup popular dengan keharuman aroma, kepedasan dan sensasi kebas yang unik serta unsur ketagihan dengan sajian Hotpot Panas.

Atas permintaan orang ramai di Malaysia mereka menubuhkan Mala Mini Hotpot yang dijamin HALAL. Jika ada yang tak tahu, Mala Hotpot merupakan kaedah makan yang mudah dan digunakan oleh tukang perahu sewaktu hujung zaman dinasti Ming dan permulaan dinasti Qing di China.

Cuba Mini Mala Hotpot Halal Di Food District One Utama


Bagi yang tak familiar dengan One Utama, outlet ni ada di tingkat 2 New Wing One Utama, bersebelahan dengan kedai Converse. Bila dah masuk dalam Food District, korang pergi ke sebelah kiri selepas stall jual Kunafa. Semalam sis pergi sensorang je cari makan, tercari-cari jugaklah mana letaknya kedai Mini Mala Hotpot ni. Jadi nak mudah, Kak Bell bagitahu awal-awal supaya korang tak lost. Kalau tersalah pergi ke Old Wing One Utama lagi parah kan!

Di Mini Mala Hotpot menyediakan 3 menu utama iaitu Mala Tang, Mala Chuan Chuan dan Mala Hot Pot.

Cuba Mini Mala Hotpot Halal Di Food District One Utama

Cuba Mini Mala Hotpot Halal Di Food District One Utama

Cuba Mini Mala Hotpot Halal Di Food District One Utama

1) Mala Tang
Mala Tang adalah jenis masakan ‘street-food’ yang sangat terkenal di China terutama di Beijing, Guangzhou, Shanghai dan Xinjiang (penempatan Muslim). Menu yang popular di Provinci Sinchuan ini menjadi lambang budaya setempat sehingga mendapat banyak sambutan dari ramai pihak, sesuai dengan konsepnya cepat, sedap dan murah. Mala Tang ni sebenarnya dari perkataan ‘Ma-La-Tang’ yang bermaksud lada serta serbuk cili yang pedas dan memiliki aroma harum dengan sensasi kebas. Maksudnya kena masukkan banyak lada, serbuk cili dalam menu tersebut agar ia menjadi ‘pedas dan kebas’.


2) Mala Chuan Chuan
Menu lazat ini merupakan makanan tradisi berasaskan steamboat yang berasal dari Chongqing dan Sinchuan. Mala Chuan Chuan adalah teknik memasak dimana bahan-bahan menu dicucuk terlebih dahulu pada batang lidi atau pada sudu dan kemudiannya dicelup ke dalam sup asli Sinchuan dalam periuk panas.

3) Mala Hot Pot
Untuk menu terakhir iaitu Mala Hotpot, ia merupakan menu asli berasal dari Sichuan yang mempunyai aroma Mala asli yang kuat. Rasanya yang pedas tetapi sangat menyelerakan. Menu ini kian terkenal kerana kelazatannya yang semulajadi. Ia dimasak dengan cara mencelupkan daging ke dalam sup yang pedas iaitu campuran cili dan lada Sichuan. Hidangan ini kemudiannya disajikan bersama sos. Seperti Malatang dan Mala Chuan Chuan, Mala Hotpot juga mendapat sambutan hangat di seluruh wilayah China.

Cuba Mini Mala Hotpot Halal Di Food District One Utama


Kat sini ada menyediakan lebih 60 pilihan skewer atau cucuk-cucuk. Rasanya tak payah nak explain sebab sama aje macam hidangan cucuk-cucuk steamboat. Bezanya kuah dia pakai sup Mala dan disediakan dalam hotpot. Terdapat 3 jenis kuah sup pilihan iaitu Mala Tang (pedas), Tomata Soup dan Chicken Soup.

Terdapat 3 sup untuk dipilih:
1. MalaTang
2. Sup Ayam
3. Sup Tomato

Nanti korang boleh pilih skewer berwarna yang korang boleh pilih berdasarkan menu. Contohnya untuk set Mala Tang, korang perlu pilih 1 skewer pink, 1 skewer kuning, 1 skewer biru dan 2 skewer hijau. Just follow je arahan pada buku daftar menu. 

Cuba Mini Mala Hotpot Halal Di Food District One Utama

Cuba Mini Mala Hotpot Halal Di Food District One Utama

Di Mini Mala Hotpot Food District menyediakan menu utama seperti di bawah dan juga menu-menu yang lain seperti Man Tau (3 pcs RM5), chicken dumpling (3 pcs RM10), prawn dumpling (3 pcs RM11). Jika nak set pun ada seperti Beef Set (27.50), Chicken Set (RM27.50) atau Seafood Set (RM29.50).

