POTATOES USA X TWINCITY MARATHON 2022 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal POTATOES USA X TWINCITY MARATHON 2022

Trending

POTATOES USA X TWINCITY MARATHON 2022

POTATOES USA X TWINCITY MARATHON 2022 | Kentang ialah sayuran padat dengan nutrien yang membekalkan tenaga, serat, kalium dan Vitamin C untuk meningkatkan prestasi sukan dan membantu golongan yang bersukan atau menjalani gaya hidup aktif. Penemuan penyelidikan terkini menunjukkan bahawa kentang didapati mempunyai nutrien yang boleh memberi manfaat kepada ahli kecergasan, pelari maraton dan ahli sukan.

POTATOES USA X TWINCITY MARATHON 2022

Baru-baru ini, Potato USA mengambil peranan sebagai penaja utama Twincity Marathon 2022. Terdapat sebuah khemah didirikan dan pelbagai produk kentang A.S. dihidangkan kepada 4,000 pelari dalam kedua-dua maraton penuh dan separuh maraton. Bagi yang tidak tahu terminologi larian, jarak standard bagi acara maraton untuk atlit lelaki dan wanita ialah 10km, 15km, 20km, separuh marathon, 25km, 30km dan marathon (42.195km).

Kentang putar A.S. dihidangkan semasa acara larian maraton Twincity bertujuan untuk membantu pelari menambah tahap tenaga dan nutrien yang diperlukan selepas maraton. Bahan pendidikan mengenai pengambilan kentang untuk meningkatkan prestasi sukan turut diedarkan pada majlis tersebut.

POTATOES USA X TWINCITY MARATHON 2022
U.S. Ambassador to Malaysia Mr. Brian D. McFeeters

Duta Besar A.S. ke Malaysia, Encik Brian D. McFeeters, 61 tahun, menyertai larian separuh maraton (21km larian). “Saya gembira melihat Potatoes USA sebagai penaja maraton ini dan gembira mendapat maklumat bahawa kentang adalah makanan sihat, tinggi kandungan kalium, Vitamin C dan serat dan bagus untuk pemulihan tenaga selepas aktiviti aktif. Mulai sekarang, rakyat Malaysia sudah boleh menikmati lebih banyak kentang seperti yang biasa lakukan di A.S.,”.


En. Brian mencatat masa penamat maraton yang mengagumkan iaitu selama 2.27 jam. Beliau menunjukkan bahawa dengan diet yang betul, dia masih boleh menewaskan ramai pelari muda Malaysia dalam separuh maraton pada usianya di 61 tahun. Walaupun jadualnya padat, beliau kerap bersenam dan mengekalkan diet yang sihat dengan bantuan kentang A.S..

Max Lim, 51, seorang penulis asal KL selalu menyertai acara larian maraton di Kuala Lumpur. "Sebagai seorang pelari, saya suka kentang A.S. kerana khasiat pemakanannya yang membantu saya kekal bertenaga semasa larian saya. Ia agak mudah dihadam dan mengurangkan rasa lapar semasa larian yang panjang atau larian sengit. Tambahan pula, ia lazat dan boleh disediakan dalam pelbagai cara dan tiada had untuk kepelbagaian kentang A.S.,” kata Max bersemangat.

 

POTATOES USA X TWINCITY MARATHON 2022

POTATOES USA X TWINCITY MARATHON 2022


Pelari Kelly Chin, 45 tahun, berkata dia suka makan U.S. Potatoes untuk tenaga karbonya, kerana kentang U.S adalah alternatif yang lebih sihat.

"Kentang adalah salah satu yang mesti ada di dapur saya kerana ia adalah makanan serba boleh, padat nutrien, dan penuh tenaga. Ini membantu menyemarakkan latihan dan larian saya,” jelasnya.

Banyak kajian telah dijalankan sejak 40-50 tahun yang lalu juga mencadangkan bahawa karbohidrat adalah makronutrien utama untuk mengekalkan dan meningkatkan prestasi sukan. Menurut jurnal AS Nutrition Today, adalah dicadangkan bahawa diet seimbang tinggi dalam makanan kaya karbohidrat semula jadi dan berkualiti seperti kentang padat nutrien mungkin optimum untuk meningkatkan prestasi fizikal di kalangan atlet.


Fakta utama tentang kebaikan kentang A.S.
  • 26gram karbohidrat – Kentang ialah karbohidrat berkualiti padat nutrien, penting untuk prestasi fizikal dan mental yang optimum sebagai bahan api utama untuk otak dan sumber tenaga utama untuk otot. Oleh kerana simpanan karbohidrat dalam badan juga adalah terhad dan mungkin habis walaupun dalam satu sesi senaman yang panjangan, adalah penting untuk menambahnya.
  • 620mg Potassium – Sebiji kentang bersaiz sederhana (148g) termasuk kulit, membekalkan lebih banyak kalium daripada pisang, tanpa lemak, tanpa natrium, dan tanpa kolesterol. Kentang sesuai untuk membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf semasa aktiviti aktif dalam tempoh masa yang lama.
  • 30% daripada nilai harian Vitamin C – Kentang adalah sumber Vitamin C yang sangat baik yang membantu meningkatkan sistem imun dan membantu dalam penghasilan kolagen, komponen tisu otot utama.
  • 3g plan-based protein – Protein adalah komponen utama otot dan nutrien penting untuk prestasi.
  • 2g serat – Serat membantu mengawal glukosa darah dan meningkatkan rasa kenyang, membuatkan seseorang berasa kenyang lebih lama ( 7% nilai harian serat).
  • 110 Kalori untuk Tenaga – Mudah dihadam dan lebih padat tenaga berbanding sayur-sayuran popular lain, kentang adalah pilihan yang baik untuk aktiviti perlumbaan seperti maraton.

Buat anda yang gemar melakukan aktiviti aktif, bolehlah cuba ambil kentang A.S (U.S Potato/POTATOES USA) untuk dapatkan tenaga dan juga kembalikan tenaga selepas bersukan dan bersenam.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post