Filem Cikgu VS Hantu AstroFirst, Filem Komedi Seram Pertama Arahan Liyana Jasma - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Filem Cikgu VS Hantu AstroFirst, Filem Komedi Seram Pertama Arahan Liyana Jasma

Trending

Filem Cikgu VS Hantu AstroFirst, Filem Komedi Seram Pertama Arahan Liyana Jasma

Filem Cikgu VS Hantu AstroFirst, Filem Komedi Seram Pertama Arahan Liyana Jasmay |Filem komedi seram terbaru ‘CIKGU VS HANTU’ menjadi taruhan pertama oleh pengarah, pelakon, penyanyi berbakat besar serta pemenang Pelakon Wanita Terbaik melalui Festival Filem Malaysia ke-22, Liyana Jasmay dalam genre komedi seram. Ini sekali gus memperlihatkan keupayaan Liyana dalam tampil sisi berbeza dalam pengarahan kerana terdahulu beliau lebih fokus dalam mengangkat genre romantik komedi atau kisah remaja. Menariknya, filem ini bukan sekadar mengetengahkan elemen komedi dan seram, tetapi jalan ceritanya turut mengajak penonton mengimbau kenangan-kenangan di sekolah, lebih lagi kisah-kisah misteri.

review Filem Cikgu VS Hantu

Antara daya tarikan utama filem terbitan Mermaid Studios ini adalah barisan pelakon yang membintanginya. Ia menyaksikan buat julung kali pelakon hebat Malaysia Dato Afdlin Shauki digandingkan bersama Khir Rahman dalam sebuah filem. Kehandalan mereka dalam mempersembahkan adegan komedi tidak dapat dinafikan dan kemunculan mereka di dalam filem Cikgu VS Hantu pasti mampu membuat penonton ketawa tidak kering gusi.

Tajuk : CIKGU VS HANTU
Genre : HORROR COMEDY
Pengarah : LIYANA JASMAY
Produksi : MERMAID STUDIOS SDN BHD
Bahasa : MELAYU
Durasi Filem : 104 MINIT
Jumlah Hari Penggambaran : 15 HARI
Tarikh Penggambaran : SEPTEMBER 2021
Lokasi Penggambaran : KUALA LUMPUR
Tarikh Tayangan di Astro First : 8 SEPTEMBER 2022


Barisan Pelakon Cikgu vs Hantu
Pelakon lain yang turut menjayakan filem ini adalah Che Puan Juliana Evans, Zahiril Adzim, Shuk Sahar, Fathil Dani, Mohd Fadhli Masoot, Muhamad Muntazar Ghani dan penampilan istimewa Syafiq Kyle.

Sinopsis Cikgu vs Hantu

Dato Afdlin Shauki sebagai Cikgu Daud
Khir Rahman sebagai Cikgu Samad
Che Puan Juliana Evans sebagai Cikgu Syima
Shuk Sahar sebagai Ismail
Zahiril Adzim sebagai Ucop



Sinopsis Cikgu vs Hantu
Cikgu VS Hantu mengisahkan tentang permusuhan di antara Cikgu Daud (Afdlin Shauki) dan Cikgu Samad (Khir Rahman) dalam merebut untuk menjadi cikgu terbaik. Namun, persaingan tersebut telah merapatkan hubungan mereka tanpa sedar apabila muncul hantu Cikgu Syima dan Ismail. Kematian Cikgu Syima dan Ismail di sekolah mereka meninggalkan tanda tanya siapakah dalang yang membunuh mereka.

Sinopsis Cikgu vs Hantu


The rivalry between Cikgu Daud and Cikgu Samad culminated with the arrival of 2 ghosts, Cikgu Syima and Ismail who seek the truth about their death.

Saksikan filem komedi seram Cikgu VS Hantu yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 8 September 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro First, Astro Shaw dan Astro Gempak.

review Filem Cikgu VS Hantu
filem hantu melayu
Filem Cikgu VS Hantu AstroFirst

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post