Abang Long Fadil 3 Raih Kutipan RM 3 Juta Di Hari Pertama Tayangan - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Abang Long Fadil 3 Raih Kutipan RM 3 Juta Di Hari Pertama Tayangan

Trending

Abang Long Fadil 3 Raih Kutipan RM 3 Juta Di Hari Pertama Tayangan

Abang Long Fadil 3 Raih Kutipan RM 3 Juta Di Hari Pertama Tayangan | Filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw, Abang Long Fadil 3 yang memulakan tayangan rasminya semalam telah berjaya meraih kutipan ‘sneak preview’ sebanyak RM 1.2 juta dan seterusnya jumlah kutipan RM3 juta pada hari pertama ditayangkan! Filem ini ditayangkan menerusi 159 buah pawagam Malaysia, Brunei dan Singapura.
 
Abang long fadil 3 johan
Abang long fadil 3 johan

Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.

Pengarah dan Idea Asal Abang Long Fadil 3, Syafiq Yusof berkata, “Alhamdulillah, ia menyaksikan permulaan yang baik buat Abang Long Fadil menerusi sambutan yang memberangsangkan ini dan terima kasih kepada semua penonton yang telah menonton Abang Long Fadil 3 di pawagam. Saya mengharapkan filem ini mampu menepati cita rasa penonton dan buat yang belum menonton, saya sarankan apa kata ajak rakan-rakan atau keluarga dengan luangkan masa bersama dan menikmati komedi dan aksi yang dipersembahkan. Saya juga ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan buat pihak media dan pemamer dalam memberi sokongan padu pada Abang Long Fadil 3.”


Saksikan filem daripada francais komedi aksi no 1 Malaysia, Abang Long Fadil 3 full movie, kini di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura. Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.

Abang long fadil 3 johan
abang long fadil 3 full movie
abang long fadil 3 trailer

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post