2 Resepi Mudah Kentang A.S. (U.S Potato) Yang Berkhasiat Dan Menyelerakan - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 2 Resepi Mudah Kentang A.S. (U.S Potato) Yang Berkhasiat Dan Menyelerakan

Trending

2 Resepi Mudah Kentang A.S. (U.S Potato) Yang Berkhasiat Dan Menyelerakan

2 Resepi Mudah Kentang A.S. (U.S Potato) Yang Berkhasiat Dan Menyelerakan | Hi semua! Untuk artikel kali ni Kak Bell nak bercerita lagi tentang kentang! Kentang antara bahan masakan yang selalu ada di dapur. Kegunaannya banyak, baik untuk sup mahupun dijadikan kudapan atau boleh juga dibuat inti karipap dan sebagainya. Ianya juga merupakan salah satu sumber karbohidrat dalam hidangan harian bagi membantu membekalkan tenaga serta khasiat buat tubuh badan kita. Kentang yang menjadi pilihan Kak Bell untuk kegunaan dalam masakan ialah kentang A.S. (U.S Potato). Kenapa kentang A.S/U.S jadi pilihan? Jom baca lebih lanjut.

2 Resepi Mudah Kentang A.S. (U.S Potato) Yang Berkhasiat Dan Menyelerakan

Kentang A.S. adalah ubi kentang yang mempunyai pelbagai guna, kaya dengan manfaat pemakanan. Ianya bukan sahaja boleh buat masakan untuk lauk pauk tapi pelbagai lagi seperti snak mahupun juga pencuci mulut. Menariknya kentang A.S ini selalu digunakan oleh atlet sukan sebagai pemberi tenaga di mana satu biji kentang A.S bersaiz sederhana dapat meghasilkan sebanyak 110 kalori.


Kentang dengan saiz yang sama (sederhana) juga membekalkan kira-kira 30% daripada nilai Vitamin C harian yang diperlukan tubuh iaitu 27 miligram Vitamin C. Pengambilan kentang ini boleh membantu untuk menyokong sistem imun badan dengan membantu meningkatkan sistem imun kita secara semula jadi bagi melawan penyakit. Sebiji kentang bersaiz sederhana mengandungi 26 gram karbohidrat sebagai sumber utama tenaga untuk otot, kaya dengan Vitamin B6 yang membekalkan 10% daripada nilai harian yang disyorkan. Vitamin B6 penting untuk fungsi sel badan bagi membantu meningkatkan kadar metabolisme, menghasilkan sel darah serta mengekalkan sel darah yang sihat dalam badan.

2 Resepi Mudah Kentang A.S. (U.S Potato) Yang Berkhasiat Dan Menyelerakan

Jika kentang U.S dibandingkan dengan sebiji buah pisang, kentang ini tinggi dengan kalium di mana satu saiz sederhana pada kentang mengandungi 620 miligram kalium atau 15% DV lebih banyak daripada buah pisang bersaiz sederhana. Kalium membantu mengawal keseimbangan cecair dan mineral di dalam dan di luar sel, mengekalkan tekanan darah normal, penting untuk menghantar impuls atau isyarat saraf, dan dalam membantu otot mengecut. Kentang A.S. ini mempunyai sifar lemak, sifar natrium dan sifar kolesterol dan sesuai untuk individu yang sedang diet, juga sesuai untuk semua peringkat umur.

Resipi Snek Mudah Sihat Dengan Kentang A.S.

Kali ini Kak Bell telah mencuba satu resepi snek kentang A.S oleh Chef Jason Manson. Sebenarnya terdapat banyak resepi snek mudah sihat kentang A.S yang boleh korang cuba. Salah satu resipi yang Kak Bell cuba ialah Resepi Loaded Oven Baked U.S. Lattice-cut Potatoes with Kam Heong Chicken Bolognaise.


