Salah satu kuih kegemaran Kak Bell adalah kuih vadai. Setiap minggu kalau berkunjung ke pasar petang TTDI memang selalu beli vadai dan keropok lekor. Memang favourite sangat kedua-dua makanan ni. Walaupun harga dia agak Yahudi sebab jual kat TTDI, tetaplah juga Kak Bell beli sebab sedap. Sepanjang makan kuih ini memang kenalinya dengan nama kuih vadai atau vade sahaja. Kebanyakkan dari kita juga kenali kuih ini dengan nama masalodeh. Tak kisahlah nak panggil nama apa, yang penting kuihnya sama.

Vadai atau vade ini merupakan makanan yang berasal dari bahagian India Selatan. Terdapat dua jenis vadai iaitu Masala Vadai yang diperbuat dari kacang dal yang dicampurkan sekali dengan hirisan cili, jintan manis, daun kari dan bawang merah. 'Masala' tu maksudnya semua bahan rempah yang digunakan dicampur sekali dalam kuih (Masala means a mixture of spices & vada is a fried lentil snack. Masala vada translates to a lentil snack made with spices). Rupa bentuk Vadai Masala ni bulat lah dan digoreng garing.
Satu jenis lagi adalah Ulundu Vadai yang diperbuat daripada kacang dal juga tetapi ada dicampurkan tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah. Ulunthu vadai ni juga dipanggil mendu vadai (vadai lembut). Nama lain bagi kuih ni berbeza ikut bangsa iaitu Uddina Vade (Kannada), Urad Vada, Medhu Vadai, Ulundu Vadai (Tamil), Garelu (Telugu) dan Uzhunnu Vada (Malayalam).

7 bahan sahaja
Disebabkan ada beberapa posting menu vadai di FB, jadi Kak Bell pun teringinlah nak cuba membuatnya sendiri. Dan juga sebab nak buat vadai, gigihlah Kak Bell pergi beli blender baru sebab blender lama dah pecah. Percubaan kali pertama buat kuih vadai ni kiranya berjayalah. Pakai buat sahaja ikut resepi kawan tanpa tahu petua-petua cara nak buat vadai yang meletop macam kat kedai. Selepas buat sendiri barulah tahu macammana dan mungkin ada sedikit tip yang boleh Kak Bell kongsikan.
Kak Bell pilih Dal Australia kerana ianya lebih rasa lemak dan kurang bau. Nak guna kacang dal lain pun ok sahaja tak menjadi masalah. Cuma masa mengisar nanti agak leceh juga sebab kacang dal yang dah direndam lembut, 2 kali kisar sahaja kacangnya dah tak bergerak. Jadi kenalah gunakan sudu betulkan balik kedudukan kacang dal tu dan kisar lagi sehingga hancur. Nak kisar kasar pun boleh tapi nanti ada masalah semasa nak bentukkan jadi bulat. Nak tahu tipnya, jom teruskan.
Bahan A
200-300g kacang dal Australia
Garam secukupnya
Minyak
Bahan B
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
1 sudu teh jintan manis
1/2 inci halia
3 tangkai daun kari
Cara membuatnya:
1) Basuh dan rendam selama 4 jam atau lebih, kemudian toskan. Kak Bell rendam semalaman.
2) Kisar halus 3/4 kacang dal di dalam blender. Asingkan sedikit dal yang tidak dikisar. Kak bell gunakan blender kering.

4) Campurkan kacang dal yang telah dikisar dan tidak dikisar dan Bahan B di dalam mangkuk. Aduk rata semua bahan.



- Boleh pakai ilih al Austarlia kerana lebih lemak dan kurang bau
- Pastikan tos dahulu sebelum kisar, supaya nanti tidak terlalu lembik
- Disarankan kisar halus supaya mudah nak bentuk jadi bulat
- Asingkan sedikit kacang dal belum dikisar untuk dimasukkan kemudian
- Boleh guna garam masala kalau ada
- Potong dadu halus atau hiris bawang, cili kering supaya mudah bentukkan vadai
- Boleh bentukkan jadi bulat dahulu, kemudian leperkan
- Biarkan dahulu kacang dal yang dah dibentuk dalam 30-60 minit sebelum mula menggoreng
Nasib baiklah adunan Kak Bell buat tidak terlalu lembik dan boleh jadi leper. Disebabkan kacang dal tidak dikisar semua halus, jadi rupa bentukknya tak lah terlalu cantik. Bawang pula Kak Bell hiris biasa so akan susah sedikit nak jadi bulat. Walaupun demikian tetap menjadi juga kuih vadai Kak Bell ni.

300g kacang dal tu dapat banyak juga vadainya. Kak Bell pula pertama kali buat jadi tak dapat nak agak banyak mana. Makan pun setakat 5 ketul, walhal ada lagi 2 bekas. Jawabnya Kak Bell bawa sedekah la ke office. Kiranya lulus la hasil komen kawan-kawan yang suka bau wangi daun kari dan jintan. Walaunpun ilustrasi vadai ni cantik, tapi rasanya pun sedap tau! Awasss!
Saya kira pakai tepung, hehe.kalau di Indonesia mirip resep Bakwan Jagung, sedapnyaaa...
ReplyDeleteSenang nau laaa Bella resepi ko, Sis nak cuba gak laa nanti..tapi yang makannya Sis sorang, lelain semua tak pandai makan, arghhh adudududud
ReplyDeletesedap nau2 vadai ni. entah bila rajin nak buat. thanks kak bel nanti pinjam resepi hehe
ReplyDeletevadai homemade..sedap kalu makan sambil layan hindustan ni. senang je cara nak buat eh
ReplyDeleteSuami sis dan arwah papa sis suka makan kuih ni. Sis pulak tak berapa berkenan. Rajin la Bel buat kuih ni.
ReplyDeleteKak ipar mommy selalu buat. Memang leceh sikit bab nak blender dal tu. Ambil masa sikit. Kuih vadai ni sedap. Dulu selalu beli dekat aunty India depan pekan sana. Bila dia sakit, Dia dah tak jual dah.
ReplyDeletekakbell tak pernah tak bagi simple resepi dan step nak buat sesimple mungkin. ok, boleh follow. banyak dah bookmarks resepi kakbell ni. hahahaha.
ReplyDeleteMinat sangat makan kuih Vadai ini. Kalau ke pekan rajin jugaklah beli. Dah kongsi resipi ini, nanti bolehlah buat sendiri.
ReplyDeleteKita suka makan vadai ni tapi tak pernah rajin nak membuatnya. Tengok resipi kak bell ni macam senang je, boleh la beli ili tu nanti try buat sendiri lak camne rasa..hihi
ReplyDeleteHusband kak memang suka beli vadai ni. Selalu kalau g area melawati tu mesti atop katvgerai yg jual vadai di depan Giant tu..
ReplyDeleteAll these looks yummy but unfortunately my rumah tak de bahan2 , tapi tengok tengok pun sedap juga.
ReplyDeletewahh sedapnyaaa pandai sis buat. saya & sekeluarga memang suka kuih ni. selalu belindkt makcik dkt tepi traffic light dkt rumah. tapi musim covid ni tak bukak la pulak.
ReplyDeleteYess finally a simple recipe to make my favorite indian snack. I'm definitely going to try this.
ReplyDeleteSedapnya tengok. Selalu makan mak punya vadai ni. Mak jual frozen. Alahai rindu pulak dekat mak. Nanti nak mintak resepila kat mak. .nak buat juga. .haish.. Vadai ni ada cili kering besar macam tu memg sedp
ReplyDeletetak sangka macam ni cara buatnye.. saya selalu beli kuih dengan aunty kawan sy. sedap dia buat. saya nak try buat kot boleh chalenge.
ReplyDeletemudah je rupanya membuatnya. time2 pkp ni bolehlah buat macam ni, insyaAllah
ReplyDeletewow. sis buat vadai sendiri lah. terbaik.
ReplyDeleteaida prefer vadai yg mcm donut tu. yg ni aida suka if time nak makan tu, garing krup krap.
but always, kat pasar malam, those crunchyness tu da takde tau.
Kak pun suka mkn vadai tp selalu beli jrg buat sendiri, nti cubalah plk tgk sng jer buatnya
ReplyDeleteKuih vadai ni husband kita paling suka.. fav dia
ReplyDeleteKalau ada depan mata, saya makan je! Sebab saya pun suka.. sekali sekala makan.. best2.
ReplyDeleteYou made it look so easy OMG. I am hungry already. :) Wish to try to make this on my own.
ReplyDelete