Trending


Food Empire Food Court Di MGB Bukit Bintang Tawar Pelbagai Menu 'Sense of Malaysia'

Food Empire Food Court Di MGB Bukit Bintang Tawar Pelbagai Menu 'Sense of Malaysia' | Buat anda yang suka jalan-jalan cari makan Kak Bell nak kongsikan sebuah tempat makan yang baru sahaja dibuka di Malaysia Grand Bazaar (MGB), bersebelahan dengan pusat membeli-belah Lalaport Mitsui Shopping Park di Bukit Bintang City Centre (BBCC). Jika datang shopping ke sini bolehlah menyinggah di Food Empire Food Court yang terletak di tingkat 1 dalam bangunan MGB. Kenapa Kak Bell share sebab ada pelbagai jenis menu boleh dipilih dan konsep food court ni sangat cantik dan menarik. Jom baca lebih lanjut jika nak tahu apa yang ada di sini.

Food Empire Food Court Di MGB Bukit Bintang

Malaysia Grand Bazaar (MGB) ni merupakan tempat di mana terdapat banyak kedai-kedai kecil atau bazar yang dihimpunkan di sini dan menjadi bazar besar pertama seumpamanya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. MGB ni ialah artisan-mall (artisanal mall) pertama di Malaysia dan menjadi one stop centre di mana pengunjung boleh membeli dan merasai pengalaman hasilkan kraftangan selain boleh menikmati pelbagai jenis makanan.


Perasmian Outlet Ke-11 Food Empire Food Court Di MGB
Food Empire Food Court dikendalikan oleh Smart Legacy Sdn. Bhd. dan perasmian outlet ke-11 Food Empire Food Court di MGB telah berlangsung pada 7 Oktober 2022 lepas.

Food Empire Food Court Di MGB Bukit Bintang

Food Empire Food Court Di MGB Bukit Bintang

Medan selera Food Empire ini direka secara unik, diilhamkan oleh budaya dan tradisi Malaysia yang kaya, yang juga berkait dengan aspirasi MGB untuk mempromosikan seni dan budaya tempatan. 

Seiring dengan slogan ‘Sense of Malaysia’, food court ini menyediakan 13 gerai yang menyajikan pelbagai jenis masakan tempatan dan juga makanan antarabangsa kegemaran rakyat Malaysia. Selain itu Food Empire Food Court juga sesuai untuk dikunjungi semua orang dengan status pork-free, lard-free dan alcohol-free.


13 Gerai Makanan Pilihan Di Food Empire Food Court MGB
Medan selera ini terletak di tingkat 1 dan menempatkan kira-kira 413 tempat duduk dengan keluasan binaan kira-kira 14,500 kaki persegi. Ia terdiri daripada tiga belas (12) gerai makan dan satu (1) gerai minuman.

Food Empire Food Court Di MGB Bukit Bintang

Dalam ni boleh dikatakan macam destinasi sehenti untuk segala-galanya daripada Makanan Laut Bakar/Grill dari Stulang Laut, ada makanan Asia yang menyelerakan dari Selera Kita, Hot Plate noodles dan Claypot Rice, menu makanan Thai dari Thai Fusion, masadan Indonesia dari Ayam Penyet D'Kota , makanan Arab dari Dubai, Nasi Ayam, Nasi Campur Suria dan juga hidangan Western Fusion.

Tempat ni memang sangat selesa kerana ada segala kemudahan seperti bilik air, singki basuh tangan yang bersih, ruang yang luas dan suasana yang nyaman untuk makan.Ruang dalamannya juga sangat moden dan ada dekorasi daripada kraf seni Malaysia seperti lakaran songket, batik, wayang kulit, dan macam-macam lagi pada dindingnya. Setiap bahagian ruang direka menarik dan fotogenik.


Kepada pengunjung yang datang ke Food Empire Food Court di Malaysia Grand Bazar (MGB), anda boleh memilih makanan dan minuman kegemaran dari gerai berikut:

1. Stulang Grill
Ikan bakar dengan ‘sambal’ yang melengkapi aroma daun pisang pastinya memikat selera anda. Gerai ni menyediakan hidangan bakar/grill makanan laut segar seperti udang, sotong, ketam, pari, kerang, lala, siput buluh dan pelbagai ikan. Menu otak-otak pun ada. Nama Stulang tu diambil daripada kedai ikan bakar yang popular di Jalan Stulang Laut Johor Baharu.

Food Empire Food Court Di MGB Bukit Bintang


2. Selera Kita
Menu paling famous kat sini ialah Kuey Teow Sup. Selain itu ada pelbagai jenis makanan berasaskan sup seperti Bihun Sup, Mee Sup, Sup Ayam, Sup Daging, Sup Kambing, Sup Berbola, Mushroom soup dan banyak lagi. Kat sini juga ada menu local seperti Bubur nasi, laksa dan juga ulam-ulaman.

3. Hainan Chicken Rice
Salah satu menu kegemaran popular rakyat Malaysia mestilah Nasi Ayam. Kalau pergi mana-mana, tak ada idea nak makan apa, mesti cari Nasi Ayam. Di Gerai Nasi Ayam Hainan ada pelbagai pilihan nasi ayam seperti Roasted Chicken, Stim Chicken, BBQ Chicken, Crispy Fried Chicken dan banyak lagi. Bagi yang tak ambil nasi, boleh cuba Wan Tan Mee (mee wantan) kat sini.