Resepi Loaded Oven-Baked U.S. Lattice-cut Potatoes with Kam Heong Chicken Bolognaise

2 Resepi Mudah Kentang A.S. (U.S Potato) Yang Berkhasiat Dan Menyelerakan

Bahan-bahan
400gm Kentang A.S. Sejuk Beku Bentuk Lattice-cut
100gm Ayam cincang
50gm Pes Kam Heong
20gm Bawang Holand (Kiub kecil)
10gm Bawang Putih (Hiris)
10gm Cili Merah (Hiris)
5gm Daun kari
10ml Minyak Masak
2 nos Limau Kasturi (Potong Kecil)
20gm Sayur Hijau (Ketumbar untuk hiasan)
sedikit lobak hiris dan tomato

Cara-cara memasak:
1. Panaskan kuali bersaiz sederhana dan masukkan minyak masak.
2. Tumiskan bawang holand, bawang putih hingga naik bau wangi
3. Masukkan ayam cincang dan kacau hingga masak.
4. Kemudian masukkan pes Kam Heong, daun kari dan kacau rata.
5. Masukkan hirisan lobak kemudian cili merah. Biarkan sekejap sahaja kemudian ketepikan.

2 Resepi Mudah Kentang A.S. (U.S Potato) Yang Berkhasiat Dan Menyelerakan

2 Resepi Mudah Kentang A.S. (U.S Potato) Yang Berkhasiat Dan Menyelerakan

2 Resepi Mudah Kentang A.S. (U.S Potato) Yang Berkhasiat Dan Menyelerakan

6. Panaskan ketuhar pada suhu 180 Celcius, dan susun Kentang A.S. Sejuk Beku Bentuk Lattice-cut atas dulang pembakar. Masak selama 15 minit atau hingga kentang bertukar coklat keperangan.
7. Letakkan kentang di dalam bekas hidangan, kemudian taburkan Kam Heong Chicken Bolognaise tadi.
8. Boleh hiaskan hidangan dengan limau kasturi dan daun ketumbar.

Nampak pelik kan sebab ada menu Kam Heong but seriously resepi ni sangat sedap dan rasanya sangat ngam dengan U.S. Lattice-cut Potatoes. Recommended untuk korang semua try!


Resepi Loaded U.S. Mashed Potato Crab Cake

2 Resepi Mudah Kentang A.S. (U.S Potato) Yang Berkhasiat Dan Menyelerakan

Bahan A
Kek ketam
4 biji U.S. Russet Potato (potong kiub)
100gm isi ketam
20gm lobak merah (dadu kecil)
20gm bawang putih (dadu kecil)
5gm daun ketumbar (dicincang)
¾ sudu kecil garam
¾ sudu kecil lada hitam

Bahan B (Sos Limau Nipis Aioli)
5ml jus limau nipis
10gm serbuk jintan manis
200gm mayonis

Bahan C (Pembalut Kek Ketam)
Telur 3 biji (cuci telur)
200gm tepung serba guna
200g serbuk roti Jepun


Cara-cara memasak:
1. Sediakan mangkuk adunan kecil. Masukkan jus limau nipis, serbuk jintan manis dan mayonis gaul dan asingkan.
2. Sediakan periuk bersaiz sederhana berisi air. Masukkan kentang yang dipotong kiub dan masak selama 20 minit. Setelah kentang masak, gunakan penapis untuk mengeluarkan air yang berlebihan dan pindahkan ke dalam mangkuk adunan. Lenyekkan kentang sehingga hancur halus. Masukkan baki bahan di dalam kentang yang dilenyek tadi iaitu isi ketam, daun ketumbar, saderi, lobak merah dan bawang. Bentukkan kentang menjadi bulat.
3. Sediakan 3 bekas saiz sederhana untuk masukkan tepung serba guna, bekas untuk bancuhan telur dan bekas untuk serbuk roti. Mula salut kentang yang dibentuk bulat tadi salutan pertama iaitu tepung dahulu, seterusnya celup dalam bancuhan telur dan terakhir salut dengan serbuk roti.
4. Lakukan langkah ini untuk sekurang-kurangnya 6 kali. Panaskan ketuhar pada suhu 180 Celcius, masa memasak 15 minit. Susun kek ketam yang disalut tadi di atas dulang pembakar dan masukkan ke dalam ketuhar. Mulakan proses memasak sehingga berubah warna keperangan.
5. Setelah kentang masak, pindahkan ke pinggan hidangan bersama-sama dengan Sos Limau Nipis Aioli

2 Resepi Mudah Kentang A.S. (U.S Potato) Yang Berkhasiat Dan Menyelerakan

Selain 2 resepi di atas, ada banyak aneka resepi kentang A.S. Korang boleh cari di website US Potato Goodness. Yang mana belum cuba Kentang A.S. (U.S Potato) ni, Kak Bell syorkan korang try. Memang ada beza rasanya dengan kentang yang lain. Selamat memasak!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post