Abang Long Fadil 3 Full Movie Di Pawagam September Ini - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Abang Long Fadil 3 Full Movie Di Pawagam September Ini

Trending

Abang Long Fadil 3 Full Movie Di Pawagam September Ini

Abang Long Fadil 3 Full Movie Di Pawagam September Ini | Francais komedi aksi ‘blockbuster' no 1 Malaysia, Abang Long Fadil kini bersedia menggegarkan pawagam Malaysia, Singapura, Brunei dengan sekuel terbarunya, Abang Long Fadil 3 bermula 8 September depan. Filem aksi komedi Malaysia ini adalah kesinambungan kepada filem AbangLong Fadil (2014) dan filem Abang Long Fadil 2 (2017) arahan oleh Syafiq Yusof.

Abang Long Fadil 3 Full Movie Di Pawagam September Ini

Filem terbitan oleh penerbit gergasi tanah air, Skop Productions dan Astro Shaw ini menjanjikan lebih padat aksi memukau, komedi pecah perut, barisan pelakon terkenal serta kualiti produksi yang boleh dibanggakan. Antara kekuatan dan kelainan dalam Abang Long Fadil 3 adalah comeback kumpulan JOZAN, Zizan Razak dan Johan selepas setengah dekad.


Abang Long Fadil 3 sekali lagi mendapat sentuhan dan idea asal oleh pengarah cukup berkaliber, Syafiq Yusof. Syafiq amat terkenal dengan filem-filem pecah panggung dan digelarkan sebagai pengarah yang sukakan tampilkan ‘twist’’ plot seperti Abang Long Fadil, Misteri Dilaila, KL Special Force, Penunggang Agama.

FILEM ABANG LONG FADIL 3
Release date: 8 September 2022
Penulis skrip : Syafig Yusof, MF Kencana, Effindi K
Pengarah : Syafig Yusof
Produksi : Skop Production, Astro Shaw
Genre : Komedi, Aksi


PELAKON ABANG LONG FADIL 3

Pelakon Abang Long Fadil 3 | Film Abang Long Fadil 3 berdasarkan watak sampingan dari filem KL Gangster dan masih mengekalkan Zizan Razak sebagai Fadil. Selain Zizan dan Johan, turut dibintangi pelakon-pelakon terkenal seperi Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, dan Siraj. Hampir kesemua pelakon serlahkan adegan aksi yang mengujakan.

Abang Long Fadil 3 cast:
Zizan Razak sebagai Fadil
Johan Raja Lawak sebagai Chow Han
Elizabeth Tan sebagai Alice
Maya Karin sebagai Ejen Maya
Dato' AC Mizal
Hairul Azreen
Daniella Sya
Siraj Alsagoff sebagai Inspektor Sahab
Khir Rahman
Kazar Saisi
Joey Daud
Jay Iswazir
Tania Hudson sebagai Yana
Wak Doyok sebagai Wak Doyok
Shuib Sepahtu sebagai Inspektor Shuib
Ozlynn Waty

OST bagi filem Abang Long Fadil 3 adalah ‘Payung’ nyanyian Zizan Razak bersama Elizabeth Tan. Buat peminat boleh turut serta dalam dance challenge lagu Payung di platform TikTok dan buat peminat bertuah yang terpilih berpeluang untuk hadir ke majlis Mega Fans Screening Abang Long Fadil 3 pada 7 Ogos nanti.


Sinopsis Abang Long Fadil 3

Sinopsis Abang Long Fadil 3 | Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil seorang bekas gangster dan mafia kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Sebagai seorang ejen perisik, Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.

Abang Long Fadil 3 Full Movie Di Pawagam September Ini

Filem Abang Long Fadil 3 akan mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 9, 10, 11 September dan di Selatan, 16, 17, 18 September di Utara. Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.


Abang Long Fadil 3 Trailer

Menerusi klip teaser filem yang menampilkan kedua-dua pelakon ini telah menerima respon baik dan memperlihatkan keterujaan penonton menanti kehadiran filem ini. Jom saksikan Abang Long Fadil 3 trailer.


Filem ini juga telah mendapat tajaan daripada KLCC selaku penaja lokasi bagi Malam Gala Abang Long Fadil 3 di kawasan Esplanade dan di selaras bersama TGV Cinemas. Selain itu, Suria KLCC turut menaja melalui platform promosi LED Skrin di Concourse, digital outdoor screen di Pintu Masuk Ampang, papan tanda digital di sekitar mall Suria KLCC, perkongsian promosi di media sosial dan eDMs (mesej elektronik melalui emel).

Nantikan filem yang bakal mengulangi fenomena pecah panggung, Abang Long Fadil 3 full movie, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.

film abang long fadil 3
abang long fadil 3 johan
abang long fadil 3 release date

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post