4. Fried Chicken
Menu pilihan ayam goreng di sini didatangkan dalam set 2 ketul, 3 ketul dan 5 ketul Family Set. Mereka juga menawarkan chicken chop dan ayam popcorn XXL. Selain ayam, ada sotong XXL, sosej jumbo, sosej mozzarella, burger daging Australia, burger kambing, skewers dan juga wraps.

Food Empire Food Court Di MGB Bukit Bintang


5. Wow Resepi Padu
Kalau nak cari Malaysian all-time favourite food, Nasi Lemak bolehlah order kat Gerai Wow Resipi Padu. Kat sini boleh dapat menu popular mereka seperti Nasi Lemak dengan pelbagai lauk pauk pilihan seperti ayam goreng, sambal sotong, kari ayam, chicken chop, ikan popcorn, udang dan lain-lain. Hidangan Malaysia popular lain yang paling digemari seperti Nasi Geprek, Mee Rebus, Mee Siam, Bubur dan Teppanyaki juga ada disediakan.

6. Dubai
Sekarang ni dok tengah heboh dan viral dengan menu dessert Kunafa. Gerai Dubai ini menyediakan menu Timur Tengah seperti Nasi Mandy/Nasi Mandi dan Nasi Biryani. Gerai ni ada menjual pelbagai pencuci mulut dari negara Arab seperti Kunafa, Kunafa Cheese, Baklava dan pencuci mulut lain. Mesti korang tak sabar nak cuba kan?

7. Hotplate
Kalau nak makan menu panas mi sizzling dalam claypot atau hotplate, boleh try kat sini. Pilihan menu yang ada seperti Yee Mee, Kuey Teow, Mee Kuning, Meehoon atau nasi dengan ayam, daging lembu, ayam kimchi, ketam, sotong roll dan banyak lagi.

Food Empire Food Court Di MGB Bukit Bintang

Food Empire Food Court Di MGB Bukit Bintang


8. Thai Fusion
Kalau ada makanan Malaysia mesti ada masakan Thai di kebanyakkan medan selera. Kat sini anda boleh cuba pelbagai makanan panas Thailand sepeti Nasi Goreng Nanas, Nasi Goreng Pattaya, Ladna Yee Mee, Nasi Ayam Paprik dan banyak lagi.

9. Ayam Penyet D’Kota
Hidangan ayam penyet yang lembut dan juicy di sini dihidangkan dengan sambal buatan sendiri. Kepedasan sambalnya lengkap dengan hirisan timun dan tempeh/tempe. Selain ayam ada juga Talapia Penyet, Udang Penyet, Sotong Penyet dan Lele Penyet.

10. Yong Tau Foo
Di Gerai Yong Tau Foo ada pelbagai pilihan bahan-bahan yang boleh dipilih dalam Yong Tau Foo anda.Antaranya Meat Ball, Fish cake, kulit tauhu goreng, crab stik, cendawan, sayuran dan banyak lagi. Semua dihidang panas bagi mengekalkan rasa sedap sup Yong Tau Foonya. Dihidangkan dalam pelbagai cara iaitu hidangan kering dengan sos atau campurkan mi dalam sup. Untuk pilihan sup ada kuah tom yam dan kari.

Food Empire Food Court Di MGB Bukit Bintang


11. Nasi Campur Suria
Pada yang suka nasi campur kat Gerai Nasi Campur Suria ada lebih kurang 40 jenis lauk pauk di sini termasuklah Kari Kepala Ikan, Ayam Masak Merak, Kacang Bendi Goreng, Sayur Bayam, Sayur Kangkung, sambal sotong, bergedil dan lain-lain. Haritu Kak Bell try ikan patin masak asam pedas. Sedap ya!

12. Western Fusion
Bukan sahaja makanan tempatan Malaysia, ada juga makanan barat di Gerai Western Fusion. Korang boleh cuba masakan barat seperti Chicken Chop, Fish & Chips, Sosej Jumbo, Bebola Daging Spaghetti, Grilled Sirloin Steak, Nasi Butter, pizza dan banyak lagi.

13. Hot & Cold Dessert & Beverage
Gerai yang wajib semua orang akan cari bila makan kat food court mestilah gerai minuman. Gerai Hot & Cold Dessert & Beverage ada pilihan minuman dan juga pelbagai pencuci mulut lokal yang sedap seperti ABC, Cendol, Lei Chee Kang, Kelapa Laut dan banyak lagi.

Pada korang yang nak nak datang sini atau ke Lalaport, sekarang ni parking mereka percuma hingga 31 Oktober 2022 di Mitsui Shopping Park Lalaport. Food Empire ini buka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Food Empire Food Court Di MGB Bukit Bintang

Untuk maklumat lanjut mengenai Food Empire Food Court di MBG, update terkini dan juga promosi, ikuti platform media sosial rasmi mereka di bawah.

Instagram Food Empire
Facebook Food Empire
Tiktok Food Empire
SMART LEGACY Website


Food Empire Food Court MGB, food empire food court, food empire Klang, food empire central i city, empire food and beverage, food court Bukit Bintang, Malaysia grand bazaar parking, lalaport to Zepp kl, new shopping mall in Bukit Bintang, Bukit Bintang city centre, Malaysia grand bazaar parking rate, bbcc lalaport, Malaysia grand bazaar directory,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post