Tiket Early Bird Konsert Dewa 19 30 Tahun Anniversary Tour Malaysia Habis Lepas Sejam Dijual - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Tiket Early Bird Konsert Dewa 19 30 Tahun Anniversary Tour Malaysia Habis Lepas Sejam Dijual

Trending

Tiket Early Bird Konsert Dewa 19 30 Tahun Anniversary Tour Malaysia Habis Lepas Sejam Dijual

Tiket Early Bird Konsert Dewa 19 30 Tahun Anniversary Tour Malaysia Habis Lepas Sejam Dijual | Dewa 19 kembali ke Malaysia! Untuk kali ini band tersohor Indonesia tersebut akan menebus rindu yang belum tuntas dan sekaligus menebus janji mereka apabila pengasasnya, Ahmad Dhani dipastikan hadir bersama. Dewa 19 kali terakhir mengadakan Konsert Reunion Live in Malaysia di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2019 tanpa kehadiran Ahmad Dhani.

Tiket Konsert Dewa 19 30 Tahun Anniversary Tour Malaysia

Lebih tiga tahun tidak beraksi, tiket Konsert 30 Years of Dewa 19 sempena ulang tahun ke-30 di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 10 September depan habis dijual dalam tempoh masa sejam selepas jualan dibuka jam 11 pagi tadi.

Hadir dalam rangka Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19, kumpulan yang sudah memulakan tour mereka di beberapa kota di Indonesia ini turut menjadikan Malaysia sebagai negara yang ikut merayakan ulang tahun ke-30 penubuhan mereka.


‘30 Tahun, 30 Kota, 30 Lagu’ begitu slogan ringkas namun cukup padat yang disampaikan kepada para peminat untuk konsert julung kali ini. Dhani malah berjanji dalam 30 lagu tersebut, akan ada banyak rendisi yang tidak pernah serta jarang dipersembahkan dalam konsert mereka selama ini.

Konsert Dewa 19 2022 Bakal Himpun Empat Vokalis Dewa 19
Jika kehadiran Dhani yang menggerakkan Dewa 19 bersama 30 lagu belum cukup menyemarakkan perayaan 30 tahun band asal Surabaya ini, Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19 terus memberi bonus tambahan. Kehadiran di Malaysia yang dibawakan oleh Icon Entertainment akan disertai beberapa mantan anggotanya termasuk pemain drum, Tyo Nugros. Dan yang dinantikan juga buat pertama kali, Dewa 19 menghimpunkan empat vokalis handalan mereka di atas satu pentas!

Bayangkan bagaimana Ari Lasso melantunkan tembang yang ikonik dengannya sebelum posisi vokalis itu diambil alih oleh Once Mekel dan perjuangan vokal magis kedua penyanyi ini disambung oleh Virzha serta yang terkini, Ello. Jadi jangan lepaskan peluang untuk merayakan 30 tahun Dewa 19 dengan 30 lagu yang akan menenggelamkan anda dalam nostalgia silam pada tanggal 10 September 2022 ini.


Konsert Dewa 19 2022 Malaysia tiket
Berikut adalah harga tiket konsert dewa 19 2022 Malaysia. Walaupun dah sold out untuk ticket2u Dewa 19, Kak Bell just kongsikan untuk info korang.

Tiket Konsert Dewa 19 30 Tahun Anniversary Tour Malaysia

Laskar Cinta (standing)
Early bird: RM168
Full price: RM188

Dewi (level 4)
Early bird: RM148
Full price: RM168

Kangen (level 3)
Early bird: RM268
Full price: RM288

Roman Picisan (level 3)
Early bird: RM368
Full price: RM388

Arjuna (level 3)
Early bird: RM468
Full price: RM488

Dewa 19 Malaysia 2022 ticket2u
Hotline: 019-9919055 (WhatsApp)


Konsert yang ditunggu-tunggu ramai ini turut mendapat sokongan Hot FM dan Buletin FM selaku radio rasmi serta Astro Gempak selaku digital media rasmi. Kesion Malaysia dan EF Media juga turut memberi sokongan padu terhadap konsert ini selaku rakan media rasmi. Pastikan temujanji anda bersama Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19 nanti.

harga tiket konser 30 tahun dewa 19
konser dewa 19 30 tahun
jadwal konser dewa 19 30 tahun
dewa 19 malaysia ticket
dewa 19 malaysia 2022 ticket2u
konsert dewa 19 2022 malaysia

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post