Walking Mala Hot Pot (RM26.50)
Walking cup Mala Mini Hotpot ini hidangkan sekali dengan 1 mocktail air calamansi. Set ni tanpa noodles dengan portion 5 batang skewers. Walking cup hotpot ini boleh di makan secara berjalan, sebab tu namanya walking cup ! Mudah di bawa. Rasa sup Mala TangG ni pedas tapi tak lama pedasnya. So sia memang boleh makan. Tak macam pedas makanan Korea tu sampai tak boleh nak makan.

Cuba Mini Mala Hotpot Halal Di Food District One Utama

Mala Tang (RM22.50)
Set ni juga boleh pilih 5 batang skewers.

Mala Tang Combo Set (RM35.50)
Untuk set kombo pula boleh pilih 12 batang skewers dan dapat nasi.

Mala Self-Heating Hotpot (RM45.50)
Untuk Mala Chuan Chuan Self Heating Hotpot ni portion lebih besar, lebih banyak pilihan boleh di pilih. Sup Mala Chuan Chuan lebih pedas dari Mala Tang dan ada rasa creamy. So far kuah ni yang paling Kak Bell suka. Pedas tapi addictive. Tak puas nak makan lagi.


Contest Eat Mala And Win
Bagi korang yang nak try Mini Mala Hotpot, jangan lupa join juga contest mana tau leh menang hadiah bernialai sehingga RM200,000. Antara hadiahnya kereta Perodua Myvi, tajaan penuh ke Korea, tiket Blackpink World Tour MY dan tiket ke Genting Skyworlds Theme Park + Hotel. Meriah sungguh hadiahnya. Sambil makan tu, wajiblah buat video sekali.

Cuba Mini Mala Hotpot Halal Di Food District One Utama

1. Upload Video/VLOG di FB, IG atau TikTok berserta caption yang menarik
2. Tag Mala Mini Hotpot Mala Mini Hotpot
3. Tag 3 orang rakan
4. Gunakan hashtag #eatMALAandwin #MALAminihotpot #MMHP #HalalMALA
5. Kongsi/share di platform sosial media anda

Bagi korang yang berminat dengan industri Perkhidmatan Makanan (F&B) di Malaysia, Mini Mala Hotpot ada mengendalikan sistem perniagaan Franchise atau Licensing. Bagi yang berminat bolehlah cuba bisnes rangkaian restoren dengan menjadikan Hotpot sebagai hidangan utamanya. Kaedah operasi perniagaan ini dapat dinilai berjaya kalau dilihat dari sudut peningkatan volum jualan yang ketara.Ini kerana sumbangan pasaran sedia ada dari masyarakat Cina yang telah tahu akan keenakan resepi Mala, dan ditambah dengan pasaran Halal dengan komposisi 73% masyarakat Melayu di Malaysia.

Brand: Mala Mini Hotpot
Business Model: Branch + Licensing
Outlet Type: Premium & Express

PREMIUM Outlet
A minimum area of 2000sqft
Premises: Mall/stand-alone shop lot
Mala Mini Hotpot akan mula beroperasi di beberapa cawangan baharu, seperti:

EXPRESS Outlet
A minimum area of 450sqft
Premises: Food Court/Kiosk in mall & Outdoor/Kiosk On The Move


Bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang peluang kerjasama bersama Mala Mini Hotpot,mereka boleh berbuat demikian dengan menghubungi invest@malaminihotpot.com. Maklumat lanjut boleh semak laman sesawang di bawah.

Mini hotpot near me!

Food Republic Pavillion Bukit Bintang
Stall No 13, Pavillion Bukit Bintang, Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Food District, One Utama
Tarikh Operasi: 15 Oktober 2022
10 PAGI - 10 MALAM
S346 & S347, Stall No.S5, Second Floor, 1 Utama Shopping Centre, 
Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Alamanda Shopping Mall
Tarikh Operasi: 15 Oktober 2022
10 PAGI - 10 MALAM
Lot LG72-74, Gerai Makan No 2, Wesria Rasa Food Arena Jalan Alamanda, 
Alamanda Shopping Centre 62000 Putrajaya

IOI City Mall
Tarikh Operasi: November
10 PAGI - 10 MALAM
LG-63, Lower Ground Floor, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Malaysia.

Website Mini Mala Hotpot
Facebook Mini Mala Hotpot
Instagram Mini Mala Hotpot


mala mini hotpot pavilion, mala mini hotpot express @ pavilion, mala mini hotpot express, ingredients for mala hotpot, how to eat mala hotpot, Chinese mala hot pot recipe, mini hotpot near me,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post