Konsert Duo Diva Kris Dayanti Dan Noryn Aziz Live In Malaysia - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Konsert Duo Diva Kris Dayanti Dan Noryn Aziz Live In Malaysia

Trending

Konsert Duo Diva Kris Dayanti Dan Noryn Aziz Live In Malaysia

Konsert Duo Diva Kris Dayanti Dan Noryn Aziz Live In Malaysia | ACO MEDIA dan Asia Momentum Media (AMM) dengan berbesar hati mempersembahkan KRIS DAYANTI & NORYN AZIZ: DUO DIVA LIVE IN MALAYSIA, menampilkan bintang ‘multitalented’ Indonesia, Kris Dayanti dan penyanyi jazz dan R&B terkenal Malaysia, Noryn Aziz.

Konsert Duo Diva Kris Dayanti Dan Noryn Aziz Live In Malaysia

Konsert duo yang hebat ini akan berlangsung di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) pada 29 Oktober (Sabtu) dan tiket akan mula dijual mulai 7 Oktober 2022, 3 petang.

Kedua-dua diva yang memenangi pelbagai anugerah ini telah berada dalam industri muzik selama beberapa dekad. Kris Dayanti memulakan kerjaya muziknya pada tahun 1984 manakala Noryn Aziz memulakan kerjayanya pada tahun 1996. Oleh itu, ini pastinya merupakan kerjasama legenda ‘cross-country’!


Konsert ini merupakan ‘customize concert’. Bagi penganjur, Kris Dayanti merupakan diva di Indonesia manakala Noryn Aziz pula Diva kesayangan ramai di Malaysia.

"Kami percaya bahawa kolaborasi dua diva ini akan mengegarkan pentas dan pastinya ada kejutan-kejutan yang bakal diberikan kepada para peminat mereka nanti. Jadi jangan lepaskan peluang menyaksikan dua Diva ini beraksi di sebuah pentas,” ujar Belvas Lee mewakili ACO MEDIA dan Asia Momentum Media (AMM).

Kris Dayanti, penyanyi dan pelakon popular Indonesia, akhirnya bakal mengadakan konsert semula di Malaysia selepas 5 tahun tidak muncul bertemu peminat di Kuala Lumpur khususnya. Diva yang terkenal dengan hits, ‘Menghitung Hari’ mula menyanyi pada usia 9 tahun untuk filem ‘Megaloman’. Lagu-lagu hebat Kris Dayanti dan persembahan langsung yang dinamik telah menjadikannya terkenal di Indonesia dan di seluruh dunia.


Noryn Aziz, salah seorang penyanyi dan penulis lagu jazz dan R&B terhebat di Malaysia, memulakan kerjaya muziknya pada tahun 1996 sebagai ahli kumpulan Sister-Sister dan kemudian menjadi penyanyi solo pada tahun 1997 menerusi album solo pertamanya, 'Fantasi O Realiti' . Vokalnya yang sangat kuat telah memukau penontonnya selama bertahun-tahun.

Dalam konsert ini, mereka berdua akan mempersembahkan lagu hits mereka seperti ‘Menghitung Hari’ oleh Kris Dayanti dan ‘Cerita Cinta’ oleh Noryn Aziz. Peminat juga boleh menjangkakan beberapa duet yang mengejutkan daripada duo yang hebat dengan vokal bertenaga ini! Sertai kami untuk malam persembahan yang menarik dan penuh keseronokan di MIECC!

Konsert Duo Diva Kris Dayanti Dan Noryn Aziz Live In Malaysia

Harga Tiket Konsert Duo Diva Kris Dayanti Dan Noryn Aziz Live In Malaysia.

VIP - RM 1,188
Cat 1 - RM 988
Cat 2 - RM 788
Cat 3 - RM 488
Cat 4 - RM 288

Dapatkan tiket anda sekarang di https://www.ticket2u.com.my/


konser krisdayanti, konsert duo star, Konsert Duo Diva Kris Dayanti Dan Noryn Aziz Live In Malaysia,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post