THE SIL & ZELLA RAKAM LAGU KEDUA AKU ISABELLA | Aku Isabella ciptaan
    Ell Rock & Raja Faizal menjadi pilihan kedua band THE SIL selepas
    melancarkan single pertama mereka di Malaysia berjudul "Yang Enak" Ahli
    band THE SIL semuanya berasal dari Jakarta, Indonesia kecuali Ell Rock
    (vokalis & pemain gitar utama) merupakan anak jati kelahiran Kuching,
    Sarawak. Mereka dikatakan sedang membina nama di negara seberang dan untuk
    lagu kedua baru ini mereka bergandingan dengan penyanyi baru, Zella yang
    berasal dari Malang Jawa Timur.
  Lagu ini dihasilkan bersama oleh Raja Faizal & Ell Rock yang juga
    merupakan penerbit utama produksi lagu ini. Raja Faizal sememangnya bernaung
    di bawah Luncai Emas dalam penjagaan hakcipta karyanya. Beliau sebelum ini
    pernah menciptakan lagu untuk artis ternama seperti Handy Black (Setia
    Cinta), New Boyz (Sahabatku), dan juga lagu raya untuk para DJ Suria FM
    seperti Halim Othman, Linda Onn dan DJ Lin (Suria Di Pagi Raya & Sebulan
    Berhari Raya). Lagu pertama ciptaanya ialah untuk kumpulan Candy pada tahun
    1998 berjudul Racun Pujangga.
"Saya mula mengenali Datuk M.Nasir sebagai pesilat di Konsert Canggung Mendonan waktu itu (1993 /1994). Dan untuk itu lah saya amat dekat dengannya" jelas Raja Faizal.
    Raja Faizal dan Ell Rock mentafsirkan lagu ini adalah jawapan watak
      Isabella tersebut kepada band legenda Malaysia iaitu kumpulan Search. Kata
      komposer Raja Faizal, lagu Aku Isabella dihasilkan dengan lebih komersial,
      bergenre pop balada, easy listening dan tajuknya yang lebih bergenre
      alternatif rock.
  
  Artis : The Sil ft Zella
Lagu & Lirik : Raja Faizal & Ell Rock
Hakcipta : Op: Emthree Publishing / Sp: Luncai Emas Sdn Bhd
Edaran : Luncai Emas Sdn Bhd
    Rakaman lagu di buat di NTBH Records, Bekasi, Jakarta. Dengan bakat dan
      skill hebat dari ahli The Sil, maka terhasillah lagu ini. Awalnya ahli
      kurang setuju kerana sudah beza jalur muzik yang dimainkan sebelum ini,
      namun ianya menjadi apabila diberi guide dan melodi. Lagu ini juga
      dikatakan diinspirasikan dari karya-karya Datuk M.Nasir. THE SIL terdiri
      daripada Ell Rock (vokalis & pemain gitar utama), Sablem (vokalis
      utama & pemain gitar), Rio (Drum) dan Zella (Vokalis Undangan).
  
    Zella terdahulunya keluarkan single bersama karya Ell Rock yang berjudul
      ‘Your Smile On Eyes’ dan untuk single kali ini. Zella berkata lagu ini
      bagus dan dia bahagia apabila dipasarkan di Malaysia.
  
    Luncai Emas bertindak sebagai label yang mengedarkan secara jualan
      digital bagi single ini. Tanggal 7 Julai video klip rasmi ‘Aku Isabella’
      telah dilancarkan di youtube Luncai Emas dan telah mencapai tontonan lebih
      100 ribu untuk tempoh 2 minggu.
  
  
    Semoga lagu AKU ISABELLA ini dapat memberi satu warna dan nafas yang
      baru dalam memenuhi katalog lagu-lagu di Malaysia dan seterusnya mampu
      memberi impak dalam mengeratkan silaturahim antara Malaysia dan Indonesia
      sebagai negara serumpun atas platform Industri Seni Muzik serantau.
  
