Trending


Snack Kucing Terbaik Me-O Cat Lick, Treat Buat Si Comel

Snack Kucing Terbaik Me-O Cat Lick, Treat Buat Si Comel | Para pencinta kucing mesti setuju kalau Kak Bell cakap, "cats are the rulers of their homes". Bukannya apa bila dah jaga banyak kucing ni macam-macam peel ada. Kadangkala sampai terjerit-jerit marah meow, nasihat itu ini memang tak makan saman. Buatlah apa pun, hujung-hujung kita yang kena ikut kehendak depa.

Snack Kucing Terbaik Me-O Cat Lick, Treat Buat Si Comel

Ada yang jenis minum tak main kuis-kuis dengan tangan, ada yang dah elok makanan dalam bekas dia sepah-sepahkan dan ada juga yang dah poo sampai ke sudah tak reti nak kambus. Bila difikir, kucing memang haiwan yang lucu dan banyak perangai. Ada tak diantara kucing korang sangat cerewet dengan makanan kucing? Pernah Kak Bell haritu belikan Button & Bow dan campur dengan makanan sedia ada, pandai pulak depa ni asingkan makan yang sedap aje. Pandai sungguh!

Buat meow yang picky sebenarnya korang boleh try bagi cat treat sebagai snek sampingan selain makanan kucing kering atau basah buat kucing kesayangan korang. Kali ni Kak Bell nak kongsikan tentang snek kucing atau cat lick dari jenama Me-O.

Snack Kucing Terbaik Me-O Cat Lick, Treat Buat Si Comel

Untuk pengetahuan korang, Me-O mempunyai pelbagai pilihan makanan kucing bermula daripada Makanan Basah dalam Pouch, Makanan Basah Jenis Lick, Makanan Kering Kucing Dewasa, Makanan Kering Anak Kucing dan sebagainya. Memang Kak Bell tak sangka ada banyak pilihan dan pelbagai jenis khas untuk kesayangan korang. Hari ni Kak Bell fokus pasal cat lick dulu, nanti Kak Bell share lagi tentang produk yang lain.


Fungsi Treats Untuk Kucing, Kebaikkan Cat Lick (Cat Treats)

Ada beberapa fungsi cat lick untuk kucing dan juga kebaikkan cat lick (cat treats) sebagai makanan sampingan mereka. Antaranya:
  • Merapatkan hubungan anda dengan Si Meowy kesayangan
  • Boleh diberi sebagai ganjaran bila Si Meowy behave waktu makan ubat/grooming
  • Sebagai rutin untuk bonding sebelum anda keluar rumah & bila pulang ke rumah setiap hari
  • Menggalakkan kucing bertingkah laku baik
  • Penjagaan gigi (dental care)
  • Snek sampingan untuk kucing cerewet
  • Mengeluarkan hairballs dari perut kucing


Me-O Creamy Treats Untuk Kitten & Kucing Dewasa

Me-O Cat Lick atau Me-O Creamy Treats merupakan snek buat Si Meowy, sesuai untuk kucing yang memilih makanan dan snek kucing yang memberi khasiat untuk kitten & juga kucing dewasa. Sekali-sekala mestilah korang nak belanja Si Meowy bila mereka berkelakuan baik dan makan sedap-sedap. Macam manusia juga lah kan.

Snack Kucing Terbaik Me-O Cat Lick, Treat Buat Si Comel

Jenama Me-O ni membawakan tagline 'Kasih Sayang Tidak Terhingga Untuk Si Meowy'. Menarik sangat kan! Kesemua produk ME-O adalah makanan bergizi seimbang dan lengkap, diformulasi untuk memenuhi atau melebihi standard gizi yang ditetapkan oleh US National Research Council (NRC) dan Association of American Feed Control Official (AAFCO) bagi makanan kucing, termasuklah Me-O Cat Lick.

Didatangkan dalam 7 perisa iaitu Crab Flavour, Bonito Flavour, Chicken & Liver, Katsuo (Tuna), Maguro (Tuna), Tuna with Scallop Flavour dan Salmon Flavor yang memang sangat disukai Si Meowy.

  1. Perisa Ketam (Prebiotik FOS)
  2. Perisa Bonito (Serat)
  3. Perisa Ayam & Hati (Teh Hijau)
  4. Perisa Katsuo (Teh Hijau)
  5. Perisa Maguro (Vitamin C)
  6. Perisa Tuna & Scallop (Kolagen & Glukosamin)
  7. Perisa Salmon (Omega-3)

Snack Kucing Terbaik Me-O Cat Lick, Treat Buat Si Comel

Snack Kucing Terbaik Me-O Cat Lick, Treat Buat Si Comel


Setiap paket Me-O Cat Lick ada 5% crude protein, 2% crude fat, 1-2.5% crude fiber dan 85% kandungan air selain kaya dengan taurina, Omega 6, Zink dan DL-Methionine. Bagi setiap flavor ni pulak ada ciri khasiat khas yang korang boleh pilih ikut keperluan.

Seperti yang Kak Bell maklumkan tadi, jenama ni memenuhi standard minimum yang diiktiraf oleh AAFCO untuk makanan kucing yang lengkap dan seimbang. Jika tak lepas syarat AAFCO, bahan tersebut tak boleh dinyatakan sebagai kandungan pada label profile produk makanan kucing.

Cara nak bagi sangatlah mudah. Hanya perlu potong, picit dan hidangkan pada bulus korang. Snack kucing berapa kali sehari nak bagi? Snack kucing Me-O untuk umur berapa? Ok, Me-O cat lick ni sesuai untuk semua peringkat umur kucing. Me-O Cat Lick untuk kitten boleh dijadikan makanan snek untuk weaning anak kucing. Untuk feeding guidelines, bagi kucing berumur 1-2 tahun cukup dengan 1-2 paket/sachet sehari. Bagi setiap pertambahan umur boleh tambah 1 lagi sachet/hari.

Snack Kucing Terbaik Me-O Cat Lick, Treat Buat Si Comel


Snek kucing atau cat lick/treat ni hendaklah diberi dengan kadar sederhana dan bukan sebagai makanan utama untuk elakkan kandungan mineral & nutrien dalam badan Si Meowy tidak seimbang. Ianya hanya sebagai snek sampingan sahaja buat kucing.

Si Meowy kat rumah ni memang suka sangat dengan Me-O Cat Lick. Berebut-rebut nak macam tak pernah bagai cukup makan. Seperti juga manusia, kucing juga memerlukan makanan kucing terbaik untuk memastikan mereka sihat dan berjangka hayat panjang. Untuk gembirakan anak bulus di rumah bolehlah try snack kucing terbaik Me-O Cat Lick. Nanti Kak Bell share lagi tentang makanan kering kucing dari Me-O pula.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post