Trending


Konsert Sabyan & Seventeen 2022 Malaysia : Lambang Sinergi Karya Kerohanian

Konsert Sabyan & Seventeen 2022 Malaysia : Lambang Sinergi Karya Kerohanian | Melihat kepada sinergi karya yang selalu mendamaikan hati, kolaborasi perdana dari dua kumpulan Sabyan dan Seventeen mahu dibawakan secara bertentang mata dengan para peminat secara eksklusif di Malaysia. Konser yang dibawakan oleh RR Brothers Studio, kolaborasi di bawah satu payung Konsert Sabyan & Seventeen akan menyapa gabungan penggemar dua kumpulan popular Indonesia ini pada 15 Oktober 2022 bertempat di Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Konsert Sabyan & Seventeen 2022 Malaysia

Kolaborasi antara Sabyan dan Seventeen ini disifatkan istimewa kerana kekuatan karya yang berunsurkan kerohanian dan alunan muzik yang mendamaikan sesuai dengan pasca sambutan Maulidurasul.

“Penganjuran Konsert Sabyan dan Seventeen ini kami lihat bertepatan dengan pasca sambutan Maulidurasul. Kumpulan Sabyan amat terkenal dengan untaian kerohanian seperti Ya Habibal Qolbi dan Seventeen sendiri biarpun sebuah kumpulan yang berkonsepkan pop namun karya karya mereka menjurus kepada kerohanian juga".


Jadi RR Brothers Studio menyifatkan ini adalah sebuah kolaborasi yang sangat istimewa dan eksklusif buat peminat. Apa lagi kedua dua kumpulan ini belum pernah berada dalam satu pentas untuk menyampaikan karya karya mereka secara langsung kepada peminat di Malaysia, ujar Datuk Alif Zain mewakili RR Brothers Studio.

Sementara itu, Sabyan yang diwakili Nissa selaku vokalisnya mengucapkan syukur kerana dapat kembali ke Malaysia untuk melakukan konsert setelah pandemik melanda.

“Kami amat berbesar hati dan teruja kerana dapat kembali menyapa penggemar Sabyan di Malaysia selepas pandemik yang membuat seluruh dunia seperti ‘membeku’. Sabyan juga tidak sabar untuk mendendangkan untaian kami termasuk yang terkini berjudul Tiara. Jangan lupa tunggu kehadiran dan persembahan julung kali Sabyan bersama Seventeen,” ujar Nissa.

Bagi vokalis Seventeen, Ifan, kesempatan kembali ke Malaysia setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke sini dalam sebuah konsert bersama Sabyan disifatkan sebagai kolaborasi yang amat menarik.


Sementelah, kumpulan yang kehilangan hampir semua anggotanya sewaktu bencana Tsunami membadai Tanjung Lesung pada 2018 ini pertama kali bertemu peminat mereka dengan rakan anggota baharu.

“Kami di Seventeen juga amat berbesar hati dengan kolaborasi ini. Pertama kali dilamar untuk Concert Syaban & Seventeen dan ia juga bersempena pasca Sambutan Maulidurasul, kami melihat tiada sebab untuk menolak. Seventeen akan memberikan persembahan terbaik bersesuaian konsep yang dibawakan oleh pihak penganjur. Tunggu kami ya,” ujar Ifan.

Biarpun tidak memiliki karya berunsur kerohanian sepenuhnya, namun hit Seventeen seperti Kemarin yang meledak selepas isteri beliau juga meninggal dunia dalam bencana Tsunami yang sama cukup dekat dengan hati peminat. Selain Kemarin, Seventeen juga cukup terkenal dengan lagu Hal Terindah dan Menemukanmu.


Harga Tiket Concert Sabyan & Seventeen
Tiket Concert Sabyan & Seventeen yang mula dijual hari Isnin, 10 Oktober bermula pukul 12 tengah hari boleh dibeli dengan harga bermula RM98 untuk Zone B (level 4), RM338 untuk Zone A (level 3), RM298 (free standing), RM398 (fan zone (standing), RM498 (VIP zone (standing) dan Star Zone (seated) bernilai RM799 kerana disertakan bersama beberapa barangan istimewa dari konsert ini.

Konsert Sabyan & Seventeen 2022 Malaysia

Tiket tiket boleh didapati dengan melayari www.myticket.asia atau hubungi talian +603 8605 0195.

Ingat juga tanggal 15 Oktober 2022 adalah hari temujanji anda bersama Concert Sabyan & Seventeen yang akan berlangsung di Axiata Bukit Jalil. Jadi buat seluruh peminat, jangan terlepas untuk membeli tiket yang sudah boleh dimiliki.

Harga Tiket Concert Sabyan & Seventeen, Konsert Sabyan & Seventeen 2022 Malaysia, sabyan song, sabyan 2021, sabyan deen assalam,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post