9000 Peminat Puas Persembahan 3 Jam Konsert Dewa 19 Di Malaysia - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 9000 Peminat Puas Persembahan 3 Jam Konsert Dewa 19 Di Malaysia

Trending

9000 Peminat Puas Persembahan 3 Jam Konsert Dewa 19 Di Malaysia

9000 Peminat Puas Persembahan 3 Jam Konsert Dewa 19 Di Malaysia | Kumpulan rock ikonik Indonesia Dewa 19 memulakan tirai persembahan hari pertama konsert ulang tahun ke-30 mereka semalam di Axiata Arena, Bukit Jalil. Disebabkan tiket habis terjual sangat cepat, konsert Dewa 19 30th Anniversary dilanjutkan untuk hari kedua pada 10 September 2022.

Konsert dewa 19 30th anniversary

Semalam Kak Bell sempat ke konsert mereka dan tiada kata-kata yang boleh diungkapkan betapa energetic dan mantap Konsert Jelajah Ulang Tahun ke-30 Tahun Dewa 19 yang berlangsung semalam.

Ternyata setiap Baladewa dan Baladewi yang hadir pulang dengan senyuman dan memori yang tidak dapat dilupakan dengan persembahan 38 buah lagu oleh lima vokalis hebat Dewa 19. Sepatutnya hanya 30 buat lagu menepati tema “Konsert 30 Tahun, 30 Bandar, 30 Lagu” tetapi untuk Malaysia mereka membawakan lebih banyak lagu.


Buat pertama kalinya, Dewa 19 menampilkan keempat-empat vokalis mereka di satu pentas, termasuk bekas vokalis Ahmad Dhani, Once Mekel, Ari Lasso dan vokalis terbaru mereka, Virzha Muhammad an Marcello Tahitoe (Ello). Kumpulan itu turut disertai oleh pemain saksofon Ricad Hutapea.

Pertunjukan ini dimulakan dengan montaj video perjalanan 30 tahun kumpulan itu bersama-sama, yang diikuti dengan lagu pembukaan, Format Masa Depan yang dipersembahkan oleh Virzha dan Ello. Selepas menghangatkan penonton dengan tiga lagu pertama, pasangan itu disertai oleh ketua kumpulan itu, Ahmad Dhani untuk persembahan Cinta Gila.

Konsert dewa 19 30th anniversary

Konsert dewa 19 30th anniversary


Dhani sangat bersemangat untuk keseluruhan persembahan malam tadi selepas terlepas persembahan Dewa 19 di Stadium Melawati di Shah Alam pada 2019 (Konsert Dewa 19 Reunion Malaysia 2019) apabila dijatuhi hukuman penjara 18 bulan kerana menyebarkan ucapan kebencian tetapi dibebaskan enam bulan sebelumnya. Ketiadaan Ahmad Dhani semasa di konsert Shah Alam, digantikan oleh anaknya Dul Jelani.

Keadaan stadium kembali bersemangat dan menerima sorakan paling gemuruh setelah Once naik ke pentas diikuti Ari Lasso yang mempersembahkan beberapa lagu hits terhebat mereka seperti Arjuna, Pupus, Roman Picisan, Dewi, Sedang Ingin Bercinta dan banyak lagi. Malam pertama konsert ulang tahun ke-30 berakhir dengan semua vokalis naik ke pentas untuk membuat persembahan Separuh Nafas.

Konsert dewa 19 30th anniversary

Konsert dewa 19 30th anniversary


Info Konsert 30 Tahun Dewa 19 (konsert dewa 2022)
Tarikh: 9 & 10 September 2022
Lokasi: Axiata Arena, Bukit Jalil
Penganjur: Icon Entertainment

Songlist DAY 1

FORMAT MASA DEPAN ( Opening )
VIRZHA & ELLO :
1. RESTOE BOEMI
2. I WANT TO BREAK FREE
3. STILL I AM SURE WE'LL LOVE AGAIN

AHMAD DHANI :
4. CINTA GILA

ELLO :
5. JULIETTE
6. ASPIRASI PUTIH
7. TAK KAN ADA CINTA YANG LAIN
8. BAYANG - BAYANG
9. CARELESS WHISPER

VIRZHA :
10. SELATAN JAKARTA
11. BUNGA
12. AKU MILIKMU
13. LARUT

DHANI-VIRZHA
14. HADAPI DENGAN SENYUMAN
15. ANGIN


ONCE (CHAPTER I) :
16. ROMAN PICISAN
17. ARJUNA
18. PEREMPUAN PALING CANTIK DI NEGERIKU INDONESIA
19. DEWI
20. DUA SEDJOLI
21. LAGU CINTA
22. MISTIKUS CINTA
23. SEDANG INGIN BERCINTA (AHMAD DHANI)

ARI LASSO (CHAPTER I) :
24. CINTA KAN MEMBAWAMU KEMBALI
25. ELANG
26. AKU DISINI
27. SATU HATI
28. CUKUP SITI NURBAYA

ONCE (CHAPTER II) :
29. PANGERAN CINTA
30. RISALAH HATI
31. SATU
32. CEMBURU
33. SAYAP SAYAP PATAHPUPUS

ARI LASSO (CHAPTER II) :
35. KIRANA
36. KANGEN
37. KAMULAH SATU SATUNYA

ARI LASSO – ONCE – VIRZHA – ELLO :
38. SEPARUH NAFAS

Konsert dewa 19 30th anniversary

Terus terang 3 jam konsert dewa 19 full concert ini memang berbaloi dengan harga tiket dewa 19 dan confirm penonton puas dengan deretan lagu-lagu hits mereka.

KREDIT GAMBAR: @echolaliapictures


konsert dewa 2022
konsert dewa 19 reunion malaysia 2019
harga tiket dewa 19
3 jam konsert dewa 19 di malaysia
3 jam konsert dewa 19 full
3 jam konsert dewa 19 full concert
dewa 19 30th anniversary

